SBBPH: Login Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan

Sistem Bersepadu Bahagian Pengurusan Hartanah atau SBBPH merupakan sebuah portal rasmi tempahan rumah peranginan dan pelbagai fasiliti kerajaan di bawah seliaan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri.

Sejarah Bahagian Pengurusan Hartana bermula apabila ditubuhkan dalam tahun 1957 yang mana pada ketika itu dikenali sebagai Pejabat Perumahan Kerajaan (Government Accomodation Office).

Pada ketika itu, fungsinya tertumpu kepada hal rumah Kerajaan sahaja. 

Setelah melalui perubahan nama dan fungsi, perubahan nama kepada Bahagian Pengurusan Hartanah mula berkuatkuasa pada 1996.

Secara rasminya, Bahagian Pengurusan Hartanah telah berpindah ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya pada 4 Oktober 1999.

Fungsi SBBPH

SBBPH

Berikut merupakan fungsi utama Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH):

  1. Dasar & Polisi
    • Membangunkan dasar aset gunasama Kerajaan Persekutuan bagi Kuarters, Pejabat Kerajaan, Rumah Peranginan Persekutuan
  2. Perancangan
    • Merancang pembangunan fizikal Bangunan Kerajaan Persekutuan melalui pembiayaan bajet pembangunan dan pendekatan Inisiatif Pembiayaan Swasta (Private Finance Initiative – PFI)
  1. Pengurusan
    • Mengurus pentadbiran operasi kuarters gunasama, Bangunan gunasama dan Rumah Peranginan Persekutuan
    • Mengurus penyenggaraan aset bangunan yang diselia
    • Mengurus ruang pejabat Jabatan dan Agensi Kerajaan Persekutuan

Pendaftaran Pengguna SBBPH

Bagi anda yang pertama kali menggunakan portal Sistem Bersepadu Bahagian Pengurusan Hartanah (SBBPH), anda perlu mendaftarkan akaun terlebih dahulu.

Anda boleh mendaftarkan akaun dengan mengikuti langkah-langkah mudah berikut:

  • Layari laman web SBBPH di alamat https://sbbph.bph.gov.my/
  • Perhatikan pada bahagian kanan laman web tersebut, di bawah tajuk Pendaftaran Pengguna
  • Klik pada tulisan “Klik di sini”
  • Masukkan segala maklumat dan butiran diri seperti yang diminta
  • Klik pada butang “Daftar” untuk melengkapkan pendaftaran

Log masuk SBBPH

Untuk log masuk, sila ikuti langkah berikut:

  • Layari laman web SBBPH di alamat https://sbbph.bph.gov.my/
  • Masukkan MyID dan Kat Laluan pada kotak Log Masuk di bahagian sebelah kanan laman web

Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan

Permohonan tempahan boleh dibuat melalui laman web RPP di alamat https://www.bph.gov.my/portal/rpp-laman-utama/

Untuk maklumat lanjut, rujuk artikel Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan / Rumah Tamu

Tempahan Dewan & Gelanggang

BPH juga menyediakan kemudahan untuk aktiviti sosial, rekreasi dan sukan di sekitar kediaman kerajaan di bawah seliaan BPH seperti dewan dan gelanggang untuk kegunaan komuniti setempat.

Kadar bayaran adalah seperti ditetapkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH):

  • Kadar sewa gelanggang badminton/tenis/squash: RM 5.00 sejam
  • Kadar sewa gelanggang futsal: RM 10.00 sejam
  • Kadar sewa dewan: RM 50.00 sehari

Bagi kawasan Putrajaya – Permohonan tempahan dewan dan gelanggang terbuka kepada semua warga Putrajaya.

Bagi kawasan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Johor – Permohonan tempahan dewan dan gelanggang hanya terbuka kepada penghuni kuarters BPH sahaja.

Pertanyaan & Soalan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai penggunaan Sistem Bersepadu Bahagian Pengurusan Hartanah (SBBPH), anda boleh menghubungi talian BPH Hotline seperti tertera dalam gambar di bawah:

SBBPH Call Centre

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!