Senarai Menteri Kabinet Baru Malaysia Kerajaan Madani 2023

ROMBAKAN KABINET : Senarai Menteri Baru Kerajaan Madani 2023 / 2024

Rombakan kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan ahli jemaah menteri meningkat daripada 28 ke 31 orang.

Lima menteri baru yang dilantik itu adalah Gobind Singh Deo, Dr Dzulkefly Ahmad, Johari Ghani, Steven Sim dan Amir Hamzah Azizan.

Menteri yang digugurkan ialah V Sivakumar.

Jumlah timbalan menteri pula naik dari 27 kepada 29 orang.

Senarai Menteri Kabinet Baru Kerajaan Madani 2023 / 2024

Senarai Menteri Kabinet Baru berserta Timbalan Menteri Kerajaan Madani 2023 / 2024 adalah seperti berikut:

  • Perdana Menteri: Datuk Seri Anwar Ibrahim
    • Timbalan PM: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
    • Timbalan PM II: Datuk Seri Fadillah Yusof
  • Menteri Kewangan: Datuk Seri Anwar Ibrahim
    • Menteri Kewangan II: Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
    • Timbalan Menteri Kewangan: Lim Hui Ying
  • Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
    • Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: Datuk Hajah Rubiah Wang
  • Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam: Datuk Seri Fadillah Yusof
    • Timbalan Menteri Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam: Akmal Nasrullah Mohd Nasir
  • Menteri Pengangkutan: Loke Siew Fook
    • Timbalan Menteri Pengangkutan: Hasni Habibollah
  • Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan: Datuk Seri Mohamad Sabu
    • Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan: Datuk Arthur Joseph Kurup
  • Menteri Ekonomi: Mohd Rafizi Ramli
    • Timbalan Menteri Ekonomi: Datuk Hanifah Hajar Taib
  • Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan: Nga Kor Ming
    • Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan: Datuk Aiman Athirah Sabu
  • Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Mohamad Hasan
    • Timbalan Menteri Luar Negeri: Datuk Mohamad Alamin
  • Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Alexander Nanta Linggi
    • Timbalan Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Ahmad Maslan
  • Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
    • Timbalan Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah
  • Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri: Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
    • Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri: Liew Chin Tong
  • Menteri Pertahanan: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
    • Timbalan Menteri Pertahanan: Adly Zahari
  • Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Chang Lih Kang
    • Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Datuk Mohammad Yusof Apdal
  • Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Seri Nancy Shukri
    • Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Inovasi: Datuk Seri Noraini Ahmad
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi): Datuk Seri Azalina Othman Said
    • Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri: M Kulasegaran
  • Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam: Nik Nazmi Nik Ahmad
    • Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam: Datuk Seri Huang Tiong Sii
  • Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Datuk Ewon Benedick
    • Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Datuk R Ramakrishnan
  • Menteri Pendidikan Tinggi: Datuk Seri Zambry Abd Kadir
    • Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi: Datuk Mustapha@Mohd Yunus Sakmud
  • Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya: Datuk Seri Tiong King Sing
    • Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya: Khairul Firdaus Akbar Khan
  • Menteri Komunikasi: Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil
    • Timbalan Menteri Komunikasi: Teo Nie Ching
  • Menteri Pendidikan: Fadhlina Sidek
    • Timbalan Menteri Pendidikan: Wong Kah Wong
  • Menteri Perpaduan: Datuk Aaron Ago Anak Dagang
    • Timbalan Menteri Perpaduan: K Saraswathy
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama): Datuk Seri Mohd Na’im Mokhtar
    • Timbalan Menteri di Jabatan Agama (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan
  • Menteri Belia dan Sukan: Hannah Yeoh
    • Timbalan Menteri Belia dan Sukan: Adam Adli Abd Halim
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan): Dr Zaliha Mustafa
  • Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup: Datuk Armizan Mohd Ali
    • Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup: Fuziah Salleh
  • Menteri Perladangan dan Komoditi: Datuk Seri Johari Abdul Ghani
    • Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi: Datuk Chan Foong Hin
  • Menteri Kesihatan: Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad
    • Timbalan Menteri Kesihatan: Datuk Lukannisman Awang Sauni
  • Menteri Digital: Gobind Singh Deo
    • Timbalan Menteri Digital: Datuk Ugak Anak Kumbong
  • Menteri Sumber Manusia: Steven Sim Chee Keong
    • Timbalan Menteri Sumber Manusia: Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad
menteri kabinet baru 2023 kerajaan madani
menteri kabinet baru 2023 kerajaan madani
menteri kabinet baru 2023 kerajaan madani

Antara muka baharu dalam barisan jemaah menteri yang diumumkan Perdana Menteri termasuklah Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (Menteri Kewangan II), Gobind Singh Deo (Menteri Digital), Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad (Menteri Kesihatan), Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Menteri Perladangan Dan Komoditi) dan Steven Sim Chee Keong (Menteri Sumber Manusia).

Selain itu, menteri yang digugurkan pula merupakan V.Sivakumar yang sebelum ini memegang portfolio sebagai Menteri Sumber Manusia.

Datuk Seri Anwar turut menyatakan bahawa jumlah keseluruhan jemaah menteri ini masih rendah jika dibandingkan pada pentadbiran sebelum ini.

menteri kabinet baru 2023 kerajaan madani
menteri kabinet baru 2023 kerajaan madani
menteri kabinet baru 2023 kerajaan madani
menteri kabinet baru 2023 kerajaan madani
menteri kabinet baru 2023 kerajaan madani

Sumber : Berita RTM

Istiadat Mengangkat Sumpah

Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Menteri Persekutuan akan berlangsung pada 2.30 petang ini di Istana Negara.

Menurut sumber, turut berlangsung adalah Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan.

Pada 1 Disember 2023 lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan bahawa rombakan Kabinet akan berlaku dalam bulan ini dan ketika ini, terdapat kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup susulan kematian Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.

Baca juga: Senarai Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan 2022

Untuk rujukan lanjut, anda boleh membuat perbandingan senarai Menteri Kabinet 2023/2024 ini dengan Menteri terdahulu, sila rujuk Senarai Menteri Kabinet & Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan 2022/2023

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!