Saman Ekor PDRM: Kompaun RM300 Dihantar Ke Rumah

Bagi pemandu kenderaan di jalan raya, anda pastinya pernah mendengar istilah saman ekor.

Saman ekor merupakan notis kepada pemilik kenderaan untuk memberi maklumat butiran pemandu kenderaan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang melakukan kesalahan yang berkenaan.

Notis ini akan dihantar ke alamat pemilik kenderaan yang terdapat dalam pangkalan data JPJ. Istilah rasmi bagi ”saman ekor” ialah Notis Pol.170A.



MEMANDU MELEBIHI HAD LAJU, PEMANDU BAKAL DISAMAN SEBANYAK RM300

Pengguna jalan raya yang memandu melebihi had laju yang ditetapkan bakal berhadapan tindakan saman tembak laju atau dikenali saman ekor di seluruh negara.

Operasi berkenaan dilakukan mengikut Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan pesalah trafik yang dikesan melakukan kesalahan tersebut di jalan persekutuan dan lebuh raya akan dikenakan saman.

Notis saman K170A tersebut akan dipos ke alamat kediaman pesalah tratik.
Pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan melanggar had laju yang ditetapkan akan dikenakan saman kompaun sebanyak RM300.

Sumber infografik : Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

Perbezaan saman ekor dan saman biasa

Saman ekor ini berbeza dengan proses saman biasa di jalan raya di mana anda tidak akan ditahan, sebaliknya surat saman akan dihantar terus kepada pesalah trafik secara pos berdaftar.

Manakala saman lain adalah yang dikeluarkan secara terus kepada pemandu kenderaan sejurus selepas kesalahan dilakukan.

Saman jenis ini dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke atas kesalahan memandu melebihi had laju sahaja.

Artikel berkaitan: Cara Check Saman Polis Trafik PDRM, JPJ & AES (Online / SMS)

Kontroversi

kontroversi saman ekor

Saman ekor tidak lari daripada kontroversi kerana perlaksanaannya yang dianggap tidak telus sehingga tercetusnya ”Kempen Anti Saman Ekor” oleh segelintir pengguna jalan raya.

Sesetengah pihak beranggapan bahawa saman ekor adalah tidak adil dan saman sepatutnya dikeluarkan secara terus kepada pesalah sejurus sahaja kesalahan dilakukan.

Hal ini kerana ada kemungkinan kenderaan di dalam gambar adalah kenderaan yang menggunakan nombor pendaftaran palsu yang menyamai nombor pendaftaran kereta kita.

Kita sepatutnya tidak perlu membayar kompaun jika tidak mengaku melakukan kesalahan.

Dalam hal ini, JPJ sepatutnya tidak berhak menghalang anda memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu hanya kerana anda tidak membayar kompaun saman jenis ini.

Kredit: Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Perlaksanaan

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar berkata, penguatkuasaan terhadap kesalahan memandu laju bagi pengeluaran notis K170A telah dikuat kuasa bermula Isnin 21 Ogos 2023.

Dalam Operasi Saman Ekor, anggota dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan menggunakan kamera tembak laju bagi merakam mana-mana pengguna jalan raya yang melanggar had laju ditetapkan.

Saman kompaun bernilai RM300 akan dikenakan kepada mereka yang dikesan melakukan kesalahan itu.

Semua kesalahan memandu melebihi had laju boleh dikompaun dan dijelaskan di mana mana bahagian trafik daerah di seluruh negara.

Memandu melebihi kelajuan adalah antara punca utama kemalangan jalan raya di negara ini selepas pemandu gagal mengawal kenderaan sehingga hilang kawalan.

Jangan lupa check saman anda dari semasa ke semasa secara online melalui Portal MyBayar Saman PDRM ok!

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!