MyBayar Saman: Semakan & Bayaran Saman PDRM Online

Sempena Hari Polis ke-214, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tampil dengan perkhidmatan digital baharu yang dinamakan sebagai MyBayar Saman.

Pengenalan perkhidmatan ini adalah selari dengan usaha kerajaan dalam mendigitalkan sejumlah perkhidmatan kerajaan sedia ada.

Berbeza dengan sistem semakan saman sebelum ini, anda kini boleh terus membuat bayaran setelah membuat semakan saman melalui portal tersebut.

Anda juga boleh mendapatkan pelbagai diskaun yang ditawarkan pada hari-hari tertentu.

TERKINI:

KADAR KHAS BAYARAN SAMAN SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2023

Pada petang tadi, YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim telah mengumumkan Kadar Khas Bayaran Saman bermula 21 April sehingga 21 Mei 2023 bagi semua saman trafik PDRM (kesalahan tahun 2022 dan sebelumnya).

Setiap saman boleh dilunaskan dengan hanya RM50.

Justeru, Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan bersedia dengan pelbagai sistem pembayaran saman dengan lebih mudah apabila orang ramai dibolehkan membayar saman mereka bemula 21 April 2023 jam 8.00 pagi melalui saluran berikut :

i) Aplikasi Mybayar Saman

ii) Semua kaunter bayaran trafik IPK dan IPD (hari bekerja)

iii) Mesin ATM Maybank seluruh negara

iv) Semua kaunter pejabat Pos Malaysia

Jangan lepaskan peluang ini ! Pada mereka yang masih belum mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman, daftar lah sekarang, supaya anda tidak perlu beratur panjang di kaunter bayaran trafik.

Jom ketahui diskaun saman terkini dan cara buat bayaran melalui portal MyBayar Saman.

Dalam artikel ini kami akan kongsikan cara membuat semakan saman dan bayaran saman online di Portal PDRM MyBayarSaman.

Apakah MyBayar Saman?

Perkhidmatan digital terkini yang baru dilancarkan ini bertujuan memudahkan pengguna melakukan bayaran saman trafik dengan mudah terus kepada pihak PDRM secara atas talian (online).

Anda hanya perlu mendaftar sebagai pengguna dan selepas itu anda boleh menggunakan pelbagai kemudahan yang ditawarkan seperti membuat semakan saman dan pembayaran secara atas talian.

Baca juga: e-Pengambilan PDRM 2023: Permohonan Jawatan Polis DiRaja Malaysia

mybayar saman

Cara Pendaftaran MyBayar Saman

Berikut dikongsikan cara membuat pendaftaran online di aplikasi atau Portal MyBayar Saman.

  1. Layari Portal MyBayarSaman : https://mybayar.rmp.gov.my atau muat turun aplikasi MyBayar Saman melalui Google Playstore atau iOS Store.
  2. Klik butang NEW USER SIGN UP untuk proses Pendaftaran.
  3. Isikan maklumat dan isi pengesahan OTP.
  4. Log masuk setelah selesai mendaftar.
  5. Buat Semakan Saman terlebih dahulu untuk mengetahui jumlah saman yang perlu dibayar.
  6. Buat Pembayaran secara online melalui kaedah pembayaran yang dipilih

Gambar di bawah menunjukkan contoh saman yang direkodkan dalam Portal MyBayar Saman.

Cara Bayar Saman Melalui Portal / Aplikasi MyBayar Saman

Untuk pembayaran saman melalui portal, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://mybayar.rmp.gov.my/.
  2. Klik butang ‘Daftar.’
  3. Isi maklumat peribadi dengan betul.
  4. Kemudian, anda akan menerima pengesahan OTP di telefon bimbit.
  5. Log masuk dengan no. kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
  6. Butiran saman dipaparkan.
  7. Klik butang ‘Bayar’ di butiran saman.
  8. Semak saman yang ingin dibayar.
  9. Pilih mod pembayaran dan klik butang ‘Bayar.’
  10. Pembayaran selesai.

Baca juga: MySPR Daftar: Daftar Pengundi Online & Kemaskini Alamat Mengundi

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang aplikasi MyBayar Saman, sila layari laman Facebook Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM.

Orang ramai boleh mendaftar sebagai pengguna MyBayarSaman melalui :

i) Portal – https://mybayar.rmp.gov.my

ii) Google playstore – https://play.google.com/store/apps/details

iii) Apple store – https://apps.apple.com/my/app/mybayar-saman/id1552671016

iv) Huawei Appstore – https://appgallery.huawei.com/#/app/C104046205

Jangan lepaskan peluang untuk memanfaatkan portal ini kerana pengguna boleh melakukan semakan dan bayaran saman secara atas-talian tanpa sebarang caj perkhidmatan, berbeza dengan beberapa penawaran lain.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!