Sam Lim, lebih dikenali dengan gelaran “Sultan Cina” atau “King of Viral Content” adalah merupakan influencer yang terkenal di Malaysia terutamanya dalam dunia media sosial.
Beliau bukan sekadar pempengaruh (influencer) biasa, tetapi seorang usahawan digital yang bijak memanipulasi algoritma untuk membina empayar kandungan yang sangat berpengaruh.
Dengan personaliti yang bersahaja namun strategik, Sam Lim telah berjaya menarik perhatian jutaan pengikut menerusi pelbagai platform seperti TikTok, Instagram, dan Facebook.
Mari kenali sosok Sam Lim dengan lebih dekat di bawah.
Siapa Sam Lim?
Sam Lim ialah pempengaruh media sosial Malaysia yang terkenal melalui kandungan TikTok viral seperti giveaway “Janji Kotak Tak Kosong.”
Beliau seorang usahawan digital berumur 31 tahun (2026) yang bermula dari pelbagai bisnes seperti reka bentuk dalaman, pinjaman wang berlesen di Cambodia, restoran vegetarian dan bidang live streaming.
Sebelum meletup sebagai influencer dengan 4.1 juta pengikut di TikTok (@samlimmmm), Sam Lim hanya bekerja di belakang tabir dalam dunia digital.
Sam Lim Influncer Bergelar Mualaf
Sam Lim kini bergelar mualaf dengan nama Muhammad Zavian Lim Bin Abdullah selepas bernikah dengan Parisa Ardina yang juga seorang pelakon, model dan pempengaruh.

Bioadata Sam Lim (Influencer)
| Nama | Sam Lim (Muhammad Zavian Lim Bin Abdullah) |
| Gelaran Terkenal | “Sultan Cina”, “King of Viral Content” |
| Umur (2026) | 31 tahun |
| Kerjaya Utama | Influencer TikTok, Usahawan Digital |
| Platform Sosial | TikTok (@samlimmmm) Instagram (@sam_lim___) |
| Status Agama | Mualaf Islam (2026) |
| Status Perkahwinan | Berkahwin dengan Parisa Ardina (10 April 2026) |

Karier
Sam Lim atau Muhammad Zavian Lim bin Abdullah mempunyai kerjaya yang pelbagai, bermula dari usahawan bisnes sebelum meletup sebagai influencer digital penuh masa pada 2023.
Perjalanan Awal Kerjaya
Kerjaya beliau bermula selepas menamatkan pengajian diploma reka bentuk dalaman di One Academy, di mana beliau nekad menamatkan internshipnya lebih awal disebabkan masa kerja dan gaji yang tidak sepadan.
Beliau cuba pelbagai bisnes seperti: skema book voucher universiti (keuntungan ratusan ribu pada umur 22), firma reka bentuk dalaman, pinjaman wang legal di Cambodia, restoran vegetarian serta syarikat live-selling TikTok yang rugi lebih kurang RM40,000-RM50,000 selama 8 bulan.
Setiap 1-2 tahun, beliau tukar bisnes kerana semangatnya yang suka mencuba peluang baru dan gemar belajar dari kegagalan.
Puncak sebagai Influencer
Pada 2023, Sam Lim (Muhammad Zavian Lim bin Abdullah) mengambil keputusan untuk tampil sendiri di hadapan kamera (tanpa upah live host) dan viral dengan kandungan “Janji Kotak Tak Kosong” di TikTok.
Beliau mengagihkan iPhone dan iPad secara rawak di lokasi terpilih. Konten ini berjaya menjana jutaan tontonan dan pengikut di Tik Tok serta Instagram.
Sehinga kini, beliau masih aktif di Instagram dan TikTok dengan konten giveaway motorsikal pula dan sering berkolaborasi dengan selebriti lain untuk meluaskan empayar digitalnya.

Kehidupan Peribadi
Sam Lim mempunyai kehidupan peribadi yang penuh warna, bermula dari mimpi muda hingga cabaran bisnes dan kini mendirikan rumah tangga.
Beliau pernah bercita-cita jadi juruterbang tapi terhalang kos, kemudian bergelut dengan pelbagai perniagaan seperti pinjaman wang di Cambodia dan restoran vegetarian yang gagal semasa COVID-19.
Pengalaman pahit seperti internship gaji rendah, rugi ratusan ribu di live-selling TikTok, dan tuduhan scammer atau rasisme (Tea Thambi 2024) tidak menjatuhkannya.
Sebaliknya, beliau jawab dengan moto “I can’t control people to love me” dan fokus pada matlamatnya.
Perkahwinan dengan Parisa
Pada April 2026, Sam Lim mendirikan rumah tangga bersama Parisa Ardina (Parisa Ardina Dadashpour) selepas berkenalan seawal Oktober/November 2025.
Majlis akad nikah berlangsung pada 10 April di Masjid TNB Bangsar, Kuala Lumpur. Sam tampil segak dalam baju Melayu putih sedondon dengan isterinya, Parisa.
Pada mulanya, ramai yang ingat ini hanya konten semata-mata namun, Sam tegas nafikan “ini bukan marketing”.
Katanya “Kami dah kahwin… saya kaya & popular, tak perlu publicity,” sambil minta doa agar rumah tangga yang dibina kekal dan bahagia.





Fakta Menarik Sam Lim
1. Asal Gelaran “Sultan Cina”: Gelaran ikonik ini lahir secara spontan pada 2023 daripada siri TikTok “Janji Kotak Tak Kosong,” di mana beliau bagi iPhone/iPad secara rawak di jalan.
2. Rugi Besar Sebelum Viral: Pernah labakan berpuluh ribu dalam syarikat live-selling TikTok selama 8 bulan sebelum membuat keputusan untuk buat kandungan peribadi.
3. Mualaf: Memeluk Islam sebagai Muhammad Zavian Lim bin Abdullah pada awal 2026 dan berkahwin dengan Parisa Ardina selepas kenal 6 bulan sahaja.
4. Bercta-cita sebagai Juruterbang: Sam Lim mempunyai keinginan untuk menjadi seorang Juruterbang pada masa dahulu namun disebabkan kos dan kekangan hidup menyebabkan beliau menyimpan hasratnya itu. Kini, sekiranya diberikan peluang, beliau ingin mempelajari bidang tersebut.
Soalan Lazim Sam Lim Influencer
Sam Lim ialah influencer Malaysia bergelar “Sultan Cina” atau “King of Viral Content” dengan 4.1 juta pengikut TikTok (@samlimmmm).
Kandungan ikonik di mana Sam bagi iPhone/iPad tulen secara rawak di jalan. Berbeza trend palsu masa tu, Sam Lim memberikan iphone/ipad tu tanpa minta balik/minta bayaran. Konten ini berjaya jana jutaan views.
Sam jawab “I can’t control people to love me” dan percaya kekuatan rezeki akan datang balik 10 ganda kalau kita memberi dengn ikhlas.
Mualaf awal 2026, nama rasmi Muhammad Zavian Lim bin Abdullah.
Parisa Ardina (pelakon/model). Sam Lim berkenalan dengan Parisa pada Oktober 2025 via MotoGP dan akad nikah 10 April 2026 di Masjid TNB Bangsar.
Bukan, itu Sam Lim lain (Bon Cheng Lim, lahir 1961 Muar). Sam iLim dimaksudkan ialah influencer dari Malaysia, fokus dunia digital TikTok/IG, bukan ahli politik.




