Salinan akreditasi MQA diperlukan bagi pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melalui sistem UPU daripada program Asasi (Foundation), diploma atau politeknik; permohonan dan semakan boleh dibuat melalui laman rasmi MQA.
Keperluan ini tidak terpakai kepada lepasan SPM, STPM, STAM, Matrikulasi KPM dan Asasi IPTA.
Apa itu Salinan Akreditasi MQA
Salinan Akreditasi MQA ialah dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia sebagai bukti bahawa sesuatu program pengajian atau institusi pendidikan tinggi telah mendapat akreditasi dan diiktiraf mengikut standard kualiti pendidikan tinggi yang ditetapkan di Malaysia.
Cara Permohonan Salinan Akreditasi MQA
Permohonan untuk mendapatkan salinan sijil akreditasi MQA ini boleh dilakukan secara online dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
1. Layari laman portal rasmi MQA
2. Taip kata kunci yang bersesuaian di ruangan ‘Nama Kelayakan’ serta ‘Nama IPT’ (sebahagian atau nama penuh) pada enjin carian yang disediakan seperti contoh di bawah;



3. Cetakan terus maklumat akreditasi tersebut boleh digunakan sebagai bukti bahawa program atau kelayakan telah memperoleh Akreditasi MQA).

Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan dengan MQA, anda boleh rujuk pada butiran alamat dan pautan berikut:
AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA)
MERCU MQA
No. 3539, Jalan Teknokrat 7, Cyber 5
63000, Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA
Pertanyaan Berkaitan:
Status Akreditasi Program / MQR, Standard Dan Dasar Jaminan Kualiti, APEL, Pengiktirafan Kelayakan, Nilai Taraf
- +603-8688 1900
- +603-8688 1911
Pendaftaran : +603-8688 3608 / 3644
Sijil Akreditasi : +603-8688 3751 / 4854
Panel Penilai : +603-8688 1900
Soalan Lazim – Akreditasi MQA
Proses akreditasi LAN dan MQA berbeza dari aspek pematuhan Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF). Akreditasi oleh MQA mensyaratkan setiap program yang dinilai mematuhi MQF. Aspek ini tidak diambil kira semasa LAN kerana pada waktu itu MQF belum diperkenalkan. Untuk maklumat lanjut mengenai MQF, sila klik di sini.
Akreditasi MQA dapat memastikan program pengajian tinggi yang ditawarkan di Malaysia mematuhi MQF melalui semakan sembilan aspek utama proses pengajaran dan pembelajaran di Pemberi Pengajian Tinggi (PPT). Sembilan proses ini diterangkan dengan lebih lanjut dalam dokumen-dokumen jaminan kualiti berikut:
1. COPPA
2. COPIA
3. Standard Program
4. Garis Panduan Amalan Baik
Pada prinsipnya, pihak KPM mempertimbangkan kelulusan sesuatu pengajian berdasarkan pengesahan kualiti yang dilaksanakan oleh MQA melalui proses akreditasi.
Akreditasi sementara diambil kira oleh KPM bagi mempertimbangkan permohonan kelulusan daripada Pemberi Pengajian Tinggi (PPT) untuk menawarkan program baru.
Akreditasi dan pengekalan status akreditasi merupakan salah satu syarat bagi PPT memperbaharui kelulusan program daripada KPM.
Dalam waktu yang sama, pertimbangan KPM terhadap permohonan kelulusan program berkenaan turut mengambil kira syarat-syarat lain yang ditetapkan di bawah Akta IPTS 555.
Bagi memenuhi standard antarabangsa, penilaian MQA melibatkan panel pakar dalam bidang program pengajian. Laporan yang disediakan oleh panel pakar akan diselaras oleh seorang pengerusi panel. Laporan yang telah dimuktamadkan kemudiannya akan dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Akreditasi (MJA) untuk memuktamadkan keputusan akreditasi.
Penilaian akreditasi bagi program professional adalah dijalankan oleh badan professional yang berkenaan.
Boleh. PPT boleh membuat rayuan secara bertulis kepada YB Menteri Pengajian Tinggi dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat keputusan akreditasi diterima.
Bagi program profesional pula, PPT boleh membuat rayuan secara bertulis kepada Jawatankuasa Rayuan dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat keputusan akreditasi diterima.
Semakan program pengajian yang telah diakredit MQA boleh dibuat secara atas talian di Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Register, MQR).
Semakan boleh dirujuk di sini.
Tempoh sah laku bagi program pengajian dan kelayakan yang diakredit di bawah Akta MQA 2007 (berkuat kuasa pada 1 November 2007) adalah bersifat “berterusan” (perpetual) bermula daripada tarikh program tersebut diakredit.
Sekiranya akreditasi sesuatu program ditarik balik, tarikh penamatan akan dinyatakan dalam MQR. Tempoh sah laku bagi program profesional adalah ditentukan oleh badan profesional yang berkenaan.
Akreditasi merupakan satu bentuk pengesahan kualiti terhadap sesuatu program pengajian berdasarkan kepada standard-standard akademik.
Pengikitirafan pula bermaksud penerimaan satu-satu kelayakan oleh pihak-pihak tertentu bagi tujuan tertentu. Tujuan ini boleh dalam bentuk pengambilan pekerja, pemberian bantuan-bantuan pendidikan, peluang melanjutkan pengajian, amalan professional dan sebagainya. Adalah menjadi kelaziman akreditasi MQA menjadi salah satu perkara yang diambil kira oleh pihak-pihak ini. Contoh-contoh pengiktirafan dengan tujuan khusus adalah seperti berikut:
Pengiktirafan bagi menyertai perkhidmatan awam oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Pengekalan kelulusan terhadap program oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPM)
Peluang mendapatkan pinjaman pengajian yang dikendalikan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
– Untuk tujuan pembaharuan kelulusan pengendalian program
– Pengiktirafan Perkhidmatan Awam
– Dijamin kualiti program pengajian
Sijil Perakuan Akreditasi akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas Borang SPS01 yang telah disahkan oleh PPT dikemukakan kepada Unit Rujukan, Nilai Taraf dan APP oleh pegawai Akreditasi yang berkaitan.
Caj yang dikenakan bagi pengambilan sijil Perakuan Akreditasi ialah RM 100.00.
Pihak MQA akan menghantar emel makluman kepada PPT terlibat bagi pengambilan sijil Perakuan Akreditasi yang telah siap dicetak.
Bagi kutipan sijil Perakuan Akreditasi secara serahan tangan, PPT perlu membawa bank deraf / tunai berjumlah RM100.00 bagi setiap program dan salinan email makluman daripada MQA (3 salinan) sebagai dokumen sokongan bagi serahan sijil.
Bagi PPT yang ingin sijil Perakuan Akreditasi dihantar melalui pos, PPT perlu menghantar bank deraf fi sijil perakuan Akreditasi secara pos terlebih dahulu ke MQA. Sijil akan dihantar melalui pos laju kepada PPT setelah bayaran fi sijil diterima.
Bagi mengemaskini maklumat pada sijil Perakuan Akreditasi, PPT perlu mengemukakan permohonan Penggantian Sijil Perakuan Akreditasi kepada MQA bersama dokumen-dokumen berikut:
1. Borang J (satu bagi setiap program) yang telah lengkap diisi. Borang J boleh dimuat turun dari Portal Rasmi MQA di pautan berikut https://www.mqa.gov.my
2. Fi permohonan berjumlah RM 100.00 bagi setiap satu program atas nama Agensi kelayakan Malaysia;
3. Sijil Perakuan Akreditasi yang asal versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi program terlibat; dan
4. Dokumen sokongan berkaitan seperti surat kelulusan terkini daripada Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi(JPT, KPT).
Ya, RM 100.00
Pihak MQA akan menghantar emel makluman kepada PPT terlibat bagi pengambilan sijil Perakuan Akreditasi yang telah siap dicetak.
Bagi kutipan sijil Perakuan Akreditasi secara serahan tangan, PPT perlu membawa salinan email makluman status penggantian sijil daripada MQA (2 salinan) sebagai dokumen sokongan bagi serahan sijil.
Bagi PPT yang ingin sijil Perakuan Akreditasi dihantar melalui pos, PPT perlu memaklumkan kepada MQA dengan mengemukakan maklum balas kepada emel makluman status penggantian sijil tersebut. Sijil akan dihantar melalui pos laju kepada PPT setelah maklum balas PPT diterima oleh MQA.
Baca juga:




