Salam Subuh – Contoh Ucapan, Motivasi & Doa Pagi

“Salam Subuh” merupakan ungkapan yang biasa dituturkan oleh seseorang individu kepada individu Muslim yang pada waktu awal pagi sebelum atau selepas solat Subuh.

Seperti yang diketahui, Subuh adalah salah satu waktu solat wajib bagi orang Islam menunaikan ibadat solat fardhu.

Ungkapan ini mencerminkan semangat dan rasa syukur atas kesempatan untuk melaksanakan solat Subuh.

Salam subuh yang indah juga mencakupi motivasi dan semangat untuk menjalankan ibadah, mengatasi perasaan mengantuk dan menghargai pentingnya waktu pagi.

Dalam Islam, solat Subuh dianggap sebagai ibadah yang ringan dalam hal jumlah rakaat tetapi sangat berat dalam erti perjuangan melawan perasaan mengantuk dan kemalasan untuk bangun di pagi hari.

Koleksi salam Subuh

Berikut merupakan koleksi ucapan Salam Subuh yang boleh dikongsi dengan rakan-rakan dan kenalan:

“Setiap pagi adalah kesempatan baru. Mulailah dengan berdoa, berzikir, dan sholat Subuh. Semoga Allah membimbing langkah kita.”

 “Subuh adalah saat kita mendekatkan diri kepada Allah. Jangan lewatkan kesempatan berharga ini.”

“Setiap langkah ke masjid untuk solat Subuh adalah langkah menuju kebahagiaan abadi.

“Pagi yang cerah, hati yang bersih. Sholat Subuh adalah ladang amal kita. Mari kita tanam dengan penuh keikhlasan.”

“Allah adalah Tuhan yang Maha Pengampun. Mari bersujud di Subuh ini untuk memohon keampunan dari-Nya.”

“Setiap rakaat di sholat Subuh adalah langkah kita mendekatkan diri pada Allah. Jangan sia-siakan momen ini.”

“Pagi ini adalah kesempatan yang Allah berikan. Manfaatkan waktu Subuh untuk beribadah dan bersyukur.

“Pagi ini, mari jadikan solat Subuh sebagai komitmen kita untuk mendekatkan diri pada Allah.”

“Kewajiban solat Subuh adalah cinta kita kepada Allah.”

“Pagi ini, bersujudlah dalam keheningan Subuh dan biarkan hatimu berbicara kepada Sang Pencipta.”

“Pagi ini adalah kesempatan Allah memberi kita untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Jadilah hamba yang bersyukur.”

“Semangat Subuh adalah kunci untuk menghadapi tantangan hari ini. Sujudlah dengan penuh keyakinan.”

“Dalam Subuh yang tenang, mari kita bersujud dan memohon petunjuk serta keberkahan dalam hidup kita.”

“Selamat Subuh, saudara seiman. Kita bersama-sama dalam ibadah untuk menciptakan persatuan dan kedamaian.”

“Pagi ini, mari kita hadir dalam sholat Subuh sebagai umat yang bersatu dalam iman dan rasa persaudaraan.”

Artikel berkaitan: Syarat Sah Solat, Syarat Wajib & Perkara Membatalkan Solat

Poster

Anda juga boleh berkongsi poster atau gambar Salam Subuh di bawah kepada rakan-rakan melalui sosial media:

YA ALLAH.. YA TUHANKU..

Berkati lah apa jua urusan kami hari ini dan hari-hari seterusnya, permudahkanlah segalanya, kurniakanlah kepada kami kesihatan yang baik, rezeki yang halal. Semoga dimakbulkan setiap doa kami…. Aamiin

selamat pagi subuh
salam subuh
ucapan selamat pagi
salam subuh

Contoh Doa Pagi

DOA MURAH REZEKI & AKHLAK MULIA

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
صَلَاةً تُوَسِّعُ بِهَا عَلَينَا الأَرْزَاق
وَتُحَسِّنُ بِهَا لَنَا الأَخْلَاق
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم

Ya Allah rahmatilah dan kurniakanlah kesejahteraan atas
Muhammad Rasulullah,
Dan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami,
Dan menjadikan baiknya akhlak kami,
Dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan
para sahabatnya.

Sumber: JAKIM

DOA 1

“Ya ALLAH, jadikanlah hari ini sebagai pembuka
pintu rezeki, pintu segala kebaikan, pintu kesabaran
dan kekuatan, pintu kesihatan dan keselamatan
dan pintu syurga buat kami..
Aamiin Ya Rabbal Alamin

DOA 2

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Ya ALLAH ya Tuhan kami, kurniakan kpd kami kesihatan, keafiatan dan keselamatan. Dipanjangkan umur kami dgn umur yg berkat. Ditambahkan rezeki kami dgn yg halal lagi berkat. Dimudahkan bagi kami beribadah dan bertaqwa kepada-MU. Menunaikan segala perintah-MU. Meninggalkan segala larangan-MU. Sentiasa dikurniakan kejayaan demi kejayaan, kecemerlangan demi kecemerlangan dan kebahagiaan hidup dunia akhirat.. Aamiin Ya Rabbal Alamin

DOA 3

اَللَّهُمَّ بِكَ أَصْبَحْنَا، وَبِكَ أَمْسَيْنَا، وَبِكَ نَحْيَا، وَبِكَ نَمُوتُ، وَإِلَيكَ النُّشورُ
Maksudnya: “Ya Allah, denganMu kami memasuki waktu pagi, dan denganMu kami memasuki waktu petang, denganMu kami hidup, dan denganMu kami mati, dan kepadaMu kami kembali.”

[Hadis Riwayat Abu Daud, 5068]

DOA 4

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

YA ALLAH
Kami bersyukur kepadaMu kerana telah menjaga tidur kami dan membangunkan kami kembali di pagi ini.
Ya Allah Engkau telah izinkan kami kembali hidup memulakan hari yang indah ini.
Ya Rahman
Jadikanlah hari ini penuh keindahan, dengan rahmatMu yang berlimpah,
Berikanlah hati kami kedamaian, ketenangan dan keiklasan.
Berikanlah kami kejernihan fikiran sehingga dapat dengan bijak dan sabar menyikapi segala ujianMu.
Ya Rahim Hilangkan kelelahan kesusahan dalam diri kami Sehingga kami dapat memberi yang terindah bagi keluarga, saudara, dan sahabat” kami
Ya Allah
Jadikanlah zuriat keturunan kami tergolong di dalam zuriat yang menjaga solat dan agamamu.

YA ALLAH
Berikanlah kasihMu Rahmat Mu, Perlindungan Mu, CahayaMu untuk keluargaku, saudaraku & sahabat ku yang membaca untaian do’aku ini.
Berkatilah umurnya .
Berilah kesihatan padanya.
Angkatlah penyakitnya.
Murahkanlah rezekinya.
Ya Allah, hacurkan lah rejim zionis israil dan selamatkan lah rakyat palestin serta betikan lah kemenangan kepada pejUang2 islam di sana.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

DOA 5

DOA 6

Ya Allah,
Terima kasih diatas kehidupan hari ini untuk nafas & rezeki yang Engkau limpahkan.
Jadikanlah permulaan hari ini dengan penuh kebaikan, pertengahannya yang membawa kejayaan & pengakhirannya suatu keberuntungan dan kejayaan.
Juga, jadikan awalnya rahmat, pertengahannya adalah nikmat & penghujungnya penuh berkat
آَمِيّـٍـِـنْ… آَمِيّـٍـِـنْ… آَمِيّـٍـِـنْ يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن

Promosi: Buku Panduan Solat Untuk Kanak-Kanak – Lebih 2 ribu terjual!

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!