Salam Maulidur Rasul: Koleksi Ucapan dan Pantun

Koleksi Ucapan dan Pantun Salam Maulidur Rasul sempena sambutan Maulidur Rasul.

Maulidur Rasul merupakan hari yang sentiasi diraikan setiap tahu bagi mengingati kelahiran Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiulawal.

Di Malaysia, sambutan Maulidur Rasul merupakan antara amalan yang lazim diraikan sebagai salah satu usaha untuk mendidik dan mengingati Rasulullah SAW dan sempena hari bersejarah ini, kerajaan telah memberikan cuti umum kepada semua negeri.

Terdapat banyak cara boleh dilakukan untuk mengingati Baginda antaranya mengamalkan sunnah Bagind berselawat kepada Baginda.

“Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali Allah S.W.T berselawat ke atasnya 10 kali”

(Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Artikel berkaitan: Doa Sambutan Maulidur Rasul – JAKIM

Pantun Maulidur Rasul

Sempena hari bersejarah ini, anda boleh menyampaikan Salam Maulidur Rasul kepada rakan taulan menggunakan pantun-pantung berikut:

Hiasan meja si kain renda,
Sulaman tangan ibu saudara;
Contohi sifat akhlak Baginda,
Agar hidup kita sejahtera.

Pokok keladi di tepi paya,
Bunga teratai kembang bertaut;
Apa guna kita berjaya,
Jika nabi tidak diikut.

Pokok senduduk di tanah seberang,
Berselang rapat si pokok jati;
Baginda hebat di medan perang,
Sehingga musuh sangat hormati.

Ikan Bawal masak kari,
Makan malam bersama keluarga,
Berselawat kita setiap hari,
Dapat syafaat mudahlah ke syurga.

Bulan Islam ada dua belas,
Bulan Rabiulawal bulan ketiga,
Dalam berjuang mestilah ikhlas,
Terbuka luas pintu syurga.

Hiasan meja si kain renda,
Sulaman tangan ibu saudara;
Contohi sifat akhlak Baginda,
Agar hidup kita sejahtera.

Cantik kuntuman bunga dahlia,
Pohon melatih di tepi perigi,
Rasullulah junjungan yang mulia,
Halus pekerti indah peribadi.

Ucapan Salam Maulidur Rasul

Berikut merupakan beberapa contoh ucapan Maulidur Rasul yang boleh anda gunakan dan ubah ikut kesesuaian masing-masing:

Selamat Menyambut Maulidur Rasul.
Ucapan Salam Maulidur Rasul buat semua yang beragama Islam di Malaysia.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul.
Semoga kita sentiasa memantapkan keyakinan, meningkatkan kecintaan, mencontohi perlakuan dan menghayati al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.”

“Ucapan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan hanya bagi Allah SWT serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga dengan suri tauladan yang ditonjolkan oleh Nabi Muhammad SAW menjadi pedoman buat kita semua. Salam Maulidur Rasul.”

“Salam Maulidur Rasul, tanggal 12 Rabiul Awal lahirnya seorang pahlawan sejati Islam Baginda Nabi Muhammad SAW seiring tarikh penting bagi seluruh umat Islam dimana ia dapat menghasilkan keinsafan, kecintaan dan kasih kepada Baginda SAW.”

“Salam Maulidur Rasul diucapkan buat semua umat Islam.
Bersempena dengan bulan Maulid penuh barakah ini, jangan lupa untuk memperbanyakkan ucapan selawat dan salam ke atas junjungan mulai Nabi Muhammad SAW. Semoga kita memperoleh syafaat agung Badinga di akhirat kelak.”

Promosi: Dapatkan Koleksi Buku Cerita Para Nabi (Buku Cerita Bergmbar)

Poster Maulidur Rasul

Sebagai alternatif, anda juga boleh menyampaikan Salam Maulidur Rasul menggunakan gambar imej berikut:

salam maulidur rasul
poster salam maulidur rasul
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!