Kerajaan Negeri Sembilan menerusi Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan telah membuka permohonan bagi program Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan Fasa 2 bagi tahun 2026 menerusi https://www.pknns.gov.my/inisiatif/program-rumah-harapan-rakyat-negeri-sembilan.
Rumah Harapan Rakyat merupakan sebuah bantuan pinjaman perumahan khusus untuk rakyat Negeri Sembilan.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai program ini.

Pengenalan Rumah Harapan Rakyat
Program Rumah Harapan Rakyat telah diperkenalkan pada tahun 2021 sebagai satu inisiatif prihatin bagi membantu golongan B40 yang masih belum memiliki rumah sendiri.
Program ini menawarkan kemudahan pinjaman tanpa faedah untuk pembinaan satu (1) unit rumah di atas tanah milik pemohon yang sesuai dan telah dikenal pasti.
Melalui program ini, pemohon yang layak berpeluang memiliki kediaman sendiri dengan komitmen bayaran yang rendah, terancang dan mampu milik, tanpa sebarang caj faedah sepanjang tempoh pembiayaan.
Bagi tahun 2026, harga seunit rumah ditetapkan sebanyak RM85,000 dan pemohon hanya perlu membuat bayaran balik sebanyak RM270 sebulan bagi tempoh 300 bulan (25 tahun), menjadikan program ini antara inisiatif perumahan yang paling mesra rakyat dan berdaya mampan.
Harga Rumah & Kos Pembiayaan Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan
Harga seunit bagi rumah ini adalah sebanyak RM 85,000 dan deposit yang diperlukan sebanyak 5% adalah RM 4,250.
Bayaran bulanan adalah RM270 sebulan bagi tempoh 300 bulan (25 tahun) dan menariknya kadar faedah program adalah 0%.
Tarikh Permohonan Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan
Tarikh permohonan Fasa 2 dibuka mulai 6 Mei 2026 hingga 30 Jun 2026.
Syarat Permohonan Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan
Syarat permohonan bagi rumah ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia berumur 21 hingga 50 tahun (keutamaan kepada anak Negeri Sembilan).
- Keutamaan kepada yang bekerja di Negeri Sembilan atau lokasi penempatan kerja berdekatan dengan tanah.
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami
- Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM4,000.00 sebulan.
- Berkahwin atau ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
- Memiliki tanah (hak milik penuh/perkongsian), tanah tersebut bersesuaian bagi pembinaan RHR dan bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya, seperti :-
– Tanah Adat/GSA/FELDA/FELCRA/GATCO tidak layak).
– Pemilikan tanah berstatus Pentadbir atau Pemegang Amanah tidak layak.
– Tanah dicagarkan ke LPPSA/BANK/SPNB/Koperasi tidak layak.
– Tanah dimasukkan kaveat oleh mana-mana pihak tidak layak dan lain-lain bebanan). - Keluasan minimum tanah adalah tidak kurang 2,500 kaki persegi atau 232 meter persegi.
- Keutamaan kepada pemohon dalam kategori miskin yang berdaftar dalam eKasih dan lain-lain.
- Tanah untuk tapak rumah mestilah dalam keadaan sedia untuk pembinaan. Keadaan bentuk muka bumi adalah rata serta bebas daripada sebarang halangan dan tumbuhan liar. Tanah hendaklah boleh diakses oleh kenderaan.

Cara Permohonan
Borang permohonan boleh dimuat turun melalui pautan https://www.pknns.gov.my/inisiatif/program-rumah-harapan-rakyat-negeri-sembilan.
Borang dan dokumen yang lengkap perlu diserahkan dengan tangan ke alamat seperti berikut :
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN
(Bahagian Pembangunan Strategik)
23-H, Tingkat 1, Jalan Zaaba, 70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-7616871 (2 Talian) / 016-7443251
Bagi mereka yang berjaya, tanggungjawab peserta yang berjaya adalah seperti berikut:
- Membuat pembayaran deposit 5% (RM4,250.00) berserta duti setem (RM415.00).
- Menandatangani perjanjian pembiayaan.
- Menyediakan jalan keluar masuk ke tapak pembinaan mengikut spesifikasi dan mendapatkan kebenaran bertulis daripada tuan tanah (sekiranya perlu).
- Menyediakan dan membuat penyambungan sumber bekalan air dan elektrik.
- Membuat pembayaran urusan kaveat sebelum penyerahan kunci rumah.
- Membuat pembayaran bulanan (RM270.00 / bulan).
Soalan Lazim Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan
Program Rumah Harapan Rakyat telah diperkenalkan pada tahun 2021 oleh Kerajaan Negeri Sembilan sebagai satu inisiatif prihatin bagi membantu golongan B40 yang masih belum memiliki rumah sendiri.
Kos pembiayaan adalah sebanyak RM 85,000 dan deposit yang diperlukan sebanyak 5% adalah RM 4,250.
Bayaran bulanan adalah RM270 sebulan bagi tempoh 300 bulan (25 tahun) dan kadar faedah program adalah 0%.
Tidak. Pemohon mestilah berumur 21 hingga 50 tahun dan keutamaan kepada anak Negeri Sembilan.
– Membuat pembayaran deposit 5% (RM4,250.00) berserta duti setem (RM415.00).
– Menandatangani perjanjian pembiayaan.
– Menyediakan jalan keluar masuk ke tapak pembinaan mengikut spesifikasi dan mendapatkan kebenaran bertulis daripada tuan tanah (sekiranya perlu).
– Menyediakan dan membuat penyambungan sumber bekalan air dan elektrik.
– Membuat pembayaran urusan kaveat sebelum penyerahan kunci rumah.
– Membuat pembayaran bulanan (RM270.00 / bulan).
Permohonan boleh dibuat menerusi borang permohonan boleh dimuat turun melalui pautan https://www.pknns.gov.my/inisiatif/program-rumah-harapan-rakyat-negeri-sembilan.
Pertanyaan lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan atau pertanyaan lanjut, boleh hubungi nombor tertera di bawah:
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN
(Bahagian Pembangunan Strategik)
23-H, Tingkat 1, Jalan Zaaba, 70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus
Laman web: https://www.pknns.gov.my
No Tel: 06-761 6871
Whatsapp: 016-744 3251
Baca juga: Bantuan Rumah Pertama Johor 2026: Syarat & Cara Permohonan




