Bantuan Rumah Pertama Johor merupakan antara inisiatif yang diketengahkan dalam Segmen JOHOR 01 minggu ini di bawah program Perumahan Kasih Johor.
Ia merangkumi Bantuan Beli Rumah Pertama dan Bantuan Masuk Rumah Pertama bagi membantu rakyat Johor memiliki kediaman idaman masing-masing.
Bantuan secara one-off ini bertujuan meringankan beban kewangan pembeli rumah pertama, termasuk kos deposit, guaman serta keperluan asas, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.
Objektif Bantuan Rumah Pertama Johor
Antara objektif utama pelaksanaan bantuan ini adalah:
- Membantu golongan B40 dan M40 memiliki rumah melalui pembelian Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ), lot Bumiputera atau rumah pasaran sekunder (sub-sale).
- Meningkatkan kadar pemilikan rumah dalam kalangan rakyat Johor, terutamanya Bumiputera.
- Menyediakan bantuan kewangan secara one-off bagi meringankan kos seperti deposit dan yuran guaman.
- Mengurangkan kebergantungan kepada sewaan jangka panjang (rent trap).
Selain itu, terdapat juga bantuan khas bagi membantu kos permulaan ketika masuk ke rumah baharu seperti kos pindah dan deposit utiliti.
Jenis Bantuan Rumah Pertama Johor
Jenis Bantuan Rumah Pertama Johor terbahagi kepada dua iaitu:
- Bantuan Masuk Rumah Pertama
- Bantuan Beli Rumah Pertama
Syarat Kelayakan & Cara Permohonan
1. Bantuan Beli Rumah Pertama
Program ini menyediakan bantuan kepada 20,000 pembeli rumah pertama yang membeli rumah di bawah kategori Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ), lot Bumiputera atau rumah pasaran sekunder (sub-sale) bagi lot Bumiputera. Setiap penerima layak menerima bayaran one-off sebanyak RM5,000.
Objektif Program:
Program ini bertujuan:
- Membantu golongan B40 dan M40 memiliki rumah melalui pembelian RMMJ, lot Bumiputera atau pasaran sekunder (sub-sale) lot Bumiputera.
- Meningkatkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat Johor, khususnya golongan Bumiputera.
- Menyediakan bantuan one-off bagi membantu meringankan beban kewangan untuk digunakan sebagai bayaran sebahagian deposit atau yuran guaman.
- Mengurangkan kebergantungan kepada sewaan jangka panjang (“rent trap”).
Syarat Kelayakan
Untuk melayakkan diri menerima bantuan ini, pemohon perlu memenuhi syarat berikut:
- Pemohon mestilah Warganegara Malaysia dan memegang kad pengenalan beralamat di Negeri Johor.
- Pemohon dan pasangan mestilah pengundi berdaftar di Negeri Johor.
- Pembelian rumah mestilah di dalam Negeri Johor.
- Pembelian Rumah Pertama dan pada harga bawah RM650,000.
- Pertimbangan diberikan kepada pemohon atau pasangan yang telah mempunyai pemilikan Rumah Kos Rendah / Rumah Kos Sederhana / RMMJ Jenis A, Jenis B, dan Jenis C yang membuat pembelian RMMJ Jenis D yang berharga RM250,000 dan ke atas. Pertimbangan diberikan kepada peserta bumiputera yang mempunyai pemilikan atau telah menjual Rumah Kos Rendah / Rumah Kos Sederhana / RMMJ yang membeli Lot Bumiputera atau pasaran bebas dan pasaran sukender (sub sale) lot bumiputera atau pasaran bebas.
- Pembelian mestilah berstatus bumiputeras bagi pembelian lot Bumiputera atau pasaran bebas dan sekunder (sub-sale) (bumiputera atau pasaran bebas) yang membeli hartanah berharga RM300,000 sehingga RM650,000.
- Pembelian rumah melibatkan Perjanjian Jual Beli (SPA) yang telah ditandatangani pada tahun 2024, 2025 dan 2026.
Kaedah Permohonan:
Permohonan perlu dibuat melalui borang yang disediakan dan dihantar terus kepada PKPJ. Pemohon boleh rujuk pautan ini (https://drive.google.com/drive/folders/1EzgTRqQOoQCb7PdVCpMQbSLh7UbCNro5) untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mengisi borang permohonan.
Borang Permohonan:
Muat turun Borang Permohonan di sini: https://drive.google.com/drive/folders/1EzgTRqQOoQCb7PdVCpMQbSLh7UbCNro5
Dokumen Permohonan:
Pemohon perlu menyediakan dokumen berikut:
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
- Salinan sijil kelahiran bagi pembelian pasaran sekunder (sub-sale) lot Bumiputera.
(Untuk status Bumiputera: sertakan surat sijil lot Bumiputera bagi pembelian lot Bumiputera.) - Sijil Layak Memiliki Rumah (SLMR) untuk pembelian RMMJ.
- Salinan Perjanjian Jual Beli bagi pembelian RMMJ, ATAU salinan bagi lot Bumiputera atau pasaran sekunder (sub-sale) yang berkaitan.
- Salinan surat tawaran pembiayaan dari mana-mana institusi kewangan.
- Salinan Carian Persendiri Hakmilik Rumah yang diperoleh daripada Pejabat Tanah Galian Johor/Pejabat Tanah Daerah untuk pembelian pasaran sekunder.
- Salinan penyata akaun bank pemohon (akaun simpanan sahaja).
- Salinan Semakan Daftar Pemilih Mengundi di Negeri Johor bagi pemohon dan pasangan (boleh dicetak dari laman web SPR: https://mysprsemak.spr.gov.my).
- Pengesahan daripada YB EXCO / YB ADUN / Penyelaras DUN.


2. Bantuan Masuk Rumah Pertama
Seramai 8,915 pembeli rumah pertama di bawah kategori Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) layak menerima bantuan ini. Bayaran one-off yang asalnya bernilai RM1,000.00 telah dinaikkan kepada RM2,000.00 bagi membantu pembeli membuat persediaan awal memasuki rumah baharu.
Objektif Program:
Program ini bertujuan menyediakan bantuan kewangan secara one-off bagi meringankan beban awal pembeli rumah, termasuk kos perpindahan, deposit utiliti, serta keperluan asas ketika memasuki rumah baharu.
Syarat Kelayakan
Pemohon mesti memenuhi syarat berikut:
- Pemohon perlu memiliki Sijil Layak Memiliki Rumah (SLMR), Sijil Tawaran Bumiputera yang dikeluarkan oleh PKPJ serta pembelian di pasaran sub-sale.
- Pembeli telah menerima Vacant Possession (VP) daripada pihak pemaju dalam tempoh 1 Januari 2025 sehingga 31 Disember 2026, yang mengesahkan rumah telah siap dan boleh diduduki (bagi pembeli RMMJ dan lot bumiputera)
- Pemohon dan pasangan belum pernah menerima bantuan ini sebelum ini.
- Pembelian rumah pertama dan pada harga bawah RM650,000 bagi lot bumiputera dan pasaran sub-sale.
- Pembeli bagi sub-sale / pasaran sekunder seorang bumiputera tanpa mengira jenis rumah yang dibeli dengan syarat di bawah RM650,000.
Kaedah Permohonan:
Permohonan perlu dibuat menggunakan borang yang disediakan dan dihantar terus kepada PKPJ. Pemohon juga boleh rujuk pautan ini (https://drive.google.com/drive/folders/1-fw2yoxlAeqLRpvPYiO9QLaSh0Bsb5TC) untuk mendapatkan maklumat lanjut serta memuat turun borang permohonan.
Muat turun Borang Permohonan di sini: https://drive.google.com/drive/folders/1-fw2yoxlAeqLRpvPYiO9QLaSh0Bsb5TC
Kaedah Penyaluran:
Bantuan akan disalurkan secara terus ke dalam akaun bank pemohon.
Borang Permohonan:
Muat turun Borang Permohonan di sini: https://drive.google.com/drive/folders/1EzgTRqQOoQCb7PdVCpMQbSLh7UbCNro5
Dokumen Permohonan:
Pemohon perlu menyediakan dokumen berikut:
- Salinan kad pengenalan pemohon.
- Salinan penyata akaun bank pemohon (akaun simpanan sahaja).
- Salinan surat makluman daripada pemaju yang mengesahkan rumah telah siap dan pemohon boleh mengambil kunci (Vacant Possession).
- Salinan Sijil Layak Memiliki Rumah (SLMR) atau Salinan Sijil Tawaran Bumiputera atau Carian Persendirian dari Pejabat Tanah yang mengesahkan bahawa pembeli membeli unit dari penjual, merupakan pemilik berdaftar dengan syarat adalah berstatus Bumiputera (mana-mana yang berkaitan).
- Perjanjian Jual Beli bagi pembelian sub-sale bagi pengesahan harga pembelian dan pemilikan.


Kelebihan Program Ini Kepada Rakyat Johor
Program Bantuan Rumah Pertama Johor bukan sahaja membantu dari segi kewangan, malah memberi peluang kepada lebih ramai rakyat untuk memiliki kediaman sendiri. Dengan adanya bantuan ini:
- Beban kewangan pembeli rumah pertama dapat dikurangkan
- Lebih ramai keluarga mampu memiliki rumah sendiri
- Kualiti hidup rakyat dapat ditingkatkan
- Risiko terperangkap dalam kitaran sewaan jangka panjang dapat dielakkan
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut berkenaan dengan Perumahan Kasih Johor, anda boleh rujuk pada butiran berikut:
Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ)
Aras 1 & 2, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak,
Kota Iskandar, 79503 Iskandar Puteri, Johor.
- No. Tel: 07-2666260
- No. Faks: 07-2661512
- Emel: [email protected]
- Laman web: pkpj.johor.gov.my
- Media sosial: PKPJOFFICIAL (Facebook, Instagram, TikTok, YouTube)
Soalan Lazim Bantuan Rumah Pertama Johor
A. FAQ – BANTUAN BELI RUMAH PERTAMA
Bantuan kewangan one-off ini disediakan bagi meringankan beban kewangan pembeli untuk membeli
rumah kediaman di Johor. Melalui inisiatif ini, ianya dapat mengurangkan kebergantungan kepada sewaan jangka panjang (rent-trap).
Pembeli yang layak memohon adalah pembeli rumah pertama yang memenuhi syarat kelayakan serta
mengemukakan dokumen lengkap. Bantuan ini terbuka kepada pembeli bagi kategori Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ), lot Bumiputera atau pembelian pasaran sekunder (sub-sale) lot Bumiputera. Harga rumah yang dibeli hendaklah tidak melebihi RM500,000, berada dalam negeri Johor dan pembelian tersebut dibuat dalam tahun 2026.
Bantuan ini diberikan kepada pembeli rumah pertama sahaja kerana tujuan utamanya adalah membantu
golongan yang belum memiliki kediaman sendiri supaya mereka diberi peluang memiliki kediaman sendiri tanpa beban awal yang tinggi.
Pendekatan ini juga memastikan peruntukan kerajaan sampai kepada kumpulan yang benar-benar memerlukan, bukan kepada mereka yang sudah mempunyai kediaman.
Had harga sehingga RM500,000 ditetapkan kerana ia selaras dengan objektif membantu golongan B40 dan M40 memiliki rumah pertama dalam julat harga mampu milik, memastikan bantuan disalurkan kepada kumpulan sasar sebenar dan mengelakkan penyertaan pemohon berpendapatan tinggi.
Julat harga ini juga dianggap munasabah serta lebih berdaya tampung dari segi komitmen ansuran bulanan, sekali gus mengurangkan risiko beban hutang kepada pembeli kali pertama.
Pemohon perlu mengemukakan SPA kerana ia membuktikan pembelian rumah memang sudah sah. SPA
memastikan bantuan diberi kepada pemohon yang benar-benar membeli rumah pertama dan mengelakkan permohonan palsu serta memastikan pemberian bantuan dibuat dengan tepat kepada mereka yang layak.
Salinan Carian Persendirian Hakmilik diperlukan sebagai bukti bahawa rumah tersebut wujud dan transaksi jual beli antara penjual dan pembeli selain memastikan rumah itu adalah lot Bumiputera sebelum bantuan diluluskan. Syarat ini hanya untuk pembelian rumah pasaran sekunde (sub-sale sahaja).
Kaedah permohonan adalah secara manual melalui borang yang perlu diisi oleh pemohon. Borang tersebut boleh diperoleh melalui imbasan kod QR yang disediakan.
Pemohon yang berminat boleh mengikuti roadshow yang dianjurkan oleh PKPJ. Borang boleh didapati melalui imbasan kod QR yang disediakan. Permohonan rasmi boleh dihantar terus ke PKPJ.
Bantuan akan disalurkan selepas semua dokumen pemohon disemak dan disahkan lengkap serta proses
penentuan kelayakan selesai. Setelah pemohon disahkan layak, PKPJ akan memproses bayaran bantuan berkenaan.
Bantuan akan disalurkan secara terus kepada akaun bank pemohon (akaun simpanan sahaja).
PKPJ berhak membatalkan bantuan sekiranya terdapat penipuan atau maklumat palsu. Penerima bantuan akan disenarai hitam daripada semua skim di bawah Perumahan Negeri Johor.
B. FAQ – BANTUAN MASUK RUMAH PERTAMA
Bantuan kewangan one-off ini disediakan bagi meringankan beban awal pembeli rumah termasuk kos pindah, deposit utiliti dan keperluan asas ketika memasuki rumah baharu.
Pembeli yang layak memohon adalah pembeli rumah pertama yang telah menerima surat serahan dokumen milikan kosong / Vacant Possession (VP) daripada pemaju mulai 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2026 yang menyatakan rumah telah siap dan boleh mengambil kunci.
Bantuan ini dikhaskan kepada pembeli rumah pertama di bawah kategori Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) sahaja.
Kadar bantuan yang disediakan adalah bayaran one-off sebanyak RM2,000 kepada pemohon yang layak.
Bantuan akan disalurkan selepas semua dokumen pemohon disemak dan disahkan lengkap serta proses penentuan kelayakan selesai. Setelah pemohon disahkan layak, PKPJ akan memproses bayaran bantuan berkenaan.
Dokumen ini mengesahkan bahawa pemohon telah menerima rumah tersebut. Bantuan masuk rumah hanya diberikan kepada pemohon yang telah menerima milikan rumah.
Kaedah permohonan adalah secara manual melalui borang yang perlu diisi oleh pemohon.
Borang tersebut boleh diperoleh melalui imbasan kod QR yang disediakan.
Bantuan akan disalurkan secara terus ke akaun bank pemohon (akaun simpanan sahaja).
PKPJ berhak membatalkan bantuan sekiranya terdapat penipuan atau maklumat palsu.
Penerima bantuan akan disenaraihitamkan daripada semua skim di bawah Perumahan Negeri Johor.
Pemohon yang berminat boleh mengikuti roadshow yang dianjurkan oleh PKPJ. Borang boleh didapati melalui imbasan kod QR yang disediakan. Permohonan rasmi boleh dihantar ke PKPJ mulai Januari 2026.
Bantuan ini diberikan kepada pembeli rumah pertama sahaja kerana tujuan utamanya adalah membantu golongan yang belum memiliki kediaman sendiri supaya mereka diberi peluang memiliki tempat tinggal tanpa beban awal yang tinggi.
Pendekatan ini juga memastikan peruntukan kerajaan sampai kepada kumpulan yang benar-benar memerlukan, bukan kepada mereka yang sudah mempunyai kediaman.
RUJUK FAQ PERUMAHAN KASIH JOHOR 2026 INI




Baca juga:




