Advertisements

Roti Gardenia Naik Harga Mulai 1 Disember 2021. Ini Senarai Harga Baru

Advertisements

ROTI GARDENIA NAIK HARGA MULAI 1 DISEMBER 2021 – Ini Senarai Harga Baru Produk Terlibat

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) akan menaikkan harga bagi produk-produk roti Gardenia berkuat kuasa 1 Disember ini.

Menerusi satu kenyataan yang tular di media sosial, senarai harga baru beberapa jenis roti Gardenia tersebut mengalami kenaikan dari 10 sen hingga 45 sen.

Menurut Astro Awani, pihak Gardenia KL berkata, peningkatan ketara dalam kos pengeluaran dan bahan yang di luar kawalan mereka meletakkan syarikat itu dalam kedudukan sukar tanpa sebarang pilihan kecuali menyemak semula harga (price revision).

gardenia naik harga

Gardenia KL juga memaklumkan amat terkesan dengan cabaran ketika pandemik dan berusaha sedaya upaya untuk menyerap kenaikan harga bahan mentah selama ini namun peningkatan ketara baru-baru ini menghadirkan cabaran berbeza.

Advertisements

“Penetapan harga baru itu melibatkan produk dalam keadaan tertentu, yang mengekalkan harga sama selama bertahun-tahun, termasuk rangkaian roti Gardenia Original Classic.

“Produk Gardenia yang naik harga juga meliputi rangkaian Gardenia Delicia, ban, roti krim, mufin, Gardenia Twiggies, wafel dan Gardenia NuMee.

“Semakan harga ini dilaksanakan ekoran kenaikan harga bahan mentah, antara lain termasuk tepung, tepung gandum penuh, lemak sayuran, serbuk koko, susu dan pembungkusan,” menurut kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, kenaikan harga adalah langkah terakhir setelah semua usaha digembleng terlebih dahulu.

Baca juga:

“Gardenia KL akan terus memberi tumpuan menggiatkan usaha kami untuk mengoptimumkan produktiviti dan kecekapan di kilang-kilang kami.

“Kami amat menghargai sokongan dan kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan kami selama ini dan berharap anda memahami keputusan sukar yang terpaksa kami laksanakan,” ujar syarikat itu.

SENARAI HARGA BARU ROTI GARDENIA MULAI 1 DISEMBER

Berdasarkan senarai yang tular di media sosial berkenaan, sebanyak 38 produk tersenarai dan akan mula dijual pada harga baharu bermula dari tarikh tersebut.

Berikut antara harga baharu produk Gardenia yang tersenarai itu berkuatkuasa 1 Disember 2021:

  1. Gardenia QuickBites Cream Roll (semua perisa) – RM1.00
  2. Gardenia Original Classic – RM2.80
  3. Gardenia Original Classic Jumbo – RM4.00
  4. Gardenia Bonanza Big Value – RM3.10
  5. Gardenia Wholemeal – RM3.60
  6. Gardenia Delicia (semua perisa) – RM5.00
  7. Gardenia Toast’em (semua perisa) – RM5.00
  8. Gardenia Fluffy Buns (semua perisa) – RM3.70
  9. Gardenia Twiggies (semua perisa) – RM1.80
  10. Gardenia Waffles (semua perisa) – RM1.40
  11. Gardenia Puazz! Sambal Bilis – RM1.30
  12. Gardenia NuMee – RM1.70

Sumber: Astro Awani

Bantu kami bagi rating artikel ini:

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment