Advertisements

Cara Renew Passport Online (MyIMMS eServices)

Advertisements

Pihak Imegresen maju selangkah lagi dengan memperkenalkan kemudahan untuk renew passport online bagi semua rakyat Malaysia melalui kemudahan MyIMMS eServices!

Pandemik COVID-19 menyebabkan ramai rakyat Malaysia tidak boleh menggunakan passport mereka untuk melancong ke luar negara memandangkan kebenaran rentas negeri telah disekat sepanjang tempoh PKP dan PPN.

Apabila kebenaran rentas negeri telah dibenarkan, ramai daripada kita tentunya perlu renew passport terlebih dahulu memandangkan passport sedia ada sudah pun expired.

Malah, mengikut undang-undang anda dikehendaki memastikan passport anda mempunyai sekurang-kurangnya 6 bulan daripada baki tarikh luput sebelum dibenarkan untuk ke luar negara.

Apa itu MyIMMS eServices?

MyIMMS eServices adalah sebuah portal yang diperkenalkan untuk pelbagai kemudahan yang dikendalikan oleh Jabatan Imegresen Malaysia antaranya:

  1. MyOnline Permit
  2. MyOnline Residence Pass
  3. MyOnline Passport
  4. MyOnline Foreign Maid/Foreign Worker
  5. ePLSI

Disebabkan pertambahan ramai orang yang ingin memperbaharui passport mereka, kerajaan Malaysia telah membangunkan aplikasi permohonan pembaharuan secara dalam talian melalui platform MyIMMS eServices.

Cara menggunakannya juga tersangatlah mudah.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Setelah membuat pembayaran secara online, anda hanya perlu hadir ke kaunter Jabatan Imegresen Malaysia yang berdekatan untuk membuat kutipan passport baru.

Walau bagaimanapun, kemudahan renew passport online ini hanyalah bagi pemohon yang passport mereka telah tamat tempoh sahaja.

Pemohon yang pasportnya hilang atau rosak tidak dibenarkan membuat permohonan secara atas talian.

Cara renew passport MyIMMS eServices

renew passport online

Untuk renew passport dalam secara dalam talian, ikuti langkah-langkah mudah berikut:

  1. Layari portal MyIMMS eServices di pautan https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/main
  2. Lihat pada bahagian “MyOnline Passport” dan klik pada “Permohonan Pasport – Application for the renewal of passport”
  3. Pada halaman berikutnya, anda yand diterangkan mengenai tempoh pengeluaran passport, spesifikasi foto passport, terma dan syarkat, jumlah bayaran dan pelbagai perkara lain.
  4. Pastikan anda membaca kesemua informasi yang dipaparkan dengan teliti
  5. Klik pada butang Setuju pada bahagian bawah halaman tersebut
  6. Lengkapkan segala maklumat yang dikehendaki
  7. Pilih cawangan kutipan passport
  8. Muat naik gambar mengikut kriteria yang dinyatakan. Kegagalan berbuat demikian yang menyebabkan permohonan anda ditolak.
  9. Lengkapkan bayaran dengan menggunakan fungsi perbankan internet atau kredit kad
  10. Simpan resit

Pemohon perlu hadir sendiri untuk mengambil pasport dengan mengemukakan kad pengenalan, pasport sedia ada dan resit bayaran. Tiada wakil dibenarkan.

Tempoh masa kutipan passport

Setelah selesai membuat pembayaran, anda boleh membuat semakan di portal MyIMMS eServices untuk mengetahui sama ada passport baru anda sudah siap untuk dikutip.

Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun perlu membawa sijil kelahiran dan penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran perlu hadir bersama.

Leave a Comment