Cara Renew Lesen Memandu Online (MyJPJ / MySikap)

Cara Renew Lesen Memandu Online (MySikap / My JPJ)

Menurut perkongsian terkini di media sosial, kini kebanyakan pejabat JPJ tidak lagi mencetak lesen memandu secara fizikal.

Sebaliknya, slip pembaharuan akan diberikan kepada mereka yang memperbaharui lesen memandu.

Anda juga boleh menikmati rebat RM5 jika menggunakan inisiatif kad memandu digital.

Jom ketahui lebih lanjut tentang aplikasi MyJPJ dan cara nak renew lesen memandu dan roadtax online.

Inisiatif Perbaharui Lesen Memandu di Aplikasi MyJPJ Mulai 1 Februari 2024

Untuk mengalakkan penggunaan e-Lesen Memandu Malaysia (e-LMM), mereka yang memilih e-LMM semasa pembaharuan akan menikmati rebat sebanyak RM5.

Rebat ini akan dinikmati sepanjang tahun 2024 iaitu bermula 1 Februari 2024 sehingga 31 Disember 2024.

Inisiatif ini terpakai untuk mereka yang memilih e-LMM semasa pembaharuan sama ada melalui kaunter JPJ / portal mySIKAP / aplikasi MyJPJ atau rakan niaga JPJ (Pejabat Pos Malaysia dan MyEG Services Berhad).

Inisiatif ini hanyalah untuk warganegara Malaysia sahaja.

renew lesen memandu online jpj myjpj

PEMBAHARUAN LESEN MEMANDU MALAYSIA (LMM) :: SECARA DIGITAL & SLIP FIZIKAL

Berikut adalah penerangan terperinci mengenai inisiatif pembaharuan secara digital bagi lesen memandu Malaysia serta slip pembaharuan fizikal yang dikeluarkan oleh Pejabat JPJ.

PEMBAHARUAN DIGITAL

  • Pembaharuan secara digital boleh dibuat melalui Portal MySikap atau Aplikasi MyJPJ (Aplikasi MyJPJ bermula 1 Februari 2024).
  • Paparan menggunakan aplikasi MyJPJ dan TIADA CETAKAN SLIP PEMBAHARUAN LMM
  • Pembaharuan boleh dilaksanakan pada bila-bila amsa menggunakan komputer atau telefon bimbit.
  • Permohonan pembaharuan lesen memandu digital akan mendapat rebat RM5 (tanpa cetakan fizikal) bermula 1 Februari 2024.
  • Sah laku slip pembaharuan lesen memandu ini adalah bagi kegunaan dalam negara sahaja. Jika perlukan untuk urusan ke luar negara, perlu mohon salinan kad fizikal dan fi salinan akan dikenakan sebanyak RM20.
Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Melaka

Cetakan Slip Pembaharuan Lesen Memandu Malaysia adalah seperti dalam lampiran di bawah:

lesen memandu digital slip pembaharuan renew jpj

Harga Memperbaharui Lesen Memandu

Harga untuk renew lesen ialah RM30 setahun.

Namun bagi pembaharuan selama tempoh 10 tahun, akan mendapat kadar bayaran khas RM270.

Selain itu, pemegang lesen memandu Malaysia yang telah tamat tempoh kini dibenarkan membaharui lesen tanpa perlu menjalani ujian semula.

Tempoh Maksimum Pembaharuan

Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata lesen memandu boleh dibaharui untuk tempoh sehingga 10 tahun berbanding lima tahun sebelum ini.

Beliau berkata, lesen yang boleh dibaharui untuk tempoh 10 tahun mestilah mempunyai tempoh sah laku tidak lebih setahun.

Pembaharuan lesen 10 tahun itu juga akan dikenakan fi istimewa, iaitu percuma untuk tahun ke-10, tambahnya

“Orang ramai akan dibenarkan memperbaharui lesen antara satu sehingga 10 tahun, namun, hanya pembaharuan 10 tahun sekaligus sahaja akan menikmati keistimewaan fi percuma untuk tahun ke-10.”

Menurut Loke, inisiatif ini hanya sah untuk warganegara Malaysia.

Sebelum ini, lesen memandu boleh dibaharui setiap tahun atau maksimum lima tahun.

Cara Renew Lesen Memandu Online My JPJ

Bermula 1 Februari 2024, anda boleh renew lesen memandu online melalui aplikasi online JPJ iaitu MyJPJ.

Pastikan anda download aplikasi MyJPJ bagi memudahkan urusan pada masa akan datang.

  1. Download apps MyJPJ
  2. Daftar masuk baharu
    • No Kad Pengenalan
    • Nama Pemilik
    • Masukkan nombor telefon
    • No rujukan : tinggalkan kosong
    • No Siri lesen memandu : rujuk belakang lesen memandu
      (SEKIRANYA Pemilik tiada lesen memandu, perlu ambil no rujukan di Kaunter JPJ ok)
  3. Masukkan email aktif,Mesti aktif sebab password sementara akan masuk di email
  4. Jawab security question (ada 3 soalan)
  5. Setelah berjaya , semak email untuk password sementara.
  6. Pergi ke apps semula dan masukkan username dan password sementara. Ikut arahan seterusnya untuk tukar password baru.
  7. Jika berjaya masuk, boleh semak butiran saman JPJ, Lesen Memandu dan roadtax kenderaan secara online.
  8. Fungsi perbaharui lesen memandu dan roadtax akan mula ditawarkan bermula 1 Februari 2024.

Selamat mencuba. Boleh rujuk panduan bergambar di bawah untuk memudahkan anda.

PAUTAN MUAT TURUN APLIKASI_MYJPJ

  1. Google Playstore : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.jpj.jpj_info
  2. Apple App Store : https://apps.apple.com/my/app/myjpj/id6443821311
Cara Renew Lesen Memandu Online (MyJPJ / MySikap)
Cara Renew Lesen Memandu Online (MyJPJ / MySikap)

Cara Perbaharui Lesen Memandu Melalui MySikap

mySikap adalah sebuah portal atas talian rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

Tidak terhad sekadar renew lesen memandu online, anda juga boleh melakukan pelbagai perkhidmatan dalam talian yang melibatkan kenderaan motor dan pelesenan pemandu.

Jika anda belum mendaftar, anda boleh merujuk kepada artikel berikut untuk mengetahui kelebihannya dan cara untuk mendaftar kali pertama : MySikap JPJ Login : Pendaftaran ID, Semakan Lesen, Cukai Jalan

Tahukah anda, salah satu lagi cara memperbaharui lesen memandu secara online adalah melalui laman web MySikap.

Berikut perkongsian oleh Asyran Shamsuddin di Facebook tentang cara renew lesen memandu online melalui laman web MySikap.

LANGKAH 1

Pergi ke lawan web MySikap JPJ.

URL mySikap: https://public.jpj.gov.my/public/login.zul

  • ID pengguna adalah nombor IC anda
  • Masukkan kata laluan/password
  • Kod sekuriti adalah aksara yang dipaparkan dalam kotak di bawah

LANGKAH 2

Pergi ke menu utama – “Lesen Memandu”.

renew lesen memandu online

Kemudian pilih menu seterusnya – “Pembaharuan Lesen Memandu”.

renew lesen memandu online

LANGKAH 3

Kemudian anda akan dibawa ke laman Carian.

Sila pilih dari drop down menu, “Lesen Memandu Kompeten” untuk Jenis Lesen.

Di bawahnya ada pilihan tempoh. (*Baru test tadi, dah ada pilihan untuk renew 10 tahun di MySikap.)

renew lesen memandu online

Kemudian klik butang “Cari”.

LANGKAH 4

Kemudian laman web ini akan paparkan maklumat lesen anda beserta jumlah bayaran, rate biasa RM30 setahun untuk kelas B2 dan D.

renew lesen memandu online

Dekat sini juga akan ada pilihan “Gambar”.

Kalau korang tak suka gambor sekarang leh klik tapi pastu kena gi JPJ lak amek gambor, (tah pape sistem ni kan, bagi jela pilihan uplod gambor), so nak senang korang redho je lah gambar apa yang ada tu, toksah klik kat box Gambar tu then klik Bayar.

LANGKAH 5

Pilih Kaedah Pembayaran, anda boleh menggunakan kad kredit atau FPX iaitu online banking.

Dah pilih, klik Bayar kat bawah tu. Pastikan dan disable popup blocker ya.

Selepas transaksi berjaya, anda akan kembali ke page mySikap dan akan keluar notis “sila ambil lesen anda di JPJ”.

Kalau ada masa boleh pergi, kalau tak, anda boleh juga mendapatkan salinan digital dengan klik pada butang “Cetak Lesen Memandu e-LM”

LANGKAH 6

Untuk dapatkan lesen digital, buka apps MyJPJ > Profil > klik butang “Jana Semula”

Taddaaaa, settle dah hal renew lesen korang.

Just make sure korang ada smart fon je la, and battery tak kong bila lalu roadblock nanti k. Hehehe.

Selamat mencuba!

Baca juga: MyJPJ : Semakan Cukai Jalan Digital & Lesen Memandu Online

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!