Rebus Telur Berapa Minit – Separuh Masak & Sempurna

Sekiranya anda suka makan telur, pasti anda teringin untuk cuba nikmatinya dalam pelbagai cara. Tapi, berapa minit nak rebus telur tu untuk dapatkan hasil yang anda idamkan?

Seperti yang kita tahu, telur bukan sahaja boleh direbus untuk dapatkan pelbagai konsistensi, malah telur juga sangat versatil, tetapi ia juga boleh dijadikan lauk, boleh digoreng dan digunakan sebagai ramuan salad.

Menariknya, telur mempunyai kandungan khasiat yang cukup tinggi seperti protein, vitamin serta mineral. Selain itu, ia juga merupakan sumber omega-3 yang sangat baik.

Saiz, suhu dan usia telur sebenarnya memainkan peranan penting untuk dapatkan telur rebus yang sempurna.

Ayuh ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Cara Rebus Telur Untuk Hasil Yang Sempurna

Untuk dapatkan hasil terbaik, gunakanlah telur yang baru dibeli atau berusia kira-kira seminggu dua.

Cara-cara untuk rebus telur sempurna adalah seperti berikut :

  • Letakkan telur di dalam periuk dan masukkan air hingga berketinggian kira-kira 1 inci. Seterusnya, nyalakan api dan tunggu air mendidih.
  • Tutup api apabila air mula mendidih. Kemudian tutup periuk dan biarkan telur masak selama 10 hingga 12 minit.
  • Sekiranya anda sukakan kuning telur yang agar lembut berkrim, 10 minit pun sudah mencukupi
  • Kemudian, pindahkan telur ke dalam bekas ais selama 14 minit.
  • Kupas telur perlahan-lahan untuk dapat hasil telur rebus yang sangat cantik.
  • Telur rebus sedia untuk dinikmati.

Perlu Rebus Telur Berapa Minit Untuk Dapat Kuning Telur Cair?

Selain telur rebus, ada juga sesetengah orang yang sukakan telur dengan bahagian kuning yang cair dan berkrim.

Rasa telur soft-boiled egg ini juga sangat enak dan sesuai dinikmati bersama ramen dan salad.

rebus telur berapa minit

Walaupun nampak sukar, sebenarnya telur rebus sebegini amat mudah untuk disediakan.

  • Untuk dapatkan telur rebus dengan kuning telur cair, caranya adalah seperti berikut :
  • Isikan air ke dalam periuk dengan paras 1 inci. Kemudian panaskannya sehingga mendidih dan perlahankan.
  • Seterusnya letakkan telur dalam periuk dan setkan masa selama 7 minit.
  • Sediakan satu mangkuk berisi air berais. Ketika timer berbunyi, keluarkan telur daripada air panas dan masukkannya ke dalam bekas berisi air berais untuk hentikan proses memasak.
  • Telur rebus dengan kuning telur cair sedia untuk dikupas dan dinikmati.

Teknik Rebus Telur Separuh Masak Ala Kopitiam  

rebus telur berapa minit

Telur separuh masak ala kopitiam memang ada penggemarnya tersendiri. Cukup enak untuk dinikmati dengan roti bakar, kicap dan sedikit lada sulah untuk sarapan pagi.

Perlu rebus telur berapa minit untuk dapatkan hasil macam dekat kedai kopi? Begini caranya :

  • Masukkan 3 cawan air (720 ml) ke dalam periuk dan didihkannya di atas api.
  • Setelah menggelegak, tutup api dan masukkan 2 biji telur pada suhu bilik.
  • Setkan masa selama 7 minit. Anda juga boleh gunakan telefon bimbit atau timer untuk tetapkan masa.
  • Seterusnya, keluarkan telur dan sedia untuk dinikmati.

Anda juga boleh tonton video di bawah sebagai panduan.

Sekarang, anda sudah tahu pelbagai cara buat telur rebus di rumah. Ia juga sangat berkhasiat untuk dinikmati seisi keluarga termasuk kanak-kanak dan ibu mengandung.

Selamat mencuba!

Sumber : Hellodoktor, Youtube Malaysian Chinese Kitchen

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!