Permohonan Rayuan Tingkatan 6 KPM 2026 dibuka khas untuk pelajar yang tidak menerima tawaran atau ingin membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan 6 melalui pautan: https://sst6.moe.gov.my/
Rayuan ini memberi peluang kedua kepada calon lepasan SPM untuk melanjutkan pengajian dalam aliran STPM di sekolah yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Calon boleh membuat semakan dan permohonan rayuan secara online mengikut tarikh yang diumumkan oleh pihak KPM.
Permohonan Rayuan Tingkatan 6 KPM 2026
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka peluang kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak menerima tawaran ke Tingkatan Enam untuk membuat permohonan rayuan mulai 24 April hingga 8 Mei 2026.
Permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam boleh dibuat di semua Pusat Tingkatan Enam KPM.

Baca artikel: Pelajar Tingkatan 6 Bakal Terima Elaun RM250 Sebulan – PMX
Semakan Keputusan Rayuan Tingkatan 6
Keputusan rayuan akan dimaklumkan pada 22 Mei 2026 mulai jam 3 petang. Semakan keputusan dan permohonan rayuan boleh dilakukan secara dalam talian melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/
Tarikh Lapor Diri
Murid yang berjaya dan ditawarkan ke Tingkatan Enam perlu melapor diri pada 8 Jun 2026 bagi murid sekolah-sekolah dalam negeri Kumpulan A dan Kumpulan B.
Tiga Kategori Kolej Tingkatan 6
Pusat Tingkatan Enam Kementerian Pendidikan Malaysia terdiri daripada 3 kategori:
Kolej Tingkatan Enam (Mod 1) – sekolah yang mempunyai sekurang-kurangnya 12 kelas yang menempatkan hanya murid-murid Tingkatan Enam sahaja dan diajar oleh guru-guru akademik yang telah dilantik sebagai guru Tingkatan Enam.
Kolej Tingkatan Enam (Mod 2) – sekolah yang mempunyai sekurang-kurangnya 12 kelas, beroperasi di sekolah arus perdana tetapi di blok atau bangunan yang berasingan. Walau bagaimanapun, Pusat Mod 2 ditadbir oleh Pengetua arus perdana dengan kerjasama Penolong Kanan Tingkatan Enam.
Kolej Tingkatan Enam (Mod 3) – sekolah yang mempunyai kurang daripada 12 kelas atau sekolah yang jauh daripada bandar, tiada kemudahan asrama atau pengangkutan awam, dan beroperasi di sekolah arus perdana.
Tempoh Pengajian Tingkatan 6
Tempoh pengajian di Tingkatan 6 adalah selama 1 ½ tahun:
1. Semester 1 : Mei hingga November, 26 minggu termasuk :
- Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
- Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
- Peperiksaan Semester 1 (S1)
2. Semester 2: Januari hingga Mei, 20 minggu termasuk :
- Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
- Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
- Peperiksaan Semester 2 (S2)
3. Semester 3: Mei hingga November, 26 minggu termasuk :
- Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
- Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
- Peperiksaan Semester 3 (S3), peperiksaan Ulang 1 (U1) dan peperiksaan Ulang 2 (U2)
Kandungan kurikulum dibahagikan kepada tiga bahagian berdasarkan kelompok tajuk atau mengikut kesesuaian bidang kajian disiplin berkenaan untuk mengisi tiga Semester, iaitu S1, S2 dan S3 dalam tempoh pengajian selama 1½ t
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, layari portal Aplikasi Dalam Talian Tingkatan Enam, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di https://sst6.moe.gov.my/
Alamat BPSH & No Telefon :
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E, Pusat Pentadbiran, Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
No. Telefon : 03-8884 9370
No. Fax : 03-8888 6671
Sila rujuk Senarai Jabatan Pendidikan Negeri & Pejabat Pendidikan Daerah dalam lampiran di bawah:
Untuk maklumat lanjut tentang kemasukan Tingkatan 6 dan semakan, sila klik artikel berikut : Tingkatan 6: Syarat Kelayakan, Senarai Kolej, Subjek & Permohonan
ATAU terus ke pautan pantas ini: https://sst6.moe.gov.my/
Soalan Lazim Rayuan Tingkatan 6
Tidak perlu. Calon lepasan SPM yang layak dan memenuhi syarat akan ditawarkan ke tingkatan enam.
– Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
– Berumur antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun semasa
1. Sekolah menengah harian biasa
2. Sekolah menengah jenis kebangsaan
3. Pusat Tingkatan 6 (Kolej Tingkatan 6)
4. Sekolah-sekolah khas seperti Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) tertentu
Senarai sekolah boleh dirujuk melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau laman rasmi KPM.
Semakan tawaran dan permohonan rayuan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2026 dibuka mulai 24 April hingga 8 Mei 2026 melalui https://sst6.moe.gov.my/
Anda boleh membuat semakan melalui langkah berikut:
1. Layari portal https://sst6.moe.gov.my/
2. Masukkan nombor & MyKad/MyKid
3. Semak keputusan & cetak surat tawaran
Murid perlu melapor diri secara bersemuka di pusat Tingkatan Enam yang ditawarkan berdasarkan peraturan yang sedang berkuatkuasa serta yang akan dikeluarkan dari semasa ke semasa.
Tarikh melapor diri bagi murid Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2026 sekolah-sekolah dalam negeri Kumpulan A dan Kumpulan B adalah pada 8 Jun 2026.
Boleh. Murid boleh membuat rayuan secara dalam talian di pautan https://sst6.moe.gov.my/ dengan mengisi borang rayuan ke Tingkatan Enam tahun 2025. Namun begitu, murid mesti memenuhi syarat rayuan sebelum membuat rayuan di dalam talian.
Permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam dibuka pada 24 April hingga 8 Mei 2026.
Tidak boleh. Murid perlu mendaftar dalam tempoh yang telah ditetapkan. Sekiranya murid membuat penangguhan, maka tempoh pengajian minimum 20 minggu dalam semester 1 tidak dapat dipenuhi sebelum menduduki peperiksaan STPM Semester 1.
Permohonan pertukaran perlu melalui PTE asal dengan menggunakan Borang P.U.(A) 275 Jadual Ketiga [Permohonan untuk Bertukar Sekolah oleh Murid Warganegara]. Kelulusan pertukaran adalah tertakluk kepada kekosongan tempat.
Pakaian murid adalah berpandukan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Tahun 2014 Etika Pakaian Murid Tingkatan Enam. Pakaian murid lelaki ialah baju kemeja berseluar panjang lengkap dengan kasut dan stoking. Pakaian murid perempuan ialah baju kurung, gaun, gaun labuh / jenis jubah/maksi, two-piece/three piece suit pants lengkap dengan kasut atau pakaian tradisional kaum masing-masing yang bersesuaian dan lengkap. Sebarang pakaian yang menggunakan material jenis denim tidak dibenarkan. Jeans, cargo pants, selur pendek, atau legging tidak dibenarkan. Apa-apa pakaian yang menutup muka tidak dibenarkan. Murid dilarang memakai kemeja-T semasa menghadiri kelas. Muid hendaklah berpakaian kemas, sopan dan tidak mencolok mata. Pakaian yang jarang dan ketat juga tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, murid juga boleh mengenakan pakaian seragam sekolah sekiranya perlu (hak memilih terpulang pada murid).
Maklumat berkaitan tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam boleh diperoleh daripada portal KPM (https://www.moe.gov.my) dan Aplikasi Dalam Talian Tingkatan Enam (http://sst6.moe.gov.my). Murid juga boleh menghubungi JPN/PPD yang berhampiran dengan ke
Baca artikel: Cara Mohon Tukar Sekolah & Jurusan Tingkatan 6




