Rayuan SKAS : Syarat, Tarikh & Panduan Permohonan

rayuan skas
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bagi yang tidak mendapat Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), anda masih boleh membuat rayuan SKAS.

Senarai penerima SKAS 2025 dijana daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4, 2024 dan oleh itu sekiranya anda tidak melengkapkan permohonan STR, besar kemungkinan nama anda akan turut tercicir untuk SKAS ini.

Namun jangan risau, anda tetap boleh membuat rayuan SKAS bermula 1 Februari 2025.

Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Sarawak untuk membantu meringankan beban kewangan rakyat Sarawak, khususnya golongan berpendapatan rendah.

Program ini bertujuan untuk membantu masyarakat mendapatkan akses kepada keperluan asas seperti makanan dan barangan keperluan harian yang lain.

Antara kriteria kelayakan penerima iaitu hanya anak Sarawak pemegang Kad Pengenalan “K” yang beralamat dan menetap di Sarawak serta tiga kategori penerima yang layak iaitu isi rumah, bujang dan warga emas tiada pasangan dan tiada anak.

Pengenalan SKAS (Sumbangan Keperluan Asas Rahmah)

Sumbangan Keperluan Asas Sarawak 2025

Tujuan utama pelaksanaan SKAS adalah untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Sarawak, terutama bagi mereka yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup.

Dengan adanya bantuan ini, diharapkan masyarakat dapat memenuhi keperluan asas mereka dan hidup dengan lebih selesa.

Pelaksanaan SKAS memberikan banyak manfaat kepada masyarakat Sarawak, antaranya:

  • Mendorong pertumbuhan ekonomi: Dengan meningkatkan daya beli masyarakat, SKAS secara tidak langsung dapat mendorong pertumbuhan ekonomi di Sarawak.
  • Meningkatkan taraf hidup: Bantuan yang diberikan dapat membantu meningkatkan taraf hidup penerima.
  • Meringankan beban kewangan: SKAS dapat membantu meringankan beban kewangan bagi memenuhi keperluan asas.

Sasaran Penerima SKAS

SKAS disasarkan kepada beberapa kategori penerima, termasuk:

Kategori 1: Isi Rumah

  • Berkahwin; atau
  • Ibu/Bapa Tunggal/Balu/Duda/Cerai dengan tanggungan (anak/ibu bapa);
  • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 atau kurang; dan
  • Tiada had umur.

Kategori 2: Bujang

  • Tidak berkahwin; atau
  • Ibu/Bapa Tunggal/Balu/Duda/Cerai tanpa tanggungan;
  • Pendapatan kasar bulanan RM2,500 atau kurang;
  • Berumur antara 21-59 tahun; dan
  • Individu OKU (Orang Kurang Upaya) bujang berumur 19 tahun dan ke atas.

Kategori 3: Warga Emas tanpa pasangan atau anak

  • Tidak berkahwin; atau
  • Ibu/Bapa Tunggal/Balu/Duda/Cerai tanpa anak;
  • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 atau kurang; dan
  • Berumur 60 tahun dan ke atas.

Sekiranya anda menepati mana-mana syarat dalam kategori di atas, maka anda boleh membuat rayuan SKAS kelak.

Artikel berkaitan: Semakan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak 2025

Kadar Bantuan SKAS

Kadar Bantuan SKAS

buat rayuan SKAS

Kadar bantuan SKAS yang diberikan berbeza-beza mengikut kategori penerima dan kelayakan.

Nilai bantuan SKAS yang akan diterima adalah sebanyak RM800 bagi kategori isi rumah, RM400 bagi warga emas manakala RM250 bagi kategori bujang.

Arttikel berkaitan: S Pay Global – Semakan Bantuan SKAS

Penerima SKAS dijana daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4, 2024.

Tarikh Permohonan Rayuan SKAS

Bagi bukan penerima bantuan SKAS secara automatik, anda layak untuk membuat rayuan yang akan dibuka mulai 1 Februari 2025 hingga 1 Jun 2025.

Keputusan rayuan itu boleh disemak bermula pada 1 Jun 2025.

rayuan skas

Tuntutan SKAS dibuka sepanjang tahun 2025. Anda tidak perlu tergesa-gesa kerana anda boleh tuntut bila-bila masa dalam tahun 2025 dan menggunakannya sebelum 31 Disember 2025.

Cara Permohonan / Rayuan SKAS

Proses rayuan boleh dibuat melalui portal https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/

*Cara membuat permohonan akan dikemaskini selepas 1 Februari 2025

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai proses rayuan SKAS, sila rujuk pautan rasmi https://sarawak.gov.my atau rujuk panduan berikut:

Panduan untuk S PAY GLOBAL

  • Bagaimana mendaftar S PAY GLOBAL ( Lihat panduan )
  • Lupa kata laluan dan tukar nombor telefon untuk S PAY GLOBAL ( Lihat panduan )
  • Tukar telefon mudah alih yang digunakan untuk S PAY GLOBAL ( Lihat panduan )

Panduan untuk SarawakID

Panduan untuk SKAS

  • Panduan membuat pengesah akaun untuk SKAS dalam aplikasi mudah alih S PAY GLOBAL Infografik ].
  • Panduan untuk menyemak status penerimaan bantuan SKAS [Video | Infografik].
  • Panduan untuk mengemaskini maklumat akaun S PAY GLOBAL dengan SKAS Video  |  Infografik ]

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan S PAY GLOBAL, anda boleh merujuk kepada soalan-soalan lazim bagi S PAY GLOBAL atau hubungi kami melalui telefon +6082-224599 atau emel ke [email protected].

Bagi pertanyaan yang lain, anda boleh hubungi pusat Talikhidmat dengan mengisi borang atas talian atau telefon +6082-555999 atau emel to [email protected]

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut