Rayuan Subsidi Carseat MyCRS & Dokumen Yang Diperlukan

RAYUAN PEMBELIAN CARSEAT SUBSIDI MYCRS

Sudahkah anda membuat permohonan Tuntutan Subsidi MyCRS (Kerusi Keselamatan Kanak-kanak MIROS)?

Jika anda telah membuat permohonan tetapi masih belum mendapat jawapan atau tidak menerima kelulusan, anda boleh membuat rayuan dengan mengemukakan dokumen yang berkaitan.

Rayuan MyCRS kini dibuka kepada pemohon MyCRS yang telah membuat permohonan lebih dari 3 hari.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara membuat rayuan dan dokumen yang diperlukan.

Apakah Subsidi Pembelian Kerusi Keselamatan Kanak-kanak (MyCRS) 2022?

Kerajaan telah memperuntukkan kira-kira RM30 juta kepada 188,000 penerima daripada golongan B40 untuk menikmati 50% rebat atau sehingga RM150 insentif bagi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak (Child Restraint Systems – CRS).

Cadangan rebat ini akan dapat meringankan beban golongan B40 bagi membeli CRS dan pada masa yang sama dapat menjamin keselamatan golongan kanak-kanak yang merupakan aset masa depan negara.

Penerima yang layak boleh menikmati 50% rebat atau sehingga maksimum RM150 insentif bagi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak (Child Restraint Systems – CRS).

Harga ini adalah harga akhir selepas di jual oleh penjual.

Rujuk Jadual Program Subsidi di bawah berserta contoh pengiraan:

Contoh 1
Sarimah ingin membeli kerusi keselamatan kanak-kanak yang berharga RM250 selepas menerima pengesahan kelayakan subsidi. Potongan harga adalah sebanyak 50% (subsidi 50%), maka Sarimah hanya perlu membayar RM125 sahaja sebagai harga akhir.

Contoh 2
Rizal dan Aida adalah pasangan suami isteri, mereka ingin membeli CRS berharga RM400. Oleh kerana jumlah maksimum subsidi yang diberikan di bawah program ini adalah RM150, maka mereka perlu membuat bayaran tambahan sebanyak RM250 bagi CRS tersebut.

Cara Membuat Rayuan Tuntutan Subsidi MyCRS

Berikut dikongsikan cara membuat rayuan tuntutan subsidi secara atas talian:

  1. Sila isikan borang rayuan di pautan https://form.jotform.com/MIROS_mycrs/borang-rayuan-mycrs
  2. Sediakan dokumen seperti di bawah:
    • Sijil lahir – Bukti mempunyai anak di bawah umur 12 tahun
    • Buku pink – menunjukkan anak bakal dilahirkan sebelum 1 November 2022
    • Bukti screenshot – Bukti yang anda adalah penerima BKM / BPR yang LULUS
  3. Muat naik dokumen di ruang yang disediakan dalam pautan.
  4. Sila semak keputusan rayuan dalam tempoh 1 minggu selepas menghantar borang.
rayuan mycrs

Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut, sila rujuk maklumat terperinci bahagian berikut:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!