Biodata Qistina Raisah, Pelakon Cilik Popular Yang Meningkat Remaja

Dulu Qistina Raisah dikenali dengan wajah comelnya di kaca televisyen. Siapa sangka, kini pelakon cilik ini sudah pun meningkat remaja dan semakin aktif memeriahkan dunia seni tanah air kita.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Qistina Raisah.

Baca juga:

Latar Belakang Qistina Raisah

qistina raisah
Kredit Instagram @qistinaraisah08
NamaNur Qistina Raisah Binti Mohd Kamarol Azri
Nama PanggilanQistina Raisah
Tarikh Lahir1 Disember 2008
Tempat LahirSepang, Selangpr
PekerjaanPelakon, Model, Duta Produk
Akaun Media SosialInstagram @qistinaraisah08
TikTok @qqistinaraisah

Kehidupan Peribadi

qistina raisah

Qistina Raisah adalah anak kepada pasangan Mohd Kamarul Azri (bapa) dan Roszana Aminuddin (ibu).

Beliau merupakan anak bongsu daripada lima orang adik beradik yang mana tiga daripadanya adalah lelaki dan dua lagi perempuan.

Kerjaya & Profesional

Qistina Raisah sudah memulakan karier seni lakonannya padal 2012, sejak berumur empat tahun lagi.

Ketika usia yang semuda itu, beliau tidak tahu lakonan adalah satu bidang kerjaya yang serius. Pembabitan awal dirinya melangkah ke bidang seni bermula apabila ditawarkan oleh rakan ayahnya yang juga merupakan penggiat seni.

Ketika itu, pelakon yang sepatunya membawakan watak tersebut telah menarik diri kerana takut beraksi di depan kamera.

Walaupun tidak pernah berlakon, namun Qistina Raisah telah memberikan yang terbaik.

Namanya mula bersinar dan dikenali umum selepas membawakan watak Alisya dalam drama Papa Ricky lakonan bersama Fadlan Hazim dan Siti Elizad.

Filem:

TahunTajukWatak
2014Kelibat
2016Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng!
2018Rise: Ini KalilahAishah
2019FelinaQistina
2023RahsiaMarina

Drama:

TahunTajukWatakSaluran TV
2014Tanah Kubur (Musim 11)NorAstro Oasis
2014Masihkah Ada CintaDibahTV3
2014Tuan Rumah Pembantu RumahLiaTV3
2014Kifarah (Musim 2)AnisTV3
2014Azam Ramadan SuQiaTV3
20153 Campur 2QaisaraAstro Ceria
2015Geng UPSRLuluAstro Tutor TV
2015HidayahMu RamadanMimiTV3
2016Demi Cinta AinHanisTV3
2016Dia SegalanyaTV1
2016-2017Hantu Punya BosNuhaTV3
2017Papa RickyAlisyaAstro Prima
2017I-KidsKikiAstro Ceria
2017-2018DiaMiminTV3
2017-2018Syurga yang KeduaPuteriAstro Ria
2018Lafazkan Kalimah CintamuTengku Aqilah kecilAstro Ria
2018Ti Amo Sweetheart 100 HariDinaAstro Ria
2019Cinta Tanpa HentiSyifaTV3
2019Alahai Cucu AtokTV2
2019IktibarDiyanaTV3
2019Instagram Anak JebatTV2
2019Dia Yang Ku CintaChempaka Amna (Kecil)TV3
2020CameliaMarina kecilTV3
2020Isteri MisteriTerataiTV3
2021Fam I Love YouQalishaAstro Ceria
2021Keluarga InstafamousNurAwesome TV
2023Sekali Aku BahagiaEliTV3
2023Surat Dari TuhanRaniaTV3
2023-2024I Love You, StupidZainabTV3

Telefilem:

TahunTajukWatakSaluran TV
2014JahilNinaAstro Oasis
2015Aku Mahu Ke New York 2QistinaAstro Ceria
2015Abang BedukFifiAstro Oasis
2016Salam Cinta Ustazah HusnaAstro Oasis
2016KarlisaKarlisaTV3
2017Jangan Sembelih MerahEiraTV3
2017Baby Bro!Astro First Ekslusif
2018Detektif DanielAstro Ceria
2018Nadi LunaTV3
2018Ketupat Untuk ArianaTV3
2018QalbuTV3
2019Nana Dan Jam AtokTV3
2019RemukTV3
2019Raya Kali IniTV3
2020Kembara CintaTV1
2021Doa TerindahAliaTV1
2023PortalLailaTV2
2023MortenDhiyaTV2
2023Raya Tahun DepanLiliTV3
2023Senaskah BrailleMaisaraAstro Ceria

Fakta Menarik Mengenai Qistina Raisah

  • Beliau berimpian untuk membuka sebuah kedai kek.
  • Mengidolakan pelakon Siti Elizad yang dipanggilnya “Mommy Ijad” dan Neelofa sebagai inspirasi dalam bidang lakonan.
  • Tidak gemar membeli barang berjenama, sebalikya suka menyimpan pendapatan yang ada untuk tabungan masa hadapan.

Tahniah Qistina Raisah! Semoga anda terus berjaya dan cemerlang dalam dunia seni tanah air ini dan memberi inspirasi kepada semua.

Sumber:

  1. Instagram @qistinaraisah08
  2. Qistina Raisah Sempat Sekolah 10 Hari Saja. Harian Metro
Bantu kami share artikel ini: