Kemasukan Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA Oktober 2022

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Organisation for Industrial, Spiritual, Cultural and Advancement (OISCA) kini menawarkan program pembelajaran Bahasa Jepun menerusi Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA kepada lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMA).

Program ini memberi peluang kepada pelajar yang berkelayakan untuk mengikuti kursus Bahasa Jepun untuk asas dan lanjutan. Lebih menarik lagi, pelajar lepasan MARA-OISCA juga berberpeluang untuk menjalani Latihan Industri di Jepun selama 3 tahun.

Untuk makluman, pengambilan bagi program ini diadakan 5 kali setahun iaitu pada bulan Januari, Mac, Jun, Ogos dan Oktober setiap tahun.

Baca Juga : Tawaran Pembiayaan Program Perakaunan Profesional ACCA Yayasan JCorp

Tarikh Permohonan

Calon yang berminat untuk ikuti program ini boleh hantarkan permohonan sebelum tarikh tutup iaitu 9 September 2022.

Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian bagi program ini adalah selama 2 bulan iaitu bermula Oktober sehingga Disember 2022.

Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA

Kemudahan Yang Disediakan

Kemudahan yang disediakan kepada peserta yang mengikuti program anjuran Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA ini adalah :

  • Elaun Sara Hidup Bulanan.
  • Asrama disediakan.
  • Yuran pengajian ditanggung MARA.
  • Peluang latihan industri di Jepun.

Bidang Yang Diperlukan

Bidang yang diperlukan untuk calon memohon program ini adalah seperti berikut :

  • Teknologi Kejuruteraan Automotif.
  • Teknologi Kejuruteraan Bangunan.
  • Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara.

Syarat Permohonan

Pemohon perlu menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Bujang.
  • Lelaki.
  • Warganegara berumur 20-29 tahun.
  • Merupakan Lepasan IPMA.

Cara Memohon Program Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA

Calon yang berkelayakan boleh ikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut :

  1. Layari pautan pendaftaran iaitu http://bit.ly/PusatBahasaMaraOisca.
  2. Klik butang ‘Next.’
  3. Lengkapkan permohonan dengan mengisi semua maklumat yang diperlukan.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai program anjuran Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA, sila hubungi talian 03-87249344 atau melalui whatsapps 011-13307312.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!