Tawaran Pembiayaan Program Perakaunan Profesional ACCA Yayasan JCorp

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Johor Corporation (JCorp) dengan kerjasama Malaysia Professional Accountancy Centre (MyPAC) kini menawarkan pembiayaan pendidikan bagi pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda (Perakaunan) bagi menyertai program perakaunan profesional FIA-ACCA.

Untuk makluman, Program Perakaunan Profesional FIA-ACCA merupakan program yang memberi peluang kepada graduan untuk mendapat persijilan ACCA, iaitu badan perakaunan profesional yang diiktiraf di peringkat global untuk mereka meneruskan karier dalam bidang perakaunan.

Pembiayaan ini akan memberi peluang kepada graduan bagi mendapatkan pengiktirafan di peringkat global.

Objektif pembiayaan ini adalah bagi meringankan bebanan dan tanggungan keluarga yang kurang berkemampuan untuk anak mereka melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan mempunyai kebolehpasaran dalam industri.

Graduan Ijazah Sarjana Muda (Perakaunan) yang berminat boleh kemukakan permohonan bagi kemasukan sesi September 2022.

Baca Juga : Tawaran Bantuan Kemasukan Ke IPTA@IPTS Yayasan Sejahtera Kulai

Pembiayaan Program Perakaunan Profesional

Syarat Permohonan Pembiayaan Program Perakaunan Profesional ACCA Yayasan JCorp

Pemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Bumiputera
  • Berumur tidak melebihi 25 tahun.
  • Tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Perakauanan dengan minimum PNGK 3.0 daripada universiti yang diakreditasi.
  • Mendapat pengecualian penuh daripada ACCA.
  • Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM4,850.00 sebulan.

Cara Memohon

Permohonan boleh dilakukan secara atas talian menerusi pautan ini https://mypac.org.my/mypac-fia-acca-programme/.

Klik butang ‘Apply Now’ pada pautan tersebut untuk membuat permohonan pembiayaan yang ditawarkan.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Pembiayaan Program Perakaunan Profesional ACCA Yayasan JCorp, sila hubungi MyPAC di talian 012-9190210.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!