PSU 4.0: Permohonan Program Subsidi Upah Mulai Ogos 2021

Permohonan PSU 4.0 akan dibuka mulai 1 Ogos hingga 31 Oktober 2021.

Majikan yang mengemukakan permohonan yang lengkap dengan maklumat yang betul, akan menerima bayaran dalam tempoh tujuh hingga 14 hari.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Program Subsidi Upah 4.0.

Baca juga: Daftar Penjana Kerjaya (Program Insentif Pengambilan Pekerja) MyFutureJobs PERKESO

Apakah Program Subsidi Upah 4.0?

Kerajaan telah menyalurkan sebanyak RM15.67 bilion di bawah Program Subsidi Upah (PSU) yang memberi kemudahan kepada 2.74 juta pekerja dan 333,533 majikan di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, semua sektor mendapat manfaat daripada program ini bermula daripada PSU 1.0 hingga PSU 3.0.

Selepas pengumuman PSU 4.0, jumlah peruntukan untuk program itu dijangka meningkat kepada RM15.82 bilion.

Di bawah Program Subsidi Upah 4.0, majikan boleh memohon subsidi sebanyak RM600 sebulan untuk semua pekerja tempatan tanpa had gaji, terhad kepada 500 pekerja bagi satu perusahaan.

Di bawah program ini juga, majikan diminta untuk memasukkan maklumat subsidi dalam slip gaji pekerja.

Objektif

Membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID19 oleh kerana penutupan operasi syarikat semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya dapat meneruskan operasi syarikat dan mengelakkan pekerja hilang pekerjaan serta punca pendapatan bagi semua perusahaan.

Tempoh Pelaksanaan

Bagi dua bulan pertama mulai 1 Ogos 2021, PSU 4.0 akan dibuka kepada majikan di semua sektor ekonomi yang pendapatannya terjejas sekurang-kurangnya 30 peratus selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Untuk dua bulan berikutnya, subsidi akan diberikan secara khusus kepada sektor yang dikategorikan dalam senarai negatif yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Kadar Subsidi

RM600 bagi setiap pekerja

Syarat-syarat

  1. Kadar penurunan sebanyak 30% atau lebih bagi jumlah jualan atau pendapatan bulanan tahun 2020/2021 berbanding dengan bulan yang sama pada tahun 2019/2020.
  2. Tiada had gaji ditetapkan bagi program ini (sebelum ini had gaji ialah RM4,000).
  3. Majikan disyaratkan untuk memasukkan maklumat subsidi ke dalam slip gaji pekerja.

Baca juga: Semakan Nombor KWSP Ahli Secara Online (Guna Nombor IC)

Tarikh Permohonan

1 Ogos 2021 hingga 31 Oktober

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan info terkini tentang Program Subsidi Upah 4.0, sila rujuk ke laman web PERKESO di pautan di bawah:

https://psu.perkeso.gov.my/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!