Advertisements

MyFutureJobs: Daftar Program Insentif Pengambilan Pekerja

Advertisements

Berita baik bagi semua majikan, graduan dan pencari kerja, kini anda boleh mendaftar MyFutureJobs untuk mendapatkan Program Insentif Pengambilan Pekerja yang telah dilaksanakan bermula 15 Julai 2021.

Ekoran kesan wabak COVID-19 yang memberi kesan terhadap perniagaan dan masalah pengangguran, program ini dibangunkan bagi merangsang pewujudan dan meningkatkan peluang pekerjaan.

Sama ada anda merupakan majikan ataupun pencari kerja, anda mungkin layak untuk menerima manfaat daripada program ini.

Jom ketahui lebih lanjut tentang MyFutureJobs dan cara daftar PENJANA KERJAYA.

Apakah MyFutureJobs PERKESO?

Secara ringkasnya, PENJANAKERJAYA adalah insentif yang disediakan bagi menggalakkan majikan mengambil pekerja manakala MyFutureJobs adalah portal yang dibangunkan untuk pencari kerja, terutamanya bagi membantu mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19.

Kementerian Sumber Manusia telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program PENJANAKERJAYA 3.0 melalui National Employment Services, PERKESO.

Di bawah program PENJANAKERJAYA 3.0 ini, kerajaan telah memperuntukkan insentif kewangan untuk memberi elaun mencari pekerjaan kepada golongan penganggur, kehilangan kerja, termasuklah belia dan orang kelainan upaya (OKU).

Nak jadi orang pertama mohon BANTUAN KERAJAAN? Wajib join Telegram kami sekarang di https://t.me/ecentral

Anda berpeluang membina kerjaya anda melalui portal MYFutureJobs dan menikmati pelbagai kelebihan dari portal tersebut.

Cara Daftar MyFutureJobs Bagi Pencari Kerja

Bagi pencari kerja, pendaftaran di portal MyFutureJobs PERKESO boleh meningkatkan peluang prospek kerjaya masa depan anda.

Berikut adalah cara daftar MyFutureJobs bagi pencari kerja:

  1. Untuk mendaftar, anda perlu melengkapkan butiran diri anda di laman web berikut: www.myfuturejobs.gov.my
  2. Daftarkan profil peribadi anda dengan menekan butang ‘Jobseeker Sign In’
  3. Klik butang ‘Register Here’ sebagai pengguna kali pertama
  4. Isikan e-mel dan nombor kad pengenalan serta butiran-butiran yang diperlukan
  5. Setelah mendaftar, anda boleh terus login dan mencari bidang kerjaya yang diinginkan mengikut lokasi yang ditawarkan
  6. Kemaskini maklumat selanjutnya bagi membolehkan anda membuat permohonan kerjaya dengan lebih mudah.

Untuk melihat senarai tawaran pekerjaan di portal MyFutureJobs atau maklumat lanjut boleh hubungi atau layari:

Penjana Kerjaya 3.0

Untuk makluman, pemohon kerja di portal MyFuture Jobs boleh menerima insentif melalui PenjanaKerjaya 3.0 yang merupakan penambahbaikan daripada PenjanaKerjaya 2.0 sebelum ini.

Permohonan untuk PenjanaKerjaya 3.0 di bawah Program PEMULIH 2021 dibuka pada 15 Julai 2021.

Permohonan PenjanaKerjaya ini adalah bagi pekerja yang telah melapor diri mulai 15 Jun sehingga 31 Disember 2021 dan digajikan oleh majikan dalam tempoh PenjanaKerjaya 3.0.

Tarikh akhir permohonan untuk insentif PenjanaKerjaya 3.0 adalah pada 31 Disember 2021.

Berikut adalah antara faedah / insentif yang ditawarkan oleh PERKESO bagi tahun 2021 di bawah pakej PEMULIH:

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut, hubungi nombor hotline di 03-8091 5300 (Isnin hingga Ahad) atau emel [email protected]

SILA rujuk pautan di bawah bagi mendapatkan maklumat lanjut (FAQ) berkaitan permohonan Program PenjanaKerjaya 3.0 (PEMULIH) : https://www.perkeso.gov.my/…/150721_FAQ%20PENJANA…

Facebook: https://www.facebook.com/lamanrasmieisperkeso

Leave a Comment