Semakan Nombor KWSP Ahli Secara Online (Guna Nombor IC)

CARA SEMAKAN NOMBOR KWSP (CHECK SECARA ONLINE / MANUAL)

Bagaimanakah cara untuk membuat semakan nombor ahli KWSP?

Nombor ahli KWSP ini penting untuk kita membuat permohonan yang berkaitan dengan urusan di KWSP seperti baki akaun, semakan caruman majikan, atau lain-lain hal kewangan seperti membuat pinjaman.

Di sini kami kongsikan langkah-langkah membuat semakan nombor ahli KWSP secara online atau manual.

Tambahan pula, PM Anwar Ibrahim pula mengumumkan bahawa Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran KWSP melalui cagaran bank. Rujuk : Pengeluaran KWSP Dibenarkan Dengan Cagaran Bank – PM Anwar

Sementara itu, KWSP juga telah melancarkan skim baharu iaitu i-Sayang (Rujuk : i-Sayang KWSP: Syarat & Cara Permohonan).

Apakah KWSP?

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah tabung simpanan persaraan untuk tenaga kerja Malaysia. Ianya adalah selaras dengan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991.

KWSP ditubuhkan pada 1951 dan terus kekal relevan hingga ke hari ini. Kami sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang bagi menjamin persaraan yang lebih baik dengan melindungi dan meningkatkan simpanan persaraan anda.

Cara Semakan Nombor Ahli KWSP

Terdapat beberapa cara untuk membuat semakan nombor ahli KWSP iaitu:

1. Semak No KWSP Secara Online

Untuk membuat semakan KWSP menggunakan IC, anda perlu terlebih dahulu mendaftar ke i-Akaun yang disediakan KWSP.

Dengan mendaftar i-Akaun tersebut, ahli boleh mengakses akaun KWSP dan menyemak nombor ahli, membuat semakan baki Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP, atau lain-lain urusan mengikut keselesaan rumah atau pejabat.

Untuk makluman, jika anda pengguna kali pertama i-Akaun anda terlebih dahulu perlu mendapatkan ID pengguna dan Kata laluan.

Jika terlupa, anda boleh tekan butang LUPA KATA LALUAN untuk mendapatkan semula kata laluan anda yang pernah didaftarkan dahulu.

Ahli yang belum pernah mendaftar juga mempunyai pilihan untuk menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000 dari Isnin hingga Jumaat, 8.00 pagi hingga 6.00 petang untuk mendapatkan kata laluan sementara.

Dengan kata laluan ini, anda boleh mendaftar i-Akaun secara View Mode untuk membuat semakan baki dan nombor ahli KWSP.

i akaun

2. Semak No KWSP Di Kios

Nombor KWSP ahli boleh disemak melalui kios KWSP dengan cap jari.

Ahli boleh mengunjungi mana-mana Kios KWSP untuk mendapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS.

Setelah itu, anda boleh mendaftarkan i-Akaun dan terus menggunakan kemudahan KWSP secara online sepenuhnya.

Sekiranya anda ingin tukar nombor telefon TAC i-Akaun, perlu hadir ke kios KWSP berdekatan kerana ia melibatkan pengesahan MyKad dan cap ibu jari. Klik untuk dapatkan lokasi kios, https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks.

3. Semak No KWSP Melalui Telefon

Dengan perkhidmatan telefon, anda boleh membuat semakan nombor ahli.

Telefon: 03 – 8922 6000

Masa Operasi: Isnin – Jumaat 8.00 Pagi ke 5.00 Petang
(Kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan AM Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor)

semakan nombor kwsp
Untuk semakan nombor ahli KWSP, boleh hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000 atau membuat pertanyaan melalui Enquiry di pautan: https://www.kwsp.gov.my/…/connect-with-us/make-an-enquiry.

Sekiranya anda ingin tukar nombor telefon TAC i-Akaun, perlu hadir ke kios KWSP berdekatan kerana ia melibatkan pengesahan MyKad dan cap ibu jari. Klik untuk dapatkan lokasi kios, https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan KWSP dan cawangan yang dibuka dalam tempoh PKP, sila rujuk laman web KWSP di pautan berikut: https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks

Baca juga: i-Saraan KWSP: Cara Pendaftaran & Terima RM250 Caruman Tambahan

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!