Proton eMas 7 PHEV hadir sebagai model PHEV pertama Proton, menandakan langkah besar jenama nasional memasuki dunia elektrifikasi. Tempahan boleh dibuat melalui laman web rasmi Proton.
Dengan rekaan SUV lebih premium, teknologi hibrid EM-i yang efisien dan jangkaan harga kompetitif, model ini dijangka menjadi pilihan utama untuk mereka yang mahukan gabungan prestasi, penjimatan dan pemanduan moden.
Apa itu Kereta PHEV
Kereta PHEV (Plug-in Hybrid Electric Vehicle) ialah kenderaan yang menggunakan bateri elektrik dan enjin pembakaran dalaman, sama seperti HEV, tetapi dengan bateri yang lebih besar dan boleh dicas melalui soket elektrik. Contoh PHEV termasuk Hyundai Tucson Plug-in Hybrid dan Honda Clarity.
Kelebihan utama PHEV ialah ia mempunyai jarak pemanduan elektrik yang lebih panjang, menghasilkan emisi lebih rendah, dan sesuai untuk perjalanan dekat menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya. Namun, PHEV biasanya lebih mahal daripada HEV, tetapi lebih murah daripada BEV.

Proton PHEV eMas 7 2026
Proton PHEV 2026 kini menjadi kenyataan dengan pendedahan rasmi Proton eMas 7 PHEV, model plug-in hybrid pertama Proton yang dlancarkan oleh Proton Cars, Malaysia.
Perkara ini menandakan detik bersejarah bagi jenama nasional itu, kerana buat pertama kalinya Proton memasuki pasaran PHEV secara rasmi.
Dari reka bentuk hinggalah teknologi rangkaian kuasa, Proton eMas 7 PHEV menunjukkan hala tuju baharu Proton dalam era elektrifikasi.
PHEV (Plug-in Hybrid Electric Vehicle) ialah kereta yang menggunakan gabungan bateri elektrik dan enjin pembakaran dalaman (petrol). Baterinya lebih besar daripada HEV dan boleh dicas dengan soket elektrik, menjadikannya lebih efisien.
Varian PHEV eMAS 7
Proton eMas 7 PHEV ditawarkan dalam tiga varian utama, iaitu:
- Prime
- Premium
- Premium Plus

Rekaan Model Kereta PHEV eMas 7
Proton eMas 7 PHEV dibangunkan berasaskan platform hibrid terkini Geely, iaitu rekabentuk yang sama digunakan pada model Starship/Galaxy 7 untuk pasaran global.
Namun versi Proton hadir dengan rekaan unik, termasuk logo harimau Proton yang lebih besar pada bahagian hadapan dan penampilan SUV yang lebih “gah” berbanding versi elektrik penuh eMas 7.
Bahagian hadapan menampilkan bahasa rekaan moden dengan lampu LED berlapis (split LED headlamps), bar lampu DRL penuh lebar dan seksyen gril yang lebih jelas.
Proton turut memilih pemegang pintu konvensional berbeza daripada pemegang pintu flush pada model EV untuk keserasian dengan platform hibrid dan kos penyelenggaraan yang lebih rendah.
Di bahagian belakang, bumper dan susun atur pintu tailgate menerima sentuhan baharu. Dengan posisi nombor plat yang diletakkan lebih tinggi, ramai orang menyamakan siluet belakang SUV ini dengan model SUV Eropah premium.
Unit pra-tonton turut menampilkan rim aloi 19 inci multi-spoke serta port pengecasan khas di bahagian sisi.


Ruang Dalaman: Moden, Bersih & Lebar
Konfigurasi pemanduan sebelah kanan (RHD) yang dipamerkan hampir menyerupai susun atur Proton eMas 7 EV.
Ia hadir dengan paparan infotainmen lebar, papan pemuka minimalis dan penggunaan material yang lebih moden, mencerminkan standard baharu Proton dalam reka bentuk kabin.
Kuasa EM-i Hybrid dengan Bateri LFP 18.4 kWh
Di bawah hud, eMas 7 PHEV digerakkan oleh enjin 1.5 liter Atkinson-cycle yang direka untuk kecekapan maksimum, dipadankan dengan sistem EM-i Super Hybrid Geely.
Enjin pembakaran dalaman ini menggunakan pemampat elektrik dan komponen yang dipermudahkan, menjadikan ia lebih ringan dan mengurangkan kehilangan tenaga mekanikal.
Tenaga elektrik disokong oleh bateri LFP 18.4 kWh, yang menghantar kuasa ke motor elektrik menerusi transmisi Dedicated Hybrid Transmission (DHT) 12-dalam-1.
Dalam banyak situasi pemanduan harian, SUV ini bergerak menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya, manakala enjin hanya aktif pada kelajuan lebih tinggi untuk meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api.
Hasil gabungan teknologi ini memberikan tindak balas pemanduan yang lancar serta penjimatan bahan api yang ketara.
Proton juga menyatakan bahawa jarak pemanduan keseluruhan mampu mencecah sehingga 1,065 km, menjadikannya antara SUV elektrifikasi jarak paling jauh pernah dipamerkan di Malaysia.
Harga Rasmi Proton PHEV eMAS 7
Proton PHEV eMAS 7 serba baharu rasmi dilancarkan, datang dengan tiga varian harga :
- Prime : RM 105,800
- Premium : RM 119,800
- Premium Plus : RM 125,800
Harga istimewa ini sah untuk 5,000 tempahan awal.

REVIEW PROTON e.MAS 7 PHEV
Katalog PHEV eMAS 7








Soalan Lazim & Maklumat Lanjut Berkaitan Proton PHEV eMAS 7
Pelanggan yang berminat boleh membuat tempahan di laman web rasmi Proton ATAU melalui Aplikasi Rasmi Proton e.MAS
PHEV (Plug-in Hybrid Electric Vehicle) ialah kereta yang menggunakan gabungan bateri elektrik dan enjin pembakaran dalaman (petrol). Baterinya lebih besar daripada HEV dan boleh dicas dengan soket elektrik, menjadikannya lebih efisien
– PHEV boleh dicas melalui plug; HEV hanya dicas melalui pemanduan.
– Jarak elektrik PHEV lebih panjang berbanding HEV.
– PHEV menghasilkan emisi lebih rendah kerana boleh bergerak sepenuhnya menggunakan elektrik untuk jarak dekat.
Antara model popular ialah Hyundai Tucson Plug-in Hybrid dan Honda Clarity. Proton eMas 7 PHEV pula bakal menjadi model PHEV pertama Proton.
Ia ialah model plug-in hybrid pertama Proton, dipertontonkan secara rasmi di Proton COE, Shah Alam. Walaupun belum dilancarkan, unit pra-tonton memberikan gambaran hampir sebenar model produksi.
Ia dibina berasaskan arkitektur hibrid terbaru Geely, sama seperti model Galaxy 7/Starship yang dijual global, tetapi Proton menambah identiti sendiri seperti logo harimau lebih besar dan rekaan SUV lebih maskular.
– Lampu LED berlapis (split LED headlamps)
– Bar DRL penuh lebar
– Gril lebih jelas dan bergaya moden
– Pemegang pintu konvensional (bukan flush)
– Rekaan bumper belakang baharu dengan nombor plat lebih tinggi
– Rim 19 inci multi-spoke
– Port pengecasan pada sisi kenderaan
Ramai pengunjung menyamakan bahagian belakangnya dengan SUV Eropah premium.
Ia hadir dengan:
– Konfigurasi pemanduan sebelah kanan (RHD)
– Paparan infotainmen lebar
– Rekaan papan pemuka minimalis dan moden
Susun atur hampir sama dengan eMas 7 EV.
eMas 7 PHEV menggunakan:
– Enjin 1.5L Atkinson-cycle berkecekapan tinggi
– Sistem EM-i Super Hybrid Geely
– Pemampat elektrik yang mengurangkan kehilangan kuasa
– Rangkaian komponen yang lebih ringan dan efisien
Ia menggunakan bateri LFP 18.4 kWh, disambungkan kepada transmisi DHT 12-dalam-1 yang mampu memberikan pemanduan elektrik lebih panjang dan penggunaan petrol yang lebih rendah.
Ya. Untuk perjalanan jarak dekat atau kelajuan rendah, motor elektrik menjadi sumber utama. Enjin petrol hanya aktif pada kelajuan lebih tinggi atau apabila diperlukan untuk kecekapan tambahan.
Proton menyatakan jangkaan sehingga 1,065 km bergantung pada gaya pemanduan dan kondisi jalan antara jarak paling panjang bagi SUV elektrifikasi yang dipamerkan di Malaysia.
Baca juga:




