Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan kerjasama SME Corp Malaysia mempelawa Usahawan Asnaf MAIWP yang layak untuk menyertai Program Tunas Usahawan (PROTAS) MAIWP yang boleh dipohon secara online menerusi pautan https://forms.gle/seaSHUfqHGpqVhKT8.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai program ini.

Mengenai Program Tunas Usahawan (PROTAS) MAIWP
PROTAS MAIWP merupakan program yang disediakan khusus untuk usahawan dengan kerjasama SME Corp Malaysia.
Menerusi program ini, peserta akan diberi latihan intensif selama 7 hari dengan lokasi dan tarikh akan dimaklumkan kepada peserta yang terpilih.
Selepas daripada latihan, pemantauan susulan akan dilakukan selama 12 bulan dan ia terhad kepada 50 peserta sahaja.
Menariknya, tiada yuran penyertaan akan dikenakan kepada peserta yang terpilih dalam program ini.
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan dibuka sehingga 5 Februari 2026.
Dana Yang Disediakan
Dana yang disediakan bagi program ini adalah sehingga RM20,000 (tertakluk kepada kelayakan).
Syarat Penyertaan
Syarat penyertaan bagi program ini adalah seperti berikut:
- Berumur 25 – 40 tahun
- Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 3 bulan dan tidak melebihi 2 tahun
- Bersedia untuk meningkatkan pendapatan perniagaan
- Tertakluk kepada Had Kifayah MAIWP
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan, sila mohon menerusi pautan https://forms.gle/seaSHUfqHGpqVhKT8.
Soalan Lazim
Program ini merupakan program latihan kepada usahawan dengan kerjasama SME Corp Malaysia.
Peserta akan diberi latihan intensif selama 7 hari dengan pemantauan susulan akan dilakukan selama 12 bulan.
Dana yang ditawarkan bagi program ini adalah sehingga RM20,000 tertakluk kepada kelayakan.
Pemohon mestilah berumur 25 hingga 40 tahun.
Pemohon boleh membuat permohonan menerusi pautan https://forms.gle/seaSHUfqHGpqVhKT8.
Pertanyaan Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai PROTAS MAIWP, sila hubungi 01162500378 (whatsapp) atau melayari laman web MAIWP iaitu https://www.maiwp.gov.my/.
Baca juga: Permohonan Bantuan Usahawan Maju Johor 2026




