Travel Sama-Sama KTMB : Diskaun 25% Untuk Tiket ETS & KTM Intercity  

Promosi Travel Sama-Sama KTMB

Adakah anda sedang merancang percutian bersama rakan atau keluarga? Inilah peluang anda untuk dapatkan tiket ETS dan tren Ekspres KTM Intercity dengan potongan diskaun sebanyak 25%.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai promosi ini secara lebih lanjut.

Baca Juga : Cara Beli Tiket ETS Online, Destinasi, Harga & Jadual Perjalanan

Travel Sama-Sama KTMB

Terma & Syarat Penggunaan Kod Promo Travel Sama-Sama KTMB

Pelanggan perlu ambil maklum terma dan syarat bagi promosi ini seperti berikut :

  • Pemberian kepada pelanggan untuk perjalanan SEHALA atau DUA HALA bagi tempoh perjalanan bermula dari 10 Februari 2023 sehingga 31 Disember 2023.
  • Promosi ini hanya layak bagi SEMUA KELAS PERKHIDMATAN ETS, EKSPRES RAKYAT RIMURAN & EKSPRES SELATAN dengan kadar diskaun 25% daripada jumlah tambang penuh tiket.
  • Promosi ini hanya layak bagi pembelian tiket minima untuk empat (4) orang dan ke atas dalam satu transaksi pembelian (dewasa atau kanak-kanak);
  • Promosi ini boleh digunakan bagi tempoh perjalanan pada hari Isnin sehingga Ahad;
  • Promosi ini hanya layak untuk TIKET DEWASA & KANAK-KANAK sahaja;
  • Tempoh pembelian tiket adalah 2 minggu sebelum tarikh perjalanan;
  • Promosi ini boleh digunakan bagi pembelian tiket di laman sesawang rasmi KTMB, aplikasi KTMB Mobile dan melalui mesin KIOS Tiket (TVM) sahaja;
  • Promosi ini hanya SAH digunakan oleh Warganegara Malaysia sahaja;
  • Promosi ini boleh digunakan berulang kali bagi setiap PNR / MyKad (tertakluk kepada tarikh perjalanan)
  • Promosi ini TIDAK LAYAK bagi SEMUA TIKET KONSESI  (warga emas, kad pelajar, OKU, Pesara dan lain-lain);
  • Promosi ini TIDAK LAYAK  bagi tren-tren perkhidmatan Shuttle Timuran, Shuttle Tebrau, KTM Komuter Tengah & KTM Komuter Utara;
  • Pembatalan tiket bagi pembelian menggunakan kod promo ini adalah mengikut prosedur pemulangan tambang yang sedia ada.
  • Kod promo adalah terhad bagi setiap bulan. Sila rancang perjalanan anda bagi menikmati promosi ini.

Cara Tebus Promosi Travel Sama-Sama KTMB

  • Buat pembelian minima sebanyak 4 tiket ke atas (dewasa atau kanak-kanak) di laman sesawang rasmi KTMB, aplikasi KTMB Mobile atau melalui mesin KIOS Tiket (TVM). Pembelian tiket mestilah dalam satu transaksi yang sama.
  • Masukkan kod promo untuk Februari : TRAVEL2SAMASAMA sebelum membuat pembayaran.

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan tiket ETS dan tren Ekspres KTM Intercity dengan harga istimewa menerusi promosi ini.

Untuk keterangan lanjut dan ketahui kod promosi bagi bulan berikutnya, sila layari laman web atau laman media sosial KTM Berhad.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!