Promosi Sushi Bonanza & Tawaran Menarik Sushi King

Promosi Sushi Bonanza & Tawaran Menarik Sushi King Tiba Lagi!

Keenakan sushi yang dibuat segar setiap hari kekal menjadi kegemaran rakyat Malaysia sejak sekian lamanya.

Sempena Julai ini, terdapat pelbagai promosi dan tawaran menarik menanti penggemar Sushi King.

Jom kita lihat promosi yang berlangsung pada bulan ini!

Baca Juga : Menu Mr Dakgalbi dan Harga Terkini Jun 2022

Tawaran Sushi Bonanza Terkini

Khas untuk peminat setia Sushi King, tawaran Sushi Bonanza kini kembali! Jom nikmati lebih daripada 43 jenis sushi yang lazat dan segar dengan harga serendah RM 3.18 sahaja.

Waktu inilah anda boleh makan sushi puas-puas bersama rakan dan keluarga.

Jangan lepaskan peluang untuk nikmati Sushi Bonanza bermula 18 Julai hingga 21 Julai 2022.

Anda juga berpeluang untuk rebut hadiah wang tunai bernilai sehingga RM 300,000 menerusi pertandingan Spin & Win!

Tawaran ini terhad untuk semua lokasi Sushi King di Semenanjung Malaysia sahaja.

Sushi Bonanza

Sushi King Easy Bites

Bagi anda yang ingin nikmati Sushi King dengan harga yang lebih berbaloi, jom dapatkan menu Easy Bites serendah RM 11.48!

Promosi yang sah dari jam 10 pagi hingga 11.30 pagi ini cukup sesuai buat anda yang ingin nikmati brunch dengan harga yang menjimatkan.

Pelbagai menu menarik menanti anda dalam promosi Easy Bites antaranya :

  • California Maki Set (RM 11.48)
  • Salmon Maki Set (RM 17.28)
  • Kitsune Udon Set (RM 11.48)
  • Tori Udon Set (RM 11.48)

Cukup menarik dan berbaloi untuk dinikmati. Jom dapatkan promosi Easy Bites sementara stok masih ada pada setiap hari bekerja di cawangan Sushi King terpilih.

Sushi Bonanza

Sushi King Happy Hour

Nikmati 20% potongan diskaun pada tempoh Happy Hour bagi semua menu yang ditawarkan di Sushi King. Untuk dapatkan ganjaran ini, anda hanya perlu jadi ahli Sushi King yang berdaftar.

Pelbagai hidangan Jepun yang menyelerakan menanti anda dengan potongan diskaun istimewa dari 3.00 petang hingga 6.00 petang pada setiap hari bekerja.

Jangan lupa untuk daftar sebagai ahli Sushi King! Pelbagai tawaran khas dan diskaun hebat menanti anda!

*Promosi tertakluk pada terma & syarat.

Jom layari laman Facebook Sushi King untuk ketahui menu terbaru dan promosi terkini khas untuk semua penggemar sushi!

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!