Wah, sempena 11.11 2025 ini, ada banyak promo hebat untuk pelbagai hidangan lazat yang pastinya akan memikat selera anda. Minuman, makanan ringan, kopi dan sebagainya; semuanya boleh didapatkan dengan harga promo dan diskaun menarik!
Jom tengok mana yang berkenan, boleh jimat sambil ajak kawan-kawan dan keluarga makan sama-sama.
Promo 11.11 Malaysia 2025
MarryBrown
Double the 1s, double the fun! Nikmati menu kegemaran MB anda hanya RM11 pada 11.11 ini eksklusif di MB App!
Jangan lepaskan promosi hebat dari 8 hingga 11 November 2025 dan rebut tawaran terhad ini sekarang! Muat turun aplikasi untuk menikmati tawaran: https://mbapp.marrybrown.com/



Llaollao Promo 11.11
Nikmati Medium Tub (2 topping) hanya RM11 pada 11.11 ini!
Dari 12 Nov hingga 31 Dis 2025, setiap pembelian tub, Sanum, llaobox atau Grab N Go dalam satu resit akan beri anda 1x penyertaan ke cabutan bertuah ke Sepanyol!
Muat turun aplikasi myllaollaoclub dan mula kumpul penyertaan sekarang!

TEALIVE
RM11.11 untuk 2 minuman?! Bukan gurauan! Nikmati 2 cawan Regular dari Milk Tea Series hanya RM11.11!
10 – 12 November 2025 sahaja. Eksklusif melalui pesanan dalam aplikasi Tealive
Masukkan kod promo: DUAMILKTEA
Pilihan minuman:
- Original Milk Tea
- Signature Milk Tea
- Roasted Milk Tea
- Roasted Milk Tea with Grass Jelly
- Hazelnut Milk Tea
- Original Pearl Milk Tea
- Signature Brown Sugar Pearl Milk Tea

BEUTEA
Nikmati tawaran istimewa 2ND cup RM1.10 (11 Nov)! Pada 11 November (Selasa), beli sebarang minuman dan dapatkan cawan kedua (Any Regular Fresh Milk Tea) hanya dengan RM1.10 sahaja!
Sah untuk pesanan walk-in sahaja jadi jangan lepaskan peluang untuk menikmati minuman kegemaran BEUTEA bersama rakan atau insan tersayang!

SECRET RECIPE
Nikmati gabungan rasa manis dan puas hati dengan promosi 11.11 Secret Recipe yang penuh dengan layers of flavour, slices of joy!
Tawaran di Lazada (11 – 13 November 2025)
- RM40 untuk 4 potongan kek (tidak termasuk Brownie & Chocolate Lava)
- *11% diskaun untuk Chocolate Indulgence® (±9 inci)
Tawaran di Shopee (11 – 13, 15 – 16 & 25 – 26 November 2025)
- RM22 untuk 2 jenis pasta terpilih
- Diskaun RM10 untuk kek penuh 6 inci terpilih




MANHATTAN FISH MARKET
Dapatkan hidangan istimewa kami, The Manhattan Fish ‘N Chips Dory, pada harga hanya RM15.90 bermula dari 10 hingga 11 November 2025 sahaja.
Promosi ini berlangsung selama 2 hari sahaja, jadi pastikan anda tidak terlepas peluang menarik ini!

TGI Fridays
Nikmati Fish & Chips hanya RM16.95 (diskaun 50%) apabila beli sebarang minuman. Promosi 11.11 Flash Sale ini sah satu hari sahaja, pada 11 November 2025 di cawangan terpilih TGI Fridays.

Family Mart
1.11 COUNTDOWN BEGINS! Hanya 3 hari sahaja, dari 10 hingga 12 November 2025, tawaran hebat RM11 combos bakal tiba di MY FamilyMart App!
Nikmati pelbagai FamiDeals menarik dengan harga jimat dan pilihan yang pasti memuaskan:
- Bagels — 2 untuk RM11
- Milkshakes — 2 untuk RM11
- Cookies — 5 untuk RM11
- Korean Ramen — 2 untuk RM11
- Onigiri — 3 untuk RM11

CU
Beli apa sahaja di CU tanpa had perbelanjaan minimum, dan nikmati ais krim lembut (soft serve) hanya RM1.99! Serius berbaloi sebab siapa perlukan cinta bila ais krim ni selembut ini?
Tapi tunggu dulu, ada satu lagi tawaran menarik! You beli satu, CU belanja satu! Datang ke mana-mana cawangan CU dan rebut promosi Buy 1 Free 1 lebih banyak sebab untuk kongsi kegembiraan bersama rakan atau orang tersayang!


Coolblog Promo 11.11
Bulan November ini, Coolblog hadir dengan dua tawaran menarik yang pasti buat anda tersenyum puas!
Mulakan dengan promosi Buy 1, Get 1 FREE di Foodpanda dari 10 hingga 30 November 2025. Anda boleh nikmati pelbagai pilihan menyegarkan seperti
- Classic Waffle
- Kiwi Fruit Cheese Smoothie (500ml)
- Chocolate Mocha Smoothie (500ml)
- Harimau Brown Sugar Milk Tea (700ml)
- Matcha Latte (500ml)
Bukan itu sahaja, ada satu lagi tawaran yang tak boleh dilepaskan — RM1.10 ONLY!! Dari 30 Oktober hingga 16 November 2025, anda boleh menikmati Teh Tarik atau Passion Fruit Ice Blended (500ml) hanya dengan RM1.10 apabila membuat sebarang pembelian.
Sama ada anda pesan melalui Foodpanda atau singgah di cawangan berhampiran, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menikmati minuman Coolblog kegemaran anda pada harga luar biasa!

Pizza Hut
Nikmati promosi hebat dari Pizza Hut sempena 11.11! Hanya dengan membeli 1 Regular Favourite Pizza, anda boleh grab mana-mana item pada harga RM11.11 sahaja!
Promosi ini berlangsung dari 7 hingga 11 November 2025 sahaja, jadi jangan tunggu sampai pizza habis!
Tawaran ini eksklusif secara dalam talian, jadi pastikan anda muat turun aplikasi Pizza Hut dan buat pesanan sekarang sebelum terlajak scroll!





Baskin Robbins
11.11 sales is here! Nikmati tawaran manis dari Baskin-Robbins dari 10 hingga 16 November 2025, anda boleh dapatkan 2x Double Junior Scoops hanya dengan RM22 sahaja! Itu bersamaan empat skop ais krim lazat untuk dikongsi atau simpan semua untuk diri sendiri
Promosi ini boleh didapati melalui walk-in atau B-R App di semua cawangan Baskin-Robbins Malaysia, kecuali TRX dan Kidzania.
Tertakluk pada terma & syarat:
- Sah untuk Double Junior Scoop sahaja.
- Tempoh promosi: 10–16 November 2025.
- Harga termasuk 6% SST.
- Promosi boleh berubah tanpa notis.
- Gambar hanya untuk tujuan ilustrasi.

MyeongDong Topokki
Sempena 11.11 Sales, MyeongDong Topokki (MDT) nak belanja korang dengan promo paling padu BUY 1 FREE 1 untuk MDT Pokki!
- 9 – 11 November 2025
- 11 pagi – 2 petang sahaja
Nikmati keenakan topokki Korea yang pedas manis, lembut dan penuh rasa autentik. Beli satu, MDT belanja satu lagi!

KFC
Bersedia untuk sesuatu yang extra dari KFC! Dari 11 hingga 13 November 2025, nikmati 1 ketul ayam PERCUMA apabila anda membuat pesanan Snack Plate memang puas hati!
Promosi ini boleh didapati dari 10 pagi hingga 10 malam, sah untuk pembelian di kedai, Drive-Thru, dan Self Collect.
Jika anda membuat pesanan Self Collect melalui KFC App atau kiosk di kedai, anda akan menerima 2X Reward Points!
Namun, promosi ini tidak sah di cawangan Genting Highlands, Mall of Medini dan lapangan terbang.
Untuk maklumat lanjut, layari: http://KFC.com.my/11deal

McDonald’s
Promosi eksklusif McDonald’s 11.11 kini tiba! Jangan tunggu lagi, tebus tawaran istimewa ini sekarang melalui McD App!
- 3pcs Ayam Tenders McDâ„¢ Combo hanya RM11.11
- Sundae Cone hanya RM1.10
Promosi ini sah dari 9 hingga 11 November 2025 sahaja, jadi pastikan anda tidak terlepas peluang untuk menikmati hidangan kegemaran pada harga luar biasa!


Gigi Coffee
Nikmati promosi hebat daripada Gigi Coffee. Beli 1 minuman, cawan kedua hanya RM1.10!
- Tarikh: 10 – 16 November 2025
- Sah di semua cawangan Gigi Coffee dan juga melalui Gigi Coffee App.

Bask Bear
Nikmati hari anda dengan kombinasi sempurna dari Bask Bear Coffee!
Pair your FREE daily Americano dengan toastie kegemaran anda hanya pada harga RM9.90 hidangan ringkas tapi cukup mengenyangkan dan penuh rasa!

emart24
Set Cupbap + Drink kini kembali sempena 11.11 Deal dan harganya cuma RM11 je!
Nikmati kombinasi lengkap nasi gaya Korea yang lazat bersama minuman pilihan anda dengan cepat, mudah, dan puas hati!
- Tempoh promosi: 10 – 12 November 2025 sahaja
- Lokasi: Semua cawangan emart24 terpilih

Kyochon Chicken
Kini anda boleh nikmati 11 Salsal Balls hanya RM11. Rangup di luar, lembut di dalam, dan penuh dengan rasa yang memikat setiap gigitan.
- Tempoh promosi: 11 – 17 November 2025
- Sah untuk dine-in sahaja (tidak termasuk cawangan KLIA, Kota Bharu & Tanjung Pinang)

Tous les Jours
Sempena 11.11 Special, TOUS les JOURS nak belanja anda sepotong kek atau pastri hanya RM0.11 untuk satu hari sahaja!
Cuma buat sebarang pembelian, dan anda boleh menikmati potongan istimewa ini sebagai pelengkap hari anda.

Nasken Coffee
Sempena 11.11, untuk 3 hari sahaja, nikmati Latte atau Spanish Latte serendah RM3.00 dengan setiap pembelian menu pilihan anda seperti:
- Chicken Chop Crispy
- Spaghetti Carbonara
- Spaghetti Bolognese
- Tarikh: 10, 11 & 12 November 2025
- Masa: 7 pagi – 11 pagi & 6 petang – 8 malam
- Lokasi: Semua cawangan Nasken Coffee (kecuali Nasken Coffee Express)

Baca juga:




