Projek Perumahan SASaR: Satu Anggota Satu Rumah

Bagi memastikan nasib anggota tentera terbela, kerajaan telah melancarkan Projek Perumahan SASaR (Satu Anggota Satu Rumah) bagi memboleh anggota tentera memiliki rumah kediaman sendiri.

Projek Perumahan SASaR merupakan inisiatif Kementerian Pertahanan bagi memberi peluang kepada anggota ATM, veteran ATM dan warga kerja awam di Kementerian Pertahanan (MINDEF) untuk memiliki kediaman yang selesa di Kuala Lumpur.

Projek perumahan yang bakal dibina di Wardieburn dan Setapak ini bakal memberi kelegaan kepada anggota tentera untuk memiliki rumah di tengah ibu kota.

MINDEF memaklumkan projek perumahan itu adalah inisiatif kementerian berkenaan bagi menyediakan kediaman yang kondusif dan selesa selaras dengan Dasar Perumahan Mampu Milik Negara, Konsep Malaysia MADANI, Kertas Putih Pertahanan serta Pelan Strategik Kementerian Pertahanan 2021-2025.

Apa itu projek SASaR?

SASaR merupakan singkatan kepada Satu Anggota Satu Rumah.

Projek SASaR merupakan projek pembinaan rumah yang ditawarkan khas buat warga ATM, Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) dan veteran ATM.

Projek ini sebagai salah satu rancangan tindakan KEMENTAH di bawah teras kebajikan, bagi memastikan warga ATM dan KEMENTAH memiliki rumah sebelum mencapai usia persaraan.

Projek Perumahan SASaR ini adalah inisiatif kementerian berkenaan bagi menyediakan kediaman yang kondusif dan selesa selaras dengan Dasar Perumahan Mampu Milik Negara, Konsep Malaysia MADANI, Kertas Putih Pertahanan serta Pelan Strategik Kementerian Pertahanan 2021-2025.

Kos pembinaan bagi perumahan SASaR Wardieburn dan Setapak yang menelan belanja RM2.4 juta itu dibiayai sepenuhnya oleh pemaju Platinum Victory Development Sdn Bhd dengan jangkaan siap secara berfasa mulai 2026.

Artikel berkaitan: VIBES 2.0: Semakan Pencen & Bantuan Sara Hidup JHEV ATM

Lokasi projek

Projek Perumahan SASaR ATM Wardieburn akan melibatkan pembinaan 974 unit kediaman berkeluasan 1,400 dan 1,500 kaki persegi.

Sementara itu projek perumahan SASaR ATM Setapak akan melibatkan pembinaan secara berfasa 6,400 unit kediaman dengan keluasan di antara 1,000 kaki persegi dan 1,200 kaki persegi.

Melalui projek khas ini, anggota tentera yang layak boleh membeli kediaman yang ditawarkan pada harga di bawah pasaran, bermula pada harga RM150,000.

Untuk memiliki rumah di Kuala Lumpur, ia sememangnya memerlukan ‘modal’ besar kerana harga rumah di pasaran untuk keluasan yang sama sudah mencecah sehingga RM500,000.

> Dapatkan buku ”Kecerdasan Emosi Anggota Tentera

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!