VIBES 2.0: Semakan Pencen & Bantuan Sara Hidup JHEV ATM
PELAKSANAAN GO-LIVE PORTAL VIBES 2.0 UNTUK PESARA PENCEN JHEV / VETERAN ATM
Semakan penyata pencen anda kini lebih mudah dan cepat dengan Portal Penyata Pencen Sistem Vibes 2.0.
Adalah dimaklumkan bermula 8 Julai 2022, semua urusan berkaitan semakan Penyata Pencen akan dilaksanakan di Portal Veteran Integrated Benefit System (VIBES) 2.0.
Selain itu, anda juga boleh membuat semakan Bantuan Sara Hidup (BSH) RM300 sebulan melalui portal ini.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang portal baharu ini dan cara untuk mengaksesnya.
Pengenalan Portal VIBES 2.0 Bagi Pesara JHEV / Pencen ATM
Hasil usaha JHEV ATM menyediakan khidmat portal bagi kemudahan menyemak penyata pencen kini dilancarkan dan sedia untuk digunakan.
Kini segala urusan semakan berada di hujung jari anda. Menjimatkan masa, pantas dan boleh di semak pada bila-bila masa dan di mana saja anda berada.
Semakan boleh dibuat dengan melayari laman sesawang vibes.jhev.gov.my untuk mendaftar akaun portal Vibes 2.0 dengan beberapa langkah mudah. Anda boleh mendaftar masuk setiap kali ingin menyemak penyata pencen anda secara ekspres.
JHEV ATM akan sentiasa prihatin akan kebajikan veteran dan akan terus berusaha mencapai objektif dalam memelihara hal ehwal kebajikan veteran. Sokongan dan usaha bersama untuk JHEV ATM memberikan yang terbaik buat anda.
Bagi mengakses ke dalam sistem ini, veteran mahupun penerima pencen perlulah mempunyai akaun terlebih dahulu.
Kebaikan Sistem Online JHEV
Antara kebaikan sistem online ini adalah:
- Memudahkan veteran menyemak sendiri penyata pencen secara atas talian
- Merupakan sebuah sistem yang mudah dan user-friendly.
- Memudahkan pihak Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), Bahagian Pencen (BP) dan Bahagian Kewangan dan Akaun (BKA) mendapatkan penyata pencen bagi pihak pesara.
- Memudahkan pihak BPM JHEV untuk melaksanakan penyelenggaraan sekiranya diperlukan.
Tarikh Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH)
Terkini, dimaklumkan bahawa tarikh bayaran pertama Bantuan Sara Hidup adalah bermula pada 19 September 2023 secara berperingkat.
Cara Pendaftaran
- Pergi ke URL berikut; https://vibes.jhev.gov.my/
- Pengguna kali pertama perlu mendaftar akaun terlebih dahulu. Klik Daftar Pengguna.
- Pilih ‘Jenis Pengguna’.
- Isikan maklumat yang diperlukan.
- Kemudian, klik ‘Semak’ untuk membuat pengesahan.
- Tanda persetujuan ‘Terma dan Syarat’, sila isikan (/) pada kotak kosong berkenaan.
- Sekiranya pendaftaran telah berjaya, halaman akan memberi notifikasi melalui e-mel.
Rujuk panduan pengguna melalui infografik berikut:
I) VETERAN ATM / WARIS
II) PENGGUNA DALAMAN
III) SYARIKAT
Baca juga: Permohonan Tuntutan Perjalanan Rawatan Ke Hospital Bagi Pesara 2022
Video Tutorial
Kemaskini Maklumat Dalam Sistem
Untuk makluman, pihak JHEV ATM juga telah membangunkan VETERAN INTEGRATED BENEFIT SYSTEM 2.0 (VIBES) bagi kemudahan Veteran ATM membuat pelbagai urusan yang berkaitan perkhidmatan JHEV ATM.
Pengguna perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu untuk mengakses perkhidmatan yang disediakan diportal VIBES 2.0. Sila baca manual pengguna yang disediakan sebelum membuat pendaftaran.
Pautan Portal VIBES 2.0;
https://vibes.jhev.gov.my/portal/
Tuan/puan boleh terus membuat pengemaskinian maklumat setelah login disistem VIBES 2.0.
Untuk pengemaskinian sila muat naik dokumen yang berkaitan untuk pengesahan dan kelulusan pegawai.
Sila baca manual pengguna yang disediakan bagi tatacara pengemaskinian maklumat.
Dokumen berkaitan perlu dimuat naik bagi pengemaskian maklumat :
- Buku perkhidmatan setiap mukasurat (pengemaskian perkhidmatan)
- Sijil lahir anak dan Mykid / Mykad (pengemaskinian maklumat anak)
- Mykad veteran dan pasangan (pengemaskinian status diri atau agama)
- Sijil nikah (jika berkaitan)
- Sijil cerai (jika berkaitan)
- Bil utiliti (untuk pengesahan alamat)
Jika bermasalah untuk pengemaskinian, sila hantarkan pengemaskinian di ruangan aduan beserta muat naik dokumen untuk dikemaskini.
Langkah Mendapatkan Penyata Pencen Pesara Tentera / Veteran ATM
- Layari Portal JHEV https://vibes.jhev.gov.my/
- Masukkan no tentera dan kata laluan yang didaftarkan.
- Anda akan dibawa ke halaman utama.
- Pilih menu SEMAKAN PENYATA.
- Pilih TAHUN PENYATA.
- Masukkan kod pengesahan.
- Tekan butang Cetak Penyata Pencen.
- Penyata pencen akan dipaparkan seperti bawah.
Jadual Pembayaran Pencen JHEV 2023
JADUAL PEMBAYARAN PENCEN TAHUN 2023
JHEV ATM telah menyediakan Sistem Penyata Online bagi memudahkan Veteran ATM untuk membuat semakan dan muat turun penyata. Sila daftar di pautan ini; https://penyata.jhev.gov.my/penyata/
Sebarang pertanyaan/masalah boleh terus emelkan permasalahan dan butiran peribadi ke [email protected] atau hubungi Bahagian Pengurusan Maklumat di talian 03-2050 8088.
Jadual pembayaran pencen tahun 2023 bagi pesara tentera / Veteran ATM adalah seperti berikut:
- Januari : 16 / 01/ 2023
- Februari : 20 / 02/ 2023
- Mac : 20 / 03 / 2023
- April :13 / 04 / 2023
- Mei : 18 / 05 / 2023
- Jun : 19 / 06 / 2023
- Julai : 20 / 07 / 2023
- Ogos : 21 / 08 / 2023
- September : 21 / 09 / 2023
- Oktober : 19 / 10 / 2023
- November : 20 / 11 / 2023
- Disember : 14 / 12/ 2023
BANTUAN KHAS PENGHARGAAN 2023
Bayaran akan dibuat pada 10 Ogos 2023
Sila pastikan akaun masih aktif untuk memudahkan penyaluran bayaran. Semak dan kemaskini akaun di portal VIBES 2.0 ;
https://vibes.jhev.gov.my/portal/
Bagi Veteran ATM yang masih belum mendaftar, sila daftar dan membuat pengemaskinian maklumat peribadi dan akaun bank setelah login disistem VIBES 2.0. Pengemaskinian perlu disertakan dengan dokumen untuk pengesahan.
Maklumat Lanjut
JHEV ATM berperanan sebagai jabatan yang membantu dalam meningkatkan taraf sosioekonomi dan kebajikan Veteran ATM supaya mereka terus menjadi aset kepada negara & masyarakat.
JHEV ATM boleh dihubungi melalui talian atau klik link WhatsApp yang tertera :
- Hotline : 03-2697 6600 / 03-2050 8000
- Bantuan Kebajikan – Puan Norhidayah binti Azhar https://wa.me/60167400182
- Semakan Status Bayaran – Puan Siti Noor Azwani binti Refein https://wa.me/60164310182
- Kemudahan Perubatan – Puan Hasliza binti A.Wahab https://wa.me/60167460182
- Faedah Kematian & Pelarasan Pencen https://wa.me/601159902977
Untuk maklumat lebih lanjut sila boleh juga layari portal rasmi JHEV ATM;
Portal Rasmi JHEV ATM – www.jhev.gov.my
Portal Vibes 2.0 – https://vibes.jhev.gov.my/portal/
Sebarang aduan/pertanyaan sila lengkapkan ruangan aduan/maklumbalas di pautan ini: www.jhev.gov.my/aduan