Tawaran Program Persijilan MAINS Pengambilan Sesi Februari 2023

Tawaran Program Persijilan MAINS (Asas Pengajian Islam)

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Agama Islam Negeri Sembilan kini membuka tawaran bagi Program Persijilan MAINS untuk sesi Februari 2023.

Baca Juga : Tawaran Agihan Zakat Untuk Pelajar Pondok Dalam & Luar Negara LZNK

Butiran Program Persijilan MAINS 2023

Untuk makluman, program ini menawarkan Sijil Asas Pengajian Islam khas untuk penyertaan saudara Muslim, mualaf dan anak-anak mualaf tanpa mengira bangsa.

Program ini akan berlangsung selama 3 semester atau 1 tahun 6 bulan dan akan mengambil tempat di Kompleks As-Sa’adah, MAINS, Seremban.

Keistimewaan Program

Program ini menawarkan manfaat seperti berikut :

  • Yuran melalui peruntukan zakat Majlis Agama Islam yang terlibat.
  • Elaun disediakan melalui peruntukan zakat Majlis Agama Islam yang terlibat.
  • Silibus pengajian melibatkan asas utama pengetahuan agama Islam berdasarkan Modul Pengajaran dan Pembelajaran Saudara Muslim.
Program Persijilan MAINS

Tarikh Tutup Permohonan

Calon pelajar yang berminat boleh kemukakan permohonan secara atas talian sebelum tarikh tutup iaitu pada 31 Disember 2022.

Syarat-Syarat Kelayakan

Calon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia.
  • Saudara Muslim/mualaf/anak-anak mualaf.
  • Berumur antara 18 hingga 40 tahun.
  • Boleh membaca dan menulis.

Cara Memohon

Calon boleh kemukakan permohonan secara atas talian menerusi pautan berikut :

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSel3S8y-HY7wRp9vfJJxxN70Urcf8NROhvHHhE-yj6JfLwjKQ/viewform

Calon diminta mengisi borang dengan maklumat yang tepat dan lengkap.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Program Persijilan MAINS 2023, sila hubungi 06-763 7916/018-352 4376 atau Whatsapp nombor 014-2592212 .

Ikuti laman Facebook Majlis Agama Islam Negeri Sembilan untuk ketahui perkembangan terkini mengenai program ini.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!