Tawaran Agihan Zakat Untuk Pelajar Pondok Dalam & Luar Negara LZNK

Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) kini membuka permohonan bagi Agihan Zakat untuk pelajar Pondok dalam dan luar negara.

Agihan ini diwujudkan bagi membantu pelajar berkelayakan dalam pembiayaan kos pembelian kitab dan peralatan pengajian sepanjang menuntut pengajian di Institusi Pondok secara sepenuh masa.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai tawaran ini dengan lebih lanjut.

Baca Juga : Kulim Smart Parking: Pendaftaran, Pas Bulanan & Bayar Online

Agihan Zakat Untuk Pelajar Pondok

Tarikh Permohonan

Untuk maklumat, tawaran bagi agihan zakat ini dibuka mulai 11 November 2022 sehingga 26 November 2022.

Kadar Agihan Zakat Untuk Pelajar Pondok

Kadar agihan zakat yang bakal diterima pelajar adalah seperti berikut :

  • RM 500.00 bagi pelajar dalam negara.
  • RM 1,000 bagi pelajar luar negara.

Syarat Kelayakan

Pelajar yang ingin memohon perlulah memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Pelajar sedang menetap atau bermastautin di Negeri Kedah sekurang kurangnya 2 tahun.
  • Pelajar berumur antara 13 hingga 25 Tahun pada tahun 2022.
  • Tempat Pengajian (Pondok) berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri.
  • Pelajar sedang menuntut pengajian di Pondok secara sepenuh masa sekurang-kurangnya satu tahun.
  • Tempat Pengajian (Pondok) berdaftar dan diiktiraf oleh pihak berautoriti seperti kedutaan, institut pengajian atau persatuan pelajar berkaitan bagi Pondok Luar Negara.

Cara Permohonan

Calon boleh ikuti kaedah permohonan seperti berikut :

  1. Layari laman web https://bit.ly/AgihanPelajarPondok.
  2. Klik butang “Permohonan Baharu”
  3. Isi maklumat yang diperlukan.
  4. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  5. Klik butang “Hantar Permohonan.”

Dokumen Yang Diperlukan

Calon juga perlu muat naik dokumen sokongan seperti yang disenaraikan berikut :

  1.   Salinan Kad Pengenalan Pemohon (pelajar).
  2. Salinan Kad Pengenalan Waris/ Penjaga.
  3. Borang Pengesahan Status Pengajian oleh Pusat Pengajian yang boleh didapati di pautan : https://bit.ly/BorangPengesahanStatus.
  4. Salinan Sijil/Maklumat Pendaftaran Pondok dibawah Jabatan Agama Islam Negeri Kedah atau JAKIM.
  5. Salinan Akaun Bank yang tertera nama Pemohon (pelajar).
  6. Bagi Pelajar yang pengajian di Luar Negara sila muat naik surat/sijil kebenaran operasi pondok dari agensi kerajaan dan visa/passport pelajar (bagi pemohon yang belajar di luar negara sahaja).

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Agihan Zakat Untuk Pelajar Pondok LZNK, sila hubungi Bahagian Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah di talian 04-7331740.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!