Advertisements

Program My5 : 5 Bantuan Khas Untuk Warga Wilayah Persekutuan 2021

Advertisements

Kementerian Wilayah Persekutuan akan memperkasakan Program MY5 bagi membasmi kemiskinan bandar sekali gus menambah baik jaringan keselamatan sosial dalam kalangan warga Wilayah Persekutuan.

Apakah Program My5 Wilayah?

Kementerian Wilayah Persekutuan telah memulakan program MY5 sekitar pertengahan tahun lepas dengan kapasiti yang kecil.

Menurut Tan Sri Annuar Musa, dalam tahun 2021, program ini akan diperluaskan lagi meliputi 5 aspek berikut:

Baca juga: IC Hilang Apa Nak Buat? Ini Kadar Denda & Prosedur Permohonan MyKad Online

1. [email protected]

[email protected] bakal menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan kepada warga kota terutama yang terjejas akibat COVID-19 dalam 6 bidang pekerjaan termasuk

Advertisements
  • perkhidmatan,
  • pembinaan,
  • penyelenggaraan,
  • pembersihan,
  • pembuatan dan
  • pembungkusan
bantuan mywilayah

2. [email protected]

[email protected] yang bertujuan membantu meringankan perbelanjaan tambang pengangkutan murid sekolah daripada golongan berpendapatan rendah pula akan diperluaskan ke 158 kawasan perumahan awam dan swasta kos rendah melibatkan hampir 10,000 murid.

program my5

3. [email protected]

Program [email protected] menawarkan golongan B40 membeli barangan dapur pada harga sehingga 20 peratus lebih rendah ke 158 kawasan perumahan kos rendah awam dan swasta serta kampung tradisi sekitar ibu negara.

program my5

Baca juga: Selangor Kerjaya: Pendaftaran 10,000 Peluang Pekerjaan Warga Selangor

4. [email protected]

Sumbangan beras menerusi program [email protected] akan dilaksanakan mulai 1 Feb sehingga Jun tahun ini bagi meringankan beban warga Wilayah Persekutuan yang terjejas akibat COVID-19.

Untuk permulaan sebanyak 23,000 kampit beras sumbangan badan korporat dan orang ramai akan diagihkan tiga kali seminggu menerusi Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan

program my5

5. [email protected]

[email protected] menyediakan rawatan asas dan pemeriksaan percuma menerusi klinik bergerak kepada warga kota yang kurang berkemampuan secara mingguan akan dikembangkan ke lebih banyak kawasan.

Maklumat Lanjut Tentang My5 Wilayah

Selain program My5 ini, terdapat pelbagai lagi inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan yang disalurkan melalui Program Pembasmian Kemiskinan Bandar, KWP ialah seperti berikut:

  • Bantuan Perumahan Bandar:
    • Bantuan Bina Baru Rumah
    • Bantuan Baik Pulih Rumah
  • Program Menjana Pendapatan Melalui Keusahawanan
  • Program Pembangunan Minda Insan
  • Program Bina Upaya Di Bandar
  • Bantuan Sewa Rumah

Untuk maklumat lanjut berkaitan semua inisiatif ini, sila layari laman web Kementerian Wilayah Persekutuan di http://www.kwp.gov.my/

ATAU

Facebook Kementerian Wilayah Persekutuan

Bantu kami bagi rating artikel ini:

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment