Program Matrikulasi KPM: Lokasi, Kursus / Jurusan, Permohonan

Bagi pelajar lepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pengajian program Matrikulasi KPM / Matrix merupakan satu pilihan yang anda anda selain program Asasi (di Universiti), Diploma, Sijil dan seumpamanya.

Antara kelebihan program ini adalah tempoh pengajian yang singkat (1 atau 2 tahun) berbanding Diploma dan anda berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda sebaik sahaja menamatkan pengajian dalam jurusan yang diambil.

Selain itu, semua lulusan program ini juga dianugerahkan sijil yang diiktiraf ke Perkhidmatan Awam mulai tahun 2017.

Pengenalan Program Matrikulasi KPM

Program Matrikulasi diwujudkan pada tahun 1998 merupakan satu program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.

Kumpulan pertama (perintis) pelajar program ini pada tahun 1998 terdiri dari kalangan pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan pemilihan pelajar ini berdasarkan kepada keputusan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semasa mereka.

Program ini kemudiannya terus berkembang dengan perubahan tempoh masa pengajian dari 1 tahun 6 bulan kepada 1 tahun (Program Matrikulasi Satu Tahun – PST) pada tahun 2002.

Sehingga tahun 2013, seramai 30,000 tempat disediakan bagi pelajar PST dan PDT dan jumlah ini terus bertambah setiap tahun.

Pilihan Jurusan / Bidang Yang Ditawarkan

Program Matrikulasi KPM menawarkan 2 jenis program iaitu Program Satu Tahun (PST) dan Program Dua Tahun (PDT).  

Struktur pengajian setiap program menggunakan sistem semester iaitu 2 semester bagi Program Satu Tahun (PST) dan 4 semester bagi Program Dua Tahun (PDT).  

Terdapat 4 jurusan yang ditawarkan iaitu:

  • Jurusan Sains
  • Jurusan Perakaunan
  • Jurusan Perakaunan Profesional (JPPro)
  • Jurusan Kejuruteraan

Artikel berkaitan: Kalendar Akademik & Cuti Semester Matrikulasi 2023 / 2024

Pilihan Subjek Program Matrikulasi KPM

Setiap pelajar yang mengikuti pengajian di program ini diwajibkan mengambil pakej kursus pengkhususan yang telah ditetapkan mengikut jurusan seperti di bawah:

Jurusan Sains

Modul I: Matematik, Kimia, Fizik, Biologi
Modul II: Matematik, Kimia, Fizik, Sains Komputer
Modul III: Matematik, Kimia, Biologi, Sains Komputer

Jurusan Kejuruteraan

Matematik, Kimia, Fizik, Asas Kejuruteraan

Jurusan Perakaunan

Matematik, Perakaunan, Ekonomi, Pengurusan Perniagaan

Jurusan Perakaunan Profesional

Matematik, Financial Accounting, Management Accounting, Business Accounting

KURSUS WAJIB

Selain kursus pengkhususan, pelajar juga diwajibkan mengambil kursus wajib seperti berikut:

  • Bahasa Inggeris
  • Pengajian Am Matrikulasi
  • Pendidikan Islam/ Moral
  • Kokurikulum

Lokasi

Berikut merupakan senarai lokasi Matrikulasi KPM seluruh Malaysia dan hubungi nombor telefon yang tertera sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenrai jurusan yang ditawarkan.

Institusi / AlamatTelefon / Faks E-mel / Laman Web
Kolej_Matrikulasi Melaka
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
78300 Masjid Tanah, Melaka.
Tel:06-3832000
Faks:06-3847190
E-mel: kmm[@]kmm.matrik.edu.my
Laman Web: http://www.kmm.matrik.edu.my
Kolej_Matrikulasi Negeri Sembilan
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Tel:06-4841825
Faks:06-4841821
E-mel: info[@]kmns.matrik.edu.my
Laman Web: http://www.kmns.matrik.edu.my
Kolej_Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.
 Tel:04-5756090
Faks:04-5757389
E-mel: info[@]kmpp.matrik.edu.my
Laman Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
Kolej_Matrikulasi Perlis
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
02600 Arau, Perlis.
 Tel:04-9868613, 04-9868614, 
04-9868615, 04-9868616
Faks:04-9868542, 04-9868543
 E-mel: info[@]kmp.matrik.edu.my
Laman Web: http://www.kmp.matrik.edu.my
Kolej_Matrikulasi Labuan
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Jalan OKK Daud, Merinding, 
Peti Surat 81735, 
87027 Wilayah Persekutuan Labuan.
Tel:087-465311, 087-465314
Faks:087-466500
E-mel: adminkml[@]kml.matrik.edu.my
Laman Web: http://www.kml.matrik.edu.my
Kolej_Matrikulasi Johor
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Jalan Payamas, 
84900 Tangkak, Ledang, Johor.
Tel:06-9781613
Faks:06-9781595
E-mel: info.kmj[@]kmj.matrik.edu.my
Laman Web: http://www.kmj.matrik.edu.my
Kolej_Matrikulasi Perak
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
31600 Gopeng, Perak.
Tel:05-3594449, 05-3594600
Faks:05-3594412, 05-3594413
E-mel: info[@]kmpk.matrik.edu.my
Laman Web: http://www.kmpk.matrik.edu.my
Kolej_Matrikulasi Kedah
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
06010 Changlun, Kedah.
Tel:04-9286100
Faks:04-9242186
E-mel: info[@]kmk.matrik.edu.my
Laman Web: http://www.kmk.matrik.edu.my
Kolej_Matrikulasi Pahang
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
26300 Gambang, Pahang.
Tel:09-5495000
Faks:09-5499612, 09-5498996
E-mel: info[@]kmph.matrik.edu.my
Laman Web: http://www.kmph.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Pokok Tai, 06720 Pendang, Kedah.
Tel:04-4682508
Faks:04-4682281
E-mel: admin.kmtk.matrik[@]1govuc.gov.my
Laman Web: http://www.kmtk.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
26400 Bandar Jengka, Pahang.
Tel:09-4677103
Faks:09-4677102
Laman Web: http://www.kmtph.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
KM 5, Jalan Kukup, 
Mukim Rimba Terjun, 82000 Pontian, Johor.
Tel:07-6881629, 07-6881630
Faks:07-6881631, 07-6882720
E-mel: info[@]kmtj.matrik.edu.my
Laman Web: http://www.kmtj.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Selangor
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Kathong Mukim Jugra, 
42700 Banting, Selangor.
Tel:03-31201410
Faks:03-31201372
E-mel: webmaster[@]kms.matrik.edu.my
Laman Web: http://www.kms.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Kelantan
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Beg Berkunci No. 3, 
16810 Selising, Kelantan.
Tel:09-7808000
Faks:09-7808080
E-mel: webmaster[@]kmkt.matrik.edu.my
Laman Web: http://www.kmkt.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Sarawak
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Lot 216, Fasa II, 
Taman Perindustrian Sejingkat, 
Peti Surat P17, 93457 Kuching, Sarawak.
Tel:082-439100
Faks:082-433108
E-mel: admin[@]kmsw.matrik.edu.my
Laman Web: http://www.kmsw.matrik.edu.my
Kolej MARA Kulim
Jalan Junjong, 
09000 Kulim, Kedah.
Tel:04-4906422
Faks:04-4906426
E-mel: info[@]kmkulim.edu.my
Laman Web: http://www.kmkulim.edu.my
Kolej MARA Kuala Nerang
Lot 556, Daerah Padang Terap, 
06300 Kuala Nerang, Kedah.
Tel:04-7867250, 04-7867255
Faks:04-7867254
E-mel: sysadmin[@]kmknerang.edu.my
Laman Web: http://www.kmkn.edu.my

Syarat Kemasukan

Berikut merupakan syarat-syarat kemasukan untuk setiap jurusan yang ditawarkan di Matrikulasi KPM:

syarat kemasukan m
atrikulasi
syarat kemasukan matrikulasi perakaunan
syarat kemasukan sains program matrikulasi kpm
syarat kemasukan perakaunan profesional

Permohonan kemasukan

program matrikulasi kpm

Permohonan ke program Matrikulasi KPM hanya dibuka dalam tempoh tertentu sahaja setiap tahun.

Sila rujuk halaman rasmi di alamat https://matrikulasi.moe.gov.my/ dari semasa ke semasa untuk permohonan terkini.

Maklumat Lanjut Program Matrikulasi KPM

Sila rujuk brosur di bawah untuk maklumat lanjut mengenai pengajian di peringkat Matrikulasi:

Untuk sebarang pertanyaan mengenai program Matrikulasi KPM, sila berhubung dengan pegawai seperti maklumat di bawah:

Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
No.Tel: 03 – 8884 4083
No.Faks: 03 – 8888 4028

Sebarang pertanyaan atau aduan boleh diemailkan kepada [email protected].

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!