Permohonan Program Asasi IIUM (UIA) Ambilan Disember 2022

Tawaran Kemasukan ke Program Asasi IIUM

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke Program Asasi IIUM ambilan Disember 2022 kini dibuka buat semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

IIUM yang turut dikenali sebagai Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ini diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dengan penggunaan bahasa penghantar universiti adalah Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Program Asasi IIUM (UIA) untuk makluman bersama.

Apakah Program Asasi IIUM (UIA)?

Objektif utama Program Asasi IIUM adalah untuk mempersiapkan para pelajar bagi melayakkan diri untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di International Islamic University Malaysia (IIUM).

Program ini menepati dan selari dengan aspirasi, falsafah, visi
dan misi Universiti bagi melahirkan Insan Sejahtera dan
seimbang bertunjangkan kepada Falsafah Pendidikan Negara, Maqāṣid Ash-Sharīʿah dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).

Dalam mencapai matlamat tersebut pelajar didedahkan dengan konsep Khalīfah, Amānah, Iqra’, Raḥmatan lil-ʿĀlamīn (KHAIR) melalui pendekatan Kerangka Akademik Sejahtera.

Universiti ini juga menekankan pendidikan yang berteraskan Islam di mana para pelajar didedahkan kepada nilai-nilai dan cara hidup Islam bagi meningkatkan kefahaman dan penghayatan mereka
terhadap Islam secara teori dan amali dalam era globalisasi.

Untuk makluman, pelajar yang terpilih untuk ikuti program ini akan melanjutkan pelajaran di kampus Pusat Asasi IIUM di CFS IIUM Gambang, Pahang.

Baca Juga : Senarai Universiti Terbaik Di Malaysia (Ranking Terkini 2022-2023)

Program Asasi IIUM

Tarikh Permohonan

Lepasan SPM yang berminat untuk memohon Program Asasi IIUM ambilan Disember 2022 ini boleh melakukannya secara atas talian mulai 5 Oktober 2022 sehingga tarikh tutup iaitu 15 November 2022.

Bidang Yang Ditawarkan

Bidang Asasi yang ditawarkan di IIUM adalah seperti berikut :

  • Asasi Sains Fizikal.
  • Asasi Sains Hayat.
  • Asasi Perancangan Pelancongan dan Pengurusan Hospitaliti.
  • Asasi Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa.
  • Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan.
  • Asasi Ilmu Pengetahuan berteraskan Wahyu dan Warisan Islam.
  • Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar.

*Sila rujuk maklumat lengkap melalui lampiran yang disertakan di bawah:

Yuran / Bayaran Proses Permohonan

Bayaran bagi proses permohonan akan dikenakan sebanyak RM 100.00.

Cara Memohon Program Asasi IIUM

Calon yang berminat boleh ikuti langkah permohonan seperti berikut :

  1. Layari laman web https://irayu.iium.edu.my/.
  2. Klik bahagian ‘New Application.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Register Account.’
  4. Lengkapkan maklumat permohonan.
  5. Buat pembayaran untuk melengkapkan permohonan.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut mengenai permohonan program ini, sila hubungi saluran berikut:

Bahagian Pengurusan Akademik dan Kemasukan (AMAD)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM)
50728, Kuala Kumpur
MALAYSIA

Telefon: +6(03) – 6421 6421 / 3260 / 3261 / 4026 / 4040
Faks: +6(03) 6421 4160 / 4724
Emel: [email protected]

Laman Web : http://www.iium.edu.my

Pejabat Timbalan Dekan
Hal Ehwal Akademik dan Perhubungan Industri
Pusat Asasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM)
26300, Gambang
Pahang Darul Makmur
MALAYSIA
Telefon: +6(09) 518 3400 / 3418 / 3436
Laman Web: http://www.iium.edu.my/kulliyyah/cfs

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!