Program Anakku Sejahtera: Bantuan RM100 Untuk Anak Kedah Yang Lahir Tahun 2021

Menteri Besar Kedah, YB Muhammad Sanusi Md Nor telah merasmikan Program Anakku Sejahtera anjuran kerajaan Negeri Kedah dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Di bawah program ini, Kerajaan Negeri Kedah akan membuka akaun di ‘Simpan SSPN Prime’ sebanyak RM100 seorang dengan peruntukan RM1 juta ringgit setahun.

Permulaan RM100 ringgit ini sebagai modal mula untuk ibu bapa terus menyimpan secara harian, mingguan, bulanan atau ikut keupayaan masing-masing demi pendidikan anak-anak pada masa depan.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang syarat kelayakan Program Anakku Sejahtera Kedah beserta cara membuat permohonan.

Apakah Program Anakku Sejahtera Kedah?

Kerajaan negeri Kedah melaksanakan Program Anakku Sejahtera bagi tahun 2021 sebagai salah satu inisiatif pembasmian kemiskinan untuk rakyat Negeri Kedah melalui bantuan tabungan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) sebanyak RM100.00 seorang.

Kelebihan Program Anakku Sejahtera & SSPN Prime

Selain dilindungi insuran takaful jika ibu bapa meninggal dunia, SSPN Prime juga menawarkan geran sepadan sehingga RM10,000 bagi penyimpan yang menabung dalam tempoh tertentu.

Contohnya jika simpanan dalam tempoh 10 tahun terkumpul sebanyak RM5000, geran sepadan ayng akan diberikan oleh SSPN Prime adalah RM5000 secara percuma.

Ini kaedah terkini untuk menggalakkan ibu bapa merancang untuk pendidikan anak-anak pada masa depan.

Dengan disiplin menabung RM10 – RM20 di SSPN Prime, siharapkan ibu bapa dan anak-anak mempunyai persediaan untuk pengajian pada masa depan.

program anakku sejahtera kedah

Syarat Kelayakan

Anak-anak Kedah yang lahir pada Januari 2021 hingga Disember 2021 boleh memohon program ini.

Syarat utama, bayi mestilah warganegara dan dilahirkan di negeri Kedah.

Antara syarat lain, ibu atau bapa lahir di negeri Kedah atau bermastautin di negeri Kedah melebihi 10 tahun serta pendapatan isirumah RM3,000 sebulan dan ke bawah.

Baca juga: SSPN Online: Cara Buka Akaun SSPN-i & SSPN-i Plus Untuk Anak

Cara Permohonan

Borang boleh didapati di Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di daerah masing-masing.

Ibu bapa juga boleh mendapatkan borang permohonan melalui Pejabat DUN atau Penyelaras DUN.

Ibu bapa perlu memohon dengan menyertakan permohonan lengkap seperti salinan kad kelahiran bayi, kad pengenalan ibu bapa, slip gaji yang telah diperakui sah dan salinan penyata akaun SSPN-i dan terus menghantar ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah dalam tempoh tiga bulan.

Anda juga boleh ketahui lebih lanjut tentang SSPN Prime melalui pautan https://www.ptptn.gov.my/sspniplusonline

Maklumat Lanjut

Jika ada di kalangan kita yang mengenali mana-mana keluarga di Kedah yang menerima cahaya mata pada tahun 2021, boleh hubungi pejabat PTPTN berdekatan atau nombor careline PTPTN (03 2193 3000) untuk memeriksa kelayakan.

Untuk maklumat lanjut berhubung program ini, sila rujuk saluran berikut:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!