POS Malaysia Tracking & Semakan Harga Postage

Anda boleh membuat pos tracking dengan menggunakan tracking number yang diberikan oleh pihak Pos Laju.

Pos Malaysia melalui jenama Pos Laju menyediakan penghantaran pakej dokumen, parcel atau barangan lain ke seluruh destinasi di Malaysia dengan begitu pantas panda harga yang berpatutan.

Selain itu, daripada informasi yang dipaparkan di laman web rasmi Pos Malaysia juga, Pos Laju turut mempunyai perkhidmatan penghantaran barangan ke luar negara dimana terdapat 145 lokasi luar negara yang terlibat.

Bergantung kepada lokasi anda, Pos Laju mungkin menjadi pilihan kerana lokasi pusat pengambilan barangan yang banyak sekali caj harga postage yang boleh dianggap berpatutan dan kompetetf jika dibandingkan dengan syarikat kurier lain seperti Ninja Van, GDex, Skynet, J&T dan lain-lain.

Perkhidmatan Pos Malaysia

pos tracking

Pos Malaysia Berhad ialah perkhidmatan penghantaran pos di Malaysia dengan sejarah sejak awal 1800-an.

Antara perkhidmatan yang disediakan oleh Pos Malaysia adalah seperti yang berikut:

  1. Mel Standard (Flexipack Domestik, Mel Standard, Mel Bukan Standard, Poskad, Mel Rakyat, Pos Ekspres, Pos Daftar, Pos Solutions).
  2. Kurier, Ekspres & Bungkusan CEP (Penghantaran Hari Yang Sama, Penghantaran Hari Seterusnya,, Bungkusan Pos, Pos Ekspres, Pek Prabayar Pos Laju, Pengambilan Atas Permintaan, Sampul/Kotak Prabayar).
  3. Runcit (Pembayaran bil, pembaharuan lesen memandu, insurans peribadi, perkhidmatan penghantaran kenderaan).
  4. Mel Antarabangsa (mel masuk & keluar antarabangsa, paket kecil, bungkusan).
  5. Logistik (Pergudangan, penghantaran barang).
  6. e-Dagang

Cara track barangan Pos Laju

Sekiranya anda seorang penjual mahupun pembeli barangan dan menggunakan perkhidmatan penghantaran barangan menggunakan Pos Laju, anda boleh track atau jejak barangan tersebut dengan menggunakan Tracking Number yang diberikan.

Bagi penjual, sekiranya anda tidak tahu bagaimana mahu dapatkan tracking number ini, anda boleh rujuk pada slip atau consignment note yang diisi ketika menghantar barangan tersebut di kaunter Pos Laju.

Sekiranya anda adalah pembeli dan penerima barangan, kebiasaannya penjual barangan atau penghantar barangan akan memberikan nombor tracking ini kepada anda.

Sekiranya anda membeli melalui platform e-dagang seperti Shopee atau Lazada, biasanya nombor tracking ini akan diberikan melalui platform tersebut.

Untuk pos tracking, sila ikuti langkah berikut:

  1. Buka laman rasmi Pos Malaysia d di pautan https://www.pos.com.my/
  2. Klik pada “Track and Track”
  3. Masukkan nombor tracking anda
  4. Klik butang Next
  5. Halaman Pos Malaysia akan memaparkan maklumat terperinci lokasi semasa parcel atau barangan tersebut

Kadar postage Pos Laju

Secara umumnya Pos Laju mengenakan caj postage berbeza mengikut zon penghantaran dan penerima.

Untuk kemudahan penghantaran, penghantar boleh membeli Kotak Prabayar (Prepaid Boxes) yang datang dalam pelbagai saiz.

Berikut merupakan rujukan zon dan warna kotak yang anda boleh dapatkan di pejabat pos berdekatan:

Berikut merupakan senarai harga kotak (mengikut warna) yang telah ditetapkan oleh pihak Pos Laju:

  • 2kg – RM13.89 (Orange/Red)
  • 5kg – RM21.31 (Orange/Red)
  • 10kg – RM31.91 (Orange/Red)
  • 2kg – RM26.61 (Blue)
  • 5kg – RM58.41 (Blue)
  • 10kg – RM100.81 (Blue)

Harap maklum bahawa harga yang tersenarai di atas adalah benar ketika artikel ini ditulis dan perubahan harga boleh dibuat oleh pihak Pos Laju pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!