Trafik Highway terkini boleh disemak secara LIVE melalui beberapa cara, salah satunya melalui Portal Rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia di https://www.llm.gov.my/.
Musim perayaan ini, rata-rata orang ramai mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman dan ada juga yang bercuti ke pelbagai lokasi. Konfem jalan raya akan sesak dan dipenuhi kereta!
Ok di sini kami nak kongsikan satu tips sebelum anda memulakan perjalanan agar anda tidak tersangkut jammed terlalu lama.

Apa kata, sebelum anda memulakan perjalanan terutamanya bagi yang merentas negeri, check dulu keadaan di highway berkenaan sama ada sesak atau pun tidak.
Dengan cara ini, dapatlah kita pastikan perjalanan lebih smooth, jimat masa serta tenaga dan tak ‘tersangkut’ berjam-jam di atas jalan raya. Kalau jammed, bolehlah cari laluan alternatif untuk memudahkan perjalanan.
Rujuk cara semak trafik highway di bawah.
BACA JUGA: Smart Lane – Senarai Lokasi Diaktifkan Sempena Tahun Baru Cina (CNY 2026)
CCTV Trafik Di Highway PLUS
CCTV Trafik di Highway PLUS merujuk kepada sistem kamera CCTV langsung (live) yang dipasang sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di Malaysia untuk memantau keadaan trafik secara masa nyata.
Sistem ini membantu pengguna jalan raya merancang perjalanan dengan mengelakkan kesesakan, kemalangan atau laluan alternatif.
Terdapat 3 cara untuk semak CCTV Trafik di Highway PLUS, iaitu:
- Portal Lembaga Lebuhraya Malaysia
- Aplikasi PLUS
- Portal Jalanow
Sistem CCTV trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) kini lebih canggih dengan pusat pemantauan terbesar di ASEAN, mengurus 2,900 kamera CCTV yang bersepadu dengan analitik masa nyata.
PLUS Malaysia Berhad melancarkan roadmap 5 tahun pintar dan lestari pada November 2025, termasuk AI untuk kesan lubang jalan, serpihan dan risiko kemalangan.
Ini mengurangkan masa pemeriksaan patrol sehingga 98% melalui penggunaan dron dan sistem amaran automatik, seperti di Jambatan Pulau Pinang.

1. Cara Check Status Trafik Di Lebuhraya Sesak Secara Live Melalui Portal LLM
Tahukah anda, selain dari Apps Waze, korang boleh jugak check kesesakan highway melalui portal rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia secara LIVE.
Korang akan dapat Live Picture berapa banyak kereta sedang lalu dkt highway tersebut. Memang berfungsi untuk rancang perjalanan anda.
Ini caranya:
- Layari Portal Rasmi LLM di pautan ini: https://www.llm.gov.my/awam/cctv
- Klik pada tab Paparan CCTV Lebuhraya
- Kemudian, pilih lebuhraya mana yang kita nak tengok.
- Nanti akan dipaparkan rakaman CCTV Live view dari setiap kamera yang ada dekat highway tu.


Bila nampak trafik lancar je, bolehlah kita gerak ke lokasi dengan senang hati.
Oh ya, selain nak check status trafik atau kesesakan di lebuh raya, anda juga boleh menggunakan laman web ini untuk mengetahui jumlah kadar bayaran tol yang diperlukan dari satu lokasi ke satu lokasi melalui KALKULATOR TOL.
Bolehlah kita pastikan baki dalam kad Touch n Go atau Smart tag tu mencukupi.
2. Cara Check CCTV Highway PLUS Melalui Aplikasi
Dengan Aplikasi PLUS (Google PlayStore) dan (Apple Store), anda juga boleh mendapatkan maklumat terkini keadaan trafik dan melihat secara langsung melalui kamera CCTV sepanjang lebuh raya untuk anda merancang perjalanan.
Langkah mudah aktifkan MyPLUS-TTA:
- Muat turun app PLUS Malaysia (Google Play/App Store).
- Daftar akaun dan aktifkan “View Live Traffic Feed near you”.
- Pilih highway PLUS Utara/Selatan untuk paparan CCTV + ramalan trafik sejam ke depan.
- Terima push notification jika jammed di KM anda (contoh: KM308 Bangi).
Cara Check CCTV Highway PLUS Melalui Aplikasi MyPlus-TTA:

Dengan Aplikasi PLUS, perjalanan di lebuh raya menjadi lebih mudah. Pilih saja CCTV yang akan dilalui sepanjang destinasi anda untuk mengetahui keadaan trafik semasa.

Di samping itu, anda juga boleh memesan makanan melalui #OrderDisini, mengetahui maklumat kadar bayaran tol atau menekan butang SOS untuk mendapatkan bantuan.

Tunggu apa lagi, jom muat turun Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat dan informasi terkini serta kemudahan yang disediakan di Lebuhraya PLUS.
3. Cara Check CCTV Highway Melalui Laman Web Jalanow
Anda juga boleh membuat semakan CCTV trafik highway secara LIVE melalui pautan portal Jalanow: www.jalanow.com
Laman web Jalanow menyediakan paparan CCTV trafik langsung untuk semua lebuhraya utama di Malaysia termasuk PLUS, tanpa perlu muat turun aplikasi.
Berikut cara buat semakan CCTV LIVE trafik highway melalui Jalanow:
- Layari laman utama CCTV di https://www.jalanow.com/malaysia-highways-live-traffic-cameras.htm.
- Pilih lebuhraya seperti E1 (PLUS Utara) atau E2 (PLUS Selatan) daripada senarai highway yang tersedia.
- Klik pada lokasi kamera spesifik (contoh: KM303.7 Kajang UPM NB atau Southville City KM295.4 SB) untuk lihat imej live trafik.

Memang bagus kemudahan ni kan? Semoga perjalanan kita semua berjalan dengan lancar.
Maklumat Lanjut & Soalan Lazim
Untuk maklumat lanjut dan info terkini mengenai Semakan CCTV Trafik Highway sila rujuk:
- Laman web rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
- Telefon: 603-87383000/ Fax: 603-87373555
Boleh, tetapi anda memerlukan laporan polis terlebih dahulu. Pihak PLUS biasanya tidak memberikan rakaman terus kepada individu atas faktor privasi dan perundangan.
Ini mungkin disebabkan faktor cuaca (hujan lebat/kabus) atau kanta kamera yang kotor. Pada waktu malam, kamera menggunakan sensor inframerah/cahaya rendah, namun paparan mungkin kurang jelas berbanding siang.
Ya, kamera tertentu mempunyai resolusi tinggi yang mampu mengecam nombor plat, terutamanya untuk tujuan pengurusan trafik dan keselamatan di plaza tol atau lokasi strategik.
Ini berlaku disebabkan gangguan teknikal, kerja penyelenggaraan, atau masalah sambungan internet di lokasi tersebut.
Tidak. CCTV trafik hanya untuk pemantauan aliran. Saman had laju dikendalikan oleh sistem AwAS (AES) yang mempunyai kamera berasingan dan tanda amaran sebelum zon kamera tersebut.
BACA JUGA: Kamera AwAS: Senarai Lokasi Speed Trap JPJ Terkini 2026




