Permohonan PLPP Bangi 2022 (Pusat Latihan Perindustrian & Pemulihan)

TEMU DUGA PLPP SIDANG AKADEMIK SESI 2022 SESI JUN/JULAI 2022

Anda seorang OKU?
Ingin menambah kemahiran?

Jom masuk PLPP!

Apakah PLPP?

Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi adalah sebuah institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang memberikan perkhidmatan kepada orang kurang upaya anggota (OKU) melalui latihan vokasional serta pemulihan perubatan.

Tujuan / objek penubuhan PLPP adalah:

  • Memberikan perkhidmatan yang komprehensif kepada OKU anggota untuk mendapatkan latihan vokasional dan pemulihan perubatan.
  • Mengembalikan kemahiran yang telah hilang akibat kemalangan bagi meningkatkan kemampuan mereka bekerja dan berdikari.
  • Mengambil langkah awal untuk pemulihan bagi mengelakkan kurang upaya menjadi bertambah teruk.
  • Menyediakan tempat perkhidmatan sebagai rujukan dan sumber latihan penuntut perubatan, jurupulih, juruteknik prostetik dan ortotik serta lain-lain kakitangan yang memerlukan.
  • Menjadi tempat rujukan untuk menjalankan kajian berkaitan OKU.

Baca juga:

Kursus Yang Ditawarkan Di PLPP Bangi

Pelbagai Kursus di tawarkan

  • Asas Pembuatan Pakaian Wanita
  • Asas Pengurusan Pejabat
  • Pemasangan Elektrik (Fasa 1)
  • Prosetetik & Ortotik
  • Fabrikasi Logam
  • Seni Lukis
  • Teknologi Batik
  • Urutan Tradisional Lelaki
  • Bekam
  • Facial dan resdung
  • Penggayaan rambut lelaki
  • Kek dan pastri

Permohonan Sesi Kemasukan PLPP Bangi 2022

Sesi temuduga:

31 Januari 2022
-Wisma Persekutuan Raub, Pahang

3 Februari 2022
-Wisma Persekutuan Temerloh

5 Februari 2022
-Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajah Kalsom

Syarat Kemasukan

Terbuka kepada semua OKU Fizikal, Penglihatan (Rabun), Pendengaran (Pekak & Bisu) Masalah Pertuturan & Masalah Pembelajaran berumur 18-45 Tahun yang berdaftar dengan JKM.

Cara Permohonan

Untuk memohon, sila rujuk laman rasmi Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan – PLPP Bangi

ATAU hubungi talian

03-8926 1996 / 8926 2682

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!