Semakan Keputusan Rayuan SBP / Sekolah Khusus 2024/2025

Info Semakan Keputusan Rayuan ke Sekolah Khusus 2024 (e-Rayuan SBP / SMKA)

SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN KEMASUKAN KE SEKOLAH KHUSUS TAHUN 2024

Bila tarikh semakan keputusan rayuan Sekolah Khusus @ SBP?

Sekolah Khusus yang dimaksudkan adalah terdiri daripada sekolah berikut:

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  • Kolej Vokasional (KV)
  • Maktab Tentera Diraja (MTD)
  • Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)

Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang tarikh penting bagi ibu bapa dan pelajar yang membuat permohonan rayuan Sekolah Khusus bagi sesi 2024/2025.

Tarikh Semakan Keputusan Rayuan Kemasukan Ke Sekolah Khusus / SBP 2024

Menurut info terkini melalui makluman di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia, keputusan rayuan boleh disemak pada tarikh berikut:

TARIKH PENDAFTARAN DAN RAYUAN

  • Tarikh rayuan : 1 – 18/3/2024
  • Tarikh semakan tawaran ambilan rayuan : 9 – 27/4/2024
  • Tarikh pendaftaran rayuan : 22/4/2024

Sila rujuk cara semakan Keputusan Penawaran Serta Penempatan Murid Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Ketagori Rayuan Ke Sekolah Khusus (Sekolah Berasrama Penuh Dan Sekolah Menengah Agama) Bagi Kalendar Akademik Sesi 2024/2025.

semakan rayuan sbp smka

Pautan Semakan Rayuan SBP 2024

INFO KPM: Semakan Keputusan Rayuan Kemasukan ke SBP & SMKA sesi 2024/2025 bermula 9 hingga 27 April 2024.

Tingkatan 1 : https://spskt1.moe.gov.my/semakan_sbpt1/ atau terus ke pautan pantas https://spskt1.moe.gov.my/semakansbpt1_rayuan/index.cfm

Tingkatan4 : https://spskt4.moe.gov.my/semakan_sbpt4/ atau terus ke pautan pantas https://spskt4.moe.gov.my/semakansbpt4_rayuan/index.cfm

Sila rujuk tarikh pendaftaran kemasukan ke sekolah_khusus @ SBP pada butiran surat tawaran yang dilampirkan.

rayuan smka

Sila semak dengan teliti maklumat yang dipaparkan.

Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran, surat dan lampiran tawaran MESTI DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran.

Cara Permohonan Rayuan

Berikut adalah cara membuat permohonan rayuan melalui e-Rayuan Sekolah Khusus.

  1. e-Rayuan boleh diakses secara online melalui:
  2. Pemohon perlu klik pada butang E-Rayuan seperti yang tertera dalam gambar di bawah.
  3. Sila isi nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid dan nombor MyKad Penjaga Utama (yang didaftar dalam APDM) untuk memasuki sistem.
  4. Sila pilih senarai SBP yang diinginkan.
rayuan smka

NOTA:

  • Tiada rayuan dibuka untuk ke Maktab Tentera DiRaja
  • Rayuan ke Kolej Vokasional & Sekolah Teknik boleh terus hadir ke Kolej Vokasional & Sekolah Teknik yang berdekatan

Baca juga: Senarai SBP: Ranking Sekolah Berasrama Penuh Terbaik Malaysia

Tarikh Pendaftaran Bagi Rayuan SBP 2024

Perndaftaran bagi rayuan kemasukan ke Sekolah Khusus Tahun 2024 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) adalah pada 22 April 2024.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), sila rujuk poster di bawah:

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh KPM
Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya Selangor.
Tel: 03-8321 7406 / 7408 / 7461 / 7467 / 7469 / 7471 / 7473/ 7542 / 7544 / 7546
(8.00 pagi – 5.00 petang)

Bahagian Pendidikan Islam KPM
Aras Bawah & 2, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya Selangor.
Tel: 03-8321 7327 / 7334 / 7371
(8.00 pagi – 5.00 petang)

Bahagian Pengurusan Maklumat KPM
Aras 3-4 Blok E11, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 WP Putrajaya.
Tel: 03- 8884 3509 / 3684
(8.00 pagi – 5.00 petang)

Info terkini, sila rujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) http://www.moe.gov.my/

ATAU

Hubungi hotline 03-8000 8000

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!