PIPOA (Pusat Intelek Pelajar Orang Asli)

Tawaran Kemasukan PIPOA (Pusat Intelek Pelajar Orang Asli)

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Intelek Pelajar Orang Asli (PIPOA) kini menawarkan pengambilan pelajar baharu bagi murid Orang Asli lepasan sekolah rendah.

Untuk makluman PIPOA merupakan pusat pendidikan di bawah pentadbiran Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA).

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai pengambilan pelajar baharu yang ditawarkan.

Baca Juga : Tawaran Bantuan Dermasiswa MUIP Untuk Pelajar Tahfiz, Pondok & IPT

Apakah PIPOA (PIPOA (Pusat Intelek Pelajar Orang Asli) ?

Mula beroperasi pada 1 Januari 2011, PIPOA ditubuhkan bagi memenuhi matlamat seperti berikut :

  • Melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah bersesuaian dengan falsafah pendidikan negara.
  • Menyediakan kemudahan pembelajaran yang sempurna dan kemudahan yang selesa kepada pelajar Orang Asli.
  • Meningkatkan tahap pendidikan dalam kalangan pelajar Orang Asli di peringkat menengah.
  • Menambah bilangan cerdik pandai Orang Asli yang mendapat pendidikan yang berterusan.
  • Mengurangkan kadar keciciran di kalangan generasi muda Orang Asli.
  • Menampung keperluan peluang belajar yang lebih luas kepada pelajar masyarakat Orang Asli yang tidak mendapat tawaran dari sekolah berasrama penuh kerajaan.
  • Memenuhi keperluan program kemasyarakatan Orang Asli (program pendidikan).
Tawaran Kemasukan PIPOA

Lokasi

Pelajar yang diterima bakal bersekolah di PIPOA yang terletak di alamat berikut :

Pusat Intelek Pelajar Orang Asli,
Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA),
KM1, Jalan Sabak,
26800 Kuala Rompin,
Pahang Darul Makmur.

Tarikh Tutup Permohonan

Pelajar Orang Asli yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan sebelum tarikh tutup iaitu 16 Februari 2023.

Syarat Kemasukan PIPOA


Pemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Hanya mereka yang menepati takrifan di bawah seksyen 3 di dalam Akta 134, Akta Orang Asli 1954 yang layak memohon kemasukan ke PIPOA.
  3. Menandatangani borang persetujuan penerimaan dan borang perjanjian ibu bapa/penjaga dengan pengurusan asrama.
  4. Penempatan asrama dan sekolah ditetapkan JAKOA.

Cara Memohon

Permohonan boleh dilakukan secara atas talian seperti berikut :

  1. Pergi ke pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdE1FOFYGyt4g1F7kiwbeiavei3B1Zhpy9MQrSvP9oPNo3ZXA/viewform?fbclid=IwAR3bT3TQeS2XUHNrVAhm8OYb5pvTTgy5ZtNDPyS0MDu53BbqcDFZpMnt59g.
  2. Isi maklumat yang diperlukan.
  3. Semua maklumat hendaklah diisi dengan lengkap dan betul.
  4. Klik “Submit” untuk menghantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai tawaran kemasukan PIPOA, sila hubungi Unit Pendidikan Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) seperti berikut :

  • Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Johor: 07-224 3901
  • Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Pahang: 09-515 6425
  • Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Perak/Kedah: 05-254 0009
  • Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Kelantan/Terengganu: 09-744 3488
  • Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Sembilan/Melaka: 06-763 8815
  • Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Selangor/Wilayah Persekutuan: 03-5519 0375
  • Pejabat Pusat Intelek Pelajar Orang Asli, Rompin Pahang: 09-414 5053
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!