Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) kini membuka permohonan Bantuan Dermasiswa MUIP bagi pelajar IPT / pondok yang boleh dipohon menerusi https://zakat4pengajian.muip.gov.my/appZ4P/.
Insentif ini ditawarkan bagi membantu pembiayaan pendidikan pelajar dan sebagai galakan kepada anak-anak Pahang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Ikuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai bantuan yang ditawarkan.

Mengenai Bantuan Dermasiswa MUIP
Bantuan Dermasiswa MUIP merupakan bantuan pendidikan yang disediakan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) untuk pelajar IPT / pondok daripada negeri tersebut.
Pemberian bantuan ini ditawarkan bagi membantu pembiayaan pendidikan pelajar dan sebagai galakan kepada anak-anak Pahang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Ini juga dapat membantu pelajar IPT / pondok yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pengajian di IPT / pondok masing-masing.
Tarikh Permohonan
Pelajar yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan secara atas talian bermula 1 April sehingga 30 November 2026.
Kadar Bantuan Dermasiswa
Kadar bantuan yang ditawarkan adalah berdasarkan peringkat pengajian seperti berikut :
- Diploma/Ijazah Sarjana Muda (Pengajian Islam): RM1,200
- Diploma/Ijazah Sarjana Muda (selain Pengajian Islam): RM800
- Tahfiz/Pondok: RM2,400
- Ijazah Sarjana Muda (Pengajian Islam/Perubatan) (ada tajaan) Negara Mesir: RM1,200 sehingga RM3,000
- Ijazah Sarjana Muda (Pengajian Islam/Perubatan) (tiada tajaan) Negara Mesir: RM6,000 sehingga RM9,000
- Ijazah Sarjana Muda (Pengajian Islam/Perubatan) (ada tajaan) Negara Jordan: RM1,200 sehingga RM3,000
- Ijazah Sarjana Muda (Pengajian Islam/Perubatan) (tiada tajaan) Negara Jordan: RM7,000 sehingga RM10,000
- Lain-lain negara: RM1,200 sehingga RM4,000
Syarat Permohonan
Pemohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :
- Beragama Islam.
- Bermastautin di Negeri Pahang iaitu alamat Kad Pengenalan beralamat di NEGERI PAHANG bagi Pemohon dan Ibu Bapa / Penjaga.
- Lulus peperiksaan tahun/semester terkini.
- Pemohon sedang mengikuti pengajian di peringkat MADRASAH / PONDOK, atau DIPLOMA atau IJAZAH SARJANA MUDA sepenuh masa sahaja.
Cara Memohon
Panduan permohonan Bantuan Dermasiswa MUIP seperti berikut :
- Layari laman web iaitu https://zakat4pengajian.muip.gov.my/appZ4P/.
- Klik bahagian ‘Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.’
- Klik bahagian ‘Daftar sebagai Pengguna Baharu.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik ‘Proses Pendaftaran Pengguna.’
- Log masuk dengan memasukkan kad pengenalan dan kata laluan.
- Buat permohonan sehingga selesai.
Soalan Lazim
Bantuan Dermasiswa MUIP merupakan bantuan pendidikan yang disediakan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) untuk pelajar IPT / pondok daripada negeri tersebut.
Tarikh permohonan dibuka mulai 1 April sehingga 30 November 2026.
– Diploma/Ijazah Sarjana Muda (Pengajian Islam): RM1,200
– Diploma/Ijazah Sarjana Muda (selain Pengajian Islam): RM800
– Tahfiz/Pondok: RM2,400
– Ijazah Sarjana Muda (Pengajian Islam/Perubatan) (ada tajaan) Negara Mesir: RM1,200 sehingga RM3,000
– Ijazah Sarjana Muda (Pengajian Islam/Perubatan) (tiada tajaan) Negara Mesir: RM6,000 sehingga RM9,000
– Ijazah Sarjana Muda (Pengajian Islam/Perubatan) (ada tajaan) Negara Jordan: RM1,200 sehingga RM3,000
– Ijazah Sarjana Muda (Pengajian Islam/Perubatan) (tiada tajaan) Negara Jordan: RM7,000 sehingga RM10,000
– Lain-lain negara: RM1,200 sehingga RM4,000
Tidak. Pemohon mestilah bermastautin di Negeri Pahang.
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://zakat4pengajian.muip.gov.my/appZ4P/.
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Dermasiswa MUIP, sila layari laman rasmi MUIP di pautan : http://www.muip.gov.my/.
Baca juga: Permohonan Tingkatan 6 Tahfiz SMKA & SABK 2026/2027




