Prihatin dengan keadaan ekonomi sekarang, MYDIN, rangkaian pasar raya dan pemborong halal terbesar di Malaysia kini tampil dengan satu kempen yang cukup menarik iaitu Kempen Pilihan Raya MYDIN 2025 bertemakan “Pilihan Rakyat, Harga Rakyat”.
Kempen ni bukan biasa-biasa tau, sebab MYDIN menawarkan pelbagai ganjaran lumayan dan diskaun hebat dengan nilai keseluruhan mencecah RM6.8 juta! Antara promosi yang akan mencuri perhatian ialah “Janji PWP Ditepati” dan “Manifesto Ahli Meriah”.
Yang paling unik, pelanggan MYDIN boleh “mengundi” jenama kegemaran mereka, seolah-olah macam suasana pilihan raya sebenar!
Sebanyak 26 ‘kerusi Parlimen’ dan 85 ‘kerusi DUN’ akan dipertandingkan. Undi boleh dibuat melalui aplikasi MYDIN Rewards, dan jenama yang paling banyak undi akan dinobatkan sebagai YB (Yang Berharga).

3 Tawaran Menarik Dari Mydin Untuk Rakyat Malaysia!
Datuk Ameer telah mengumumkan beberapa inisiatif penting sebagai tanda penghargaan kepada seluruh pelanggan setia Mydin.
Kempen ini menawarkan pelbagai ganjaran menarik dan diskaun hebat melalui Rezeki Rakyat, Ganjaran Rakyat, Cashback Rakyat, dengan nilai keseluruhan mencecah RM6.8 juta kepada rakyat Malaysia, termasuk promosi seperti “Janji PWP Ditepati” dan “Manifesto Ahli Meriah”.
Jom ketahui apakah insiatif itu dan apa yang rakyat Malaysia boleh nikmati!
- Ganjaran Rakyat
Pengundi melalui aplikasi MYDIN Rewards dari 1 hingga 16 September 2025 berpeluang menang baucar dan cashback bernilai lebih RM400,000!
- Cashback Rakyat
Dari 25 Julai hingga 5 Oktober 2025, pengguna e-dompet terpilih seperti Atome, Boost, MCash, SPayLater, Shopback dan Setel boleh nikmati diskaun & cashback sehingga RM300,000 di semua cawangan MYDIN.
- Rezeki Rakyat
Pilih produk kegemaran anda dan nikmati diskaun eksklusif, promosi khas, serta peluang sertai peraduan & permainan Cash Out melalui MYDIN Pay. Total nilai? Sehingga RM1.68 juta!
Semoga pengumuman ini membawa nafas kelegaan buat rakyat terbanyak sepanjang kempen Pilihan Raya MYDIN 2025.
Pilihan Rakyat, Harga Rakyat!



Cara Mengundi
JOM MENGUNDI UNTUK PILIHAN RAYA MYDIN 2025!
Berlangsung dari 24 Julai – 31 Ogos 2025, setiap pembelian satu barang = satu undi!
Jadi, undilah jenama kegemaran anda di MYDIN hari ini juga!
Ikuti 3 langkah ini untuk mengundi:
- Beli produk jenama yang bertanding
- Undian dikira secara automatik bila anda membeli barang
- Setiap pembelian = 1 undi untuk jenama pilihan anda!
Mudah je kan? Tapi ingat, mesti ikut tempoh kempen ni tau…
- 24 Julai – 31 Ogos 2025 : Setiap pembelian satu unit produk dari jenama yang ambil bahagian di mana-mana cawangan MYDIN dikira sebagai satu undi.
- 1 – 16 September 2025 : Pelanggan boleh terus mengundi secara online melalui aplikasi MYDIN Rewards.


Katalog Promosi & Diskaun Sempena Pilihan Raya MYDIN 2025
Jom tengok barang-barang yang murah dan diskaun terhebat di MYDIN sempena Pilihan Raya MYDIN 2025 untuk anda tambah stok di rumah minggu ini.
EDISI PASAR RAYA BESAR: 21 OGOS – 8 SEPTEMBER 2025




































MUAT TURUN KATALOG (PDF):
Tengok katalog lengkap : https://mydin.my/promotions/promosi-pilihan-raya-mydin
Tarikh Kempen & Pengumuman Keputusan ‘Pilihan Raya’ Mydin
- Tarikh Kempen: 24 Julai – 6 Oktober 2025
- Keputusan Pilihan Raya MYDIN: Akan diumumkan pada 18 September 2025.
Menarik kan! Agaknya siapa yang menang nanti ya?
Untuk info lanjut, layari www.mydin.my atau follow media sosial rasmi MYDIN Malaysia.
Muat turun aplikasi MYDIN Rewards di:
- App Store: apps.apple.com/my/app/mydin-rewards/id6478905253
- Play Store: http://play.google.com/store/apps/details…
Jangan lupa juga nikmati promosi dan diskaun hebat yang menanti sempena bulan kemerdekaan (EDISI PASAR RAYA BESAR) bermula 21 Ogos – 8 September 2025. Promosi dan diskaun hanya boleh didapati di Pasar Raya Besar MYDIN di Semenanjung Malaysia.

Mengenai MYDIN Malaysia
Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) merupakan rangkaian pemborong dan peruncitan terbesar tempatan yang beroperasi sejak Ogos 1957.
Dengan slogan Mengapa Bayar Lebih? Belilah Dengan Harga Borong! MYDIN terus menjadi penggerak utama industri peruncitan halal bagi membekalkan pelbagai pilihan produk berkualiti yang berorientasikan polisi harga borong setiap hari.
MYDIN kini mempunyai 69 cawangan seluruh negara melibatkan tujuh format perniagaan. Layari laman sesawang rasmi www.mydin.my untuk maklumat lanjut.




