Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Perniagaan Inklusif merujuk kepada model perniagaan yang berdaya maju secara komersial (mencari keuntungan) tetapi pada masa yang sama melibatkan golongan berpendapatan rendah (B40) atau komuniti marginal ke dalam rantaian nilai teras mereka.

Di Malaysia, agenda ini diterajui secara rasmi oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bersama SME Corp. Malaysia bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang merata dan mampan.

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai Perniagaan Inklusif (IB) untuk panduan anda.

Apa itu Perniagaan Inklusif (IB)?

Perniagaan yang berdaya maju secara komersial & dalam masa yang sama melibatkan komuniti inklusif ke dalam rantaian nilai / bekalan perniagaan sebagai:

  • Pembekal (atau)
  • Pengedar (atau)
  • Peruncit (atau)
  • Rakan Penyumberluaran
perniagaan inklusif
Sumber: SME Corp. Malaysia

Mekanisme Perniagaan Insklusif

Syarikat IB akan menyerap komuniti Insklusif dalam rantaian nilai mereka:

  • Sebagai Pengedar atau Peruncit: Contohnya, melatih makcik-makcik suri rumah atau belia luar bandar jadi ejen jualan, stokis, atau wakil logistik sah untuk produk syarikat anda.
  • Sebagai Pembekal: Contohnya, syarikat anda membeli hasil pertanian terus daripada petani kecil B40 dengan jaminan harga yang adil, bukan tekan harga mereka.
  • Sebagai Rakan Penyumberluaran (Outsourcing): Contohnya, pihak syarikat anda memberi sub-kontrak kerja-kerja kilang seperti pembungkusan produk atau khidmat menjahit pakaian kepada komuniti marginal atau pusat latihan OKU tempatan.

Siapa Komuniti Inklusif?

Golongan berpendapatan rendah (B40) yang merangkumi:

  • WANITA: Wanita dari semua peringkat umur & latar belakang
  • BELIA: Anak muda yang berpotensi
  • ORANG KURANG UPAYA (OKU): Individu dengan keperluan khas
  • ETNIK MINORITI: Komuniti & masyarakat yang terpinggir
  • PESARA: Individu yang telah bersara
  • BEKAS BANDUAN: Individu yang ingin kembali ke masyarakat & memulakan hidup baharu
  • INDIVIDU HILANG PEKERJAAN: Mereka yang sedang mencari peluang & memerlukan sokongan
perniagaan inklusif 2
Sumber: SME Corp. Malaysia

Cara Sertai Perniagaan Inklusif (IB) 2026

Untuk menajadi Perniagaan Inklusif (IB) di Malaysia bagi tahun 2026, syarikat anda perlu diiktiraf terlebih dahulu. Rujuk cara-caranya di bawah:

Langkah 1: Syarikat kemukakan maklumat & profil syarikat melalui emel [email protected]
Langkah 2: Permohonan disemak
Langkah 3: Sesi konsultasi akan diadakan sekiranya dokumen lengkap
Langkah 4: Pertimbangan Jawatankuasa
Langkah 5: Syarikat diiktiraf sebagai PERNIAGAAN INKLUSIF oleh KUSKOP

      perniagaan inklusif 3
      Sumber: SME Corp. Malaysia

      Maklumat Lanjut dan Soalan Lazim Perniagaan Insklusif

      Untuk maklumat lanjut dan rujukan rasmi mengenai Perniagaan Inklusif (IB), anda boleh layari portal rasmi kepada SME Corp. Malaysia.

      Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi: 03-9213 0077

      Soalan Lazim

      Apakah beza Perniagaan Inklusif (IB) dengan Corporate Social Responsibility (CSR)?

      – IB ialah model perniagaan teras terancang yang mencari keuntungan penuh (komersial) yang mampan, tetapi rantaian operasinya wajib menyerap masuk golongan B40 sebagai rakan kongsi produktif.
      – CSR bersifat kebajikan, tidak berasaskan keuntungan, dan bergantung kepada peruntukan bermusim syarikat (pendermaan).

      Siapa yang layak memohon Pengiktirafan Perniagaan Inklusif (IB)?

      Terbuka kepada semua status entiti perniagaan berdaftar dengan SSM termasuk PMKS, Syarikat Multinasional (MNC), dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)

      Adakah status Pengiktirafan IB ini diwajibkan oleh kerajaan?

      Tidak wajib. Kelulusan status ini adalah inisiatif sukarela untuk mengiktiraf syarikat yang berjaya membuktikan model perniagaan mereka membawa impak sosial yang mampan kepada masyarakat tempatan.

      Apakah 4 cara utama syarikat boleh melibatkan Komuniti Inklusif (B40)?

      Syarikat boleh memilih untuk menyerap golongan B40, OKU, belia, etnik minoriti, pesara, atau bekas banduan ke dalam rantaian nilai mereka sebagai:
      Pembekal: Membeli bahan mentah terus daripada pengeluar mikro B40 dengan jaminan harga adil.
      Pengedar: Melatih komuniti menjadi ejen jualan, stokis, atau pengurus logistik berlesen.
      Peruncit: Membuka ruang pasaran atau kedai kecil mesra komuniti.
      Rakan Penyumberluaran: Memberikan kontrak sub-kerja pihak ketiga (contoh: khidmat pembungkusan atau jahitan).

      Anda mungkin layak menerima bantuan.
      Semak Sekarang
      PENULIS