Permohonan TABIKA KEMAS 2027 – Dibuka Mulai 1 Mei 2026

permohonan tabika kemas
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Proses permohonan TABIKA KEMAS secara dalam talian akan dibuka pada 1 Mei 2026. Pembukaan pendaftaran ini dibuat selepas proses pendaftaran kanak-kanak berusia enam tahun bagi sesi persekolahan Tahun Satu 2027 selaras dengan fasa pelaksanaan RPN 2026–2035. Isi permohonan di pautan ini: https://ceria.kemas.gov.my/

Perkara ini telah dimaklumkan secara rasmi oleh Ketua Pengarah Kemas, melalui sosial media KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat bertarikh 8 April 2026 seperti dalam paparan tangkap layar yang kami kongsikan di bawah :

Permohonan boleh dibuat secara online (https://ceria.kemas.gov.my/) atau secara manual dengan menghantar borang pendaftaran secara fizikal di Pejabat KEMAS atau TABIKA/TASKA KEMAS yang berhampiran.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang lokasi Tadika KEMAS ini dan syarat-syarat bagi pendaftaran bagi anak-anak yang berkenaan.

Apakah Tabika / Taska KEMAS?

Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak menyelaraskan dan menguruskan Program Pendidikan Awal Kanak-kanak mengikut Kurikulum Standard   Pra sekolah   Kebangsaan (KSPK) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Dasar Asuhan dan Kurikulum PERMATA Negara adalah bagi Taska

Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS terbahagi kepada dua kategori iaitu:

  1. Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) :kanak-kanak 2 – 4 Tahun
  2. Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) : Kanak-kanak 4 – 6 Tahun

TABIKA KEMAS Terima Kanak-Kanak 4-6 Tahun

TABIKA KEMAS akan membuka permohonan bagi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun untuk mengikuti Pendidikan Awal Kanak-Kanak bagi sesi tahun 2027.

Pendaftaran ini melibatkan lebih 10,538 TABIKA KEMAS di seluruh negara bagi memberi peluang kepada lebih ramai kanak-kanak mendapat pendidikan awal yang berkualiti.

Proses pendaftaran secara dalam talian bagi TABIKA KEMAS akan mula dibuka pada pertengahan April 2026. Ini selepas pendaftaran anak-anak berusia enam tahun pada 2027 untuk mengikuti persekolahan Tahun Satu Sekolah Kebangsaan yang kini sedang berjalan sehingga 31 Mac 2026 sesuai dengan fasa pelaksanaan RPN 2026–2035 ditutup.

Ibu bapa dan penjaga disarankan untuk bersedia membuat permohonan bagi memastikan anak-anak tidak terlepas peluang mengikuti pendidikan awal di TABIKA KEMAS.

Kredit: Tabika Kemas Kpg Baru Dalat

Syarat Kemasukan / Pendaftaran

  1. Kanak-kanak yang mempunyai status Warganegara Malaysia atau salah seorang ibubapa Warganegara.
  2. Terbuka untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun (Keutamaan untuk kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun).
  3. Kemasukan bergantung kepada kekosongan tempat di premis yang dipilih
  4. Keputusan sama ada permohonan diterima atau tidak akan dimaklumkan melalui email ibu atau ayah.

Dokumen yang perlu di bawa semasa pendaftaran :-

  1. Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak/ MyKid;
  2. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.
  3. Salinan Buku Rekod Kesihatan Anak (Rekod Imunisasi)
  4. Gambar anak berukuran (format JPG / JPEG)
  5. Salinan slip gaji / pengesahan pendapatan ibu bapa / penjaga

Pastikan dokumen ini disimpan dan disediakan dalam bentuk PDF :-

  1. Sijil kelahiran anak
  2. MyKid anak
  3. Bil utiliti rumah (bil api / air)
  4. Gambar anak
  5. Gambar ibu dan ayah
  6. Kad pengenalan ibu
  7. Kad pengenalan ayah
  8. Rekod imunisasi anak
  9. Slip gaji ayah
    • Jika bekerja sendiri – Sila dapatkan surat pengesahan gaji daripada Ketua Kampung atau ADUN (berserta cop dan tandatangan). Ambil gambar dan jadikan dalam bentuk PDF.
  10. Slip gaji ibu – Perlu pengesahan majikan (cop dan tandatangan majikan)
  11. Surat pengesahan anak angkat (jika berkaitan) dan dokumen sokongan lain

Nota:

  • Pastikan semua slip gaji ibu dan bapa DISAHKAN oleh majikan (cop dan tandatangan)
  • Pastikam semua dokumen lengkap dan jelas sebelum disimpan dalam bentuk PDF
  • Dokumen yang tidak lengkap atau tidak jelas mungkin menyebabkan permohonan tidak dapat diproses
  • Pastikan semua dokumen lengkap sebelum mengisi borang bagi memudahkan proses pendaftaran

Senarai Tabika / Taska KEMAS Seluruh Malaysia

Bagi mendapatkan maklumat lanjut , sila rujuk terus ke Tabika yang dipohon atau menghubungi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri/Daerah yang berhampiran.

Tarikh Permohonan

Proses permohonan TABIKA KEMAS akan dibuka mulai 1 Mei 2026 (Jumaat) sehingga 31 Julai 2026 (Jumaat).

Cara Pendaftaran TABIKA / TASKA KEMAS

Berikut adalah cara untuk mendaftar dan membuat permohonan kemasukan ke TABIKA / TASKA KEMAS”

  1. Layari portal Kemas EduCeria : https://ceria.kemas.gov.my/
  2. Klik butang “Daftar Sekarang”
  3. Klik “Cipta Akaun Baharu”
  4. Isi maklumat profil menggunakan MyKad ibu atau bapa. Masukkan butiran anak dan penjaga.
  5. Cipta kata laluan dan sahkan.
  6. Pilih lokasi TABIKA pilihan anda.
  7. Ambil gambar atau muat naik dokumen yang diperlukan.
  8. Semak butiran yang diisi dan hantar.
  9. Tunggu notifikasi keputusan.
permohonan tabika kemas

CARTA ALIR PROSES PERMOHONAN KEMASUKAN KE TABIKA / TASKA

permohonan tabika kemas
Kredit: Tabika Kemas Sungai Keluang

Yuran dan Waktu Operasi Tabika KEMAS

Yuran Tabika Kemas

Tabika KEMAS menawarkan pendidikan prasekolah berkualiti dengan yuran mampu milik supaya semua kanak-kanak, khususnya di kawasan luar bandar, mendapat akses kepada pendidikan awal.

Jenis YuranKadar (RM)Keterangan
Yuran Pendaftaran10.00Bayaran sekali sahaja semasa pendaftaran
Yuran Bulanan20.00 – 30.00Bergantung kepada negeri dan lokasi
Yuran Aktiviti30.00Setahun untuk aktiviti kokurikulum
Yuran Buku & Bahan50.00Setahun untuk buku teks dan bahan pembelajaran
Nota: Yuran boleh berbeza ikut negeri dan keputusan pihak pengurusan tempatan. Bantuan kewangan juga disediakan untuk keluarga yang layak.

Waktu Operasi

Tabika KEMAS beroperasi mengikut jadual yang ditetapkan bagi memastikan murid menerima pembelajaran yang mencukupi, sambil memberi sedikit fleksibiliti kepada ibu bapa.

HariWaktu OperasiCatatan
Isnin – Khamis8:00 pagi – 12:00 tengah hariSesi pembelajaran penuh
Jumaat8:00 pagi – 11:30 pagiSesi pembelajaran pendek
Sabtu & AhadCutiTidak beroperasi
Cuti UmumCutiMengikut kalendar cuti sekolah

Jadual Harian Tabika

Aktiviti harian di Tabika KEMAS disusun secara sistematik untuk memastikan perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

MasaAktiviti
8:00 – 8:30Perhimpunan & Doa
8:30 – 9:00Sarapan & Rehat
9:00 – 10:00Aktiviti Pembelajaran 1 (Bahasa/Matematik)
10:00 – 10:30Rehat & Snek
10:30 – 11:30Aktiviti Pembelajaran 2 (Sains/Seni/Kokurikulum)
11:30 – 12:00Penutup, Doa & Pulang

Cuti & Perayaan

Tabika KEMAS mengikut kalendar cuti sekolah yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia termasuk:

  • Cuti Penggal Pertengahan Tahun (1 minggu)
  • Cuti Akhir Tahun (4-5 minggu)
  • Cuti Perayaan (Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, dll)
  • Cuti Umum mengikut negeri masing-masing

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan info terkini dan maklumat lanjut, sila hubungi pejabat KEMAS daerah atau negeri yang berkaitan. Anda juga boleh rujuk saluran berikut:

Soalan Lazim Permohonan Tabika Kemas 2027

Bilakah permohonan TABIKA KEMAS 2027 dibuka?

Permohonan TABIKA KEMAS bagi sesi 2027 akan dibuka mulai 1 Mei 2026 hingga 31 Julai 2026

Kanak-kanak umur berapa boleh memohon TABIKA KEMAS?

Permohonan TABIKA KEMAS 2027 dibuka kepada kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun untuk mengikuti program pendidikan awal kanak-kanak yang disediakan oleh KEMAS. Keutamaan diberikan kepada keluarga berpendapatan rendah.

Apakah perbezaan TASKA KEMAS dan TABIKA KEMAS?

Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS terbahagi kepada dua kategori utama iaitu:
TASKA KEMAS – untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun
TABIKA KEMAS – untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun

Bagaimana cara membuat permohonan TABIKA KEMAS 2027?

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman rasmi KEMAS: https://ceria.kemas.gov.my/

Tiada permohonan secara borang manual.

Apakah kurikulum yang digunakan di TABIKA KEMAS?

Program pendidikan di TABIKA KEMAS dilaksanakan mengikut Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Apa yang perlu ibu bapa lakukan sebelum permohonan dibuka?

Ibu bapa atau penjaga disarankan untuk bersedia membuat permohonan sebaik sahaja pendaftaran dibuka supaya anak-anak tidak terlepas peluang mengikuti pendidikan awal di TABIKA KEMAS.

Boleh guna telefon untuk isi permohonan dari sistem ini?

Sangat boleh! Portal ini direka untuk mesra telefon pintar. Ambil gambar dokumen guna kamera telefon dan muat naik segera.

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut