Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) sedang membuka permohonan jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH9 dan DH12 untuk pensyarah Politeknik dan Kolej Komuniti bagi tahun 2026. Bagi calon yang berminat, sila layari portal rasmi SPP di https://www.spp.gov.my/ untuk permohonan.

Rujuk maklumat lanjut permohonan dan syarat kelayakan di bawah.

Hebahan Iklan Pengambilan PPPT Gred DH12 & DH 9

𝐒𝐄𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆: 𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐉𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 (𝐏𝐏𝐏𝐓) 𝐆𝐫𝐞𝐝 𝐃𝐇𝟏𝟐 𝐃𝐚𝐧 𝐃𝐇𝟗 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) ingin mempelawa pemohon yang berminat untuk memohon jawatan sebagai Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) bagi mengisi kekosongan di Semenanjung Tahun 2026.

Pemohon yang berminat perlu mengemukakan permohonan atau pengemaskinian secara dalam talian melalui sistem mySPP.

Maklumat bidang-bidang yang ditawarkan boleh disemak DI SINI.

Tarikh tutup iklan adalah pada 10 September 2026 (Khamis).

Peringatan:

  1. Pemohon adalah diingatkan untuk meneliti syarat-syarat/maklumat berkaitan jawatan sebelum membuat sebarang permohonan atau pengemaskinian. Syarat-syarat/maklumat berkaitan jawatan adalah seperti DI SINI.
  2. Pemohon juga diingatkan untuk membaca terlebih dahulu Panduan Pengguna mySPP dan memastikan maklumat yang diisi/ dikemas kini dalam mySPP adalah tepat. Sebarang kesilapan dalam mengisi atau mengemas kini maklumat akan menjejaskan peluang untuk dipanggil temu duga.
  3. Hanya pemohon yang memenuhi syarat dan melepasi tapisan sahaja akan dipertimbangkan untuk panggilan temu duga.
  4. Pemohon TIDAK DIBENARKAN untuk mengemas kini permohonan daripada tarikh tutup hebahan bermula 11 September 2026 hingga 10 Oktober 2026.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui laman web spp.spab.gov.my atau menghubungi talian di bawah:

Contact_Pengambilan.png

Syarat Kelayakan & Bidang Ditawarkan

Rujuk syarat kelayakan mengikut bidang ditawarkan di bawah:

PPPT GRED DH12 (SEMENANJUNG)

BIDANGKELAYAKAN AKADEMIKSIJIL KOMPETENSI/SIJIL PROFESIONAL
Senibina– Ijazah Sarjana Muda Senibina dengan Kepujian bersama dengan Sijil Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) Bahagian II atau setaraf ; atau
– Sarjana Senibina bersama dengan Sijil Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) Bahagian II atau setaraf
– Sijil Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) Bahagian III
Penyelenggaraan Pesawat– Lesen B1.1 yang diiktiraf oleh CAAM dengan Jenis Penarafan (Type Rated) (penuh termasuk Kerangka Pesawat, Enjin & Elektrikal)
– Jenis Penarafan (Type Rated): mana-mana Pesawat Boeing, Pesawat Airbus dan sebagainya
– Memiliki Kelulusan (Pengalaman menandatangani pelepasan pesawat sekurang-kurangnya 2 tahun)

Nota: Jawatan Penilai (Assessor) amat diperlukan dan wajib mempunyai pengalaman menandatangani pelepasan pesawat pendaftaran 9M di Malaysia.

PPPT GRED DH9 (SEMENANJUNG)

BIDANGKELAYAKAN AKADEMIK
Elektrik Marin– Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Marin) dengan Kepujian
Pembinaan Kapal– Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Senibina dan Pembinaan Kapal) dengan Kepujian
– Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Kepujian) Senibina dan Pembinaan Kapal
– Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Senibina Kapal) dengan Kepujian
– Sarjana Muda Kejuruteraan (Senibina Kapal dan Kejuruteraan Luar Pantai)
Kejuruteraan Perkapalan– Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Marin dengan Kepujian/Sarjana Kejuruteraan (Teknologi Marin)
– Sarjana Muda Kejuruteraan Marin
Senibina– Ijazah Sarjana Muda Senibina dengan Kepujian bersama dengan Sijil Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) Bahagian II atau setaraf
– Sarjana Muda Sains (Pengajian Senibina)(Kepujian)
– Ijazah Sarjana Muda Sains Senibina dengan Kepujian
– Sarjana Muda Sains (Kepujian) Senibina
– Sarjana Muda Sains Senibina dengan Kepujian
Penyelenggaraan Pesawat– Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pesawat dengan Kepujian
– Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pesawat (Kepujian) dalam Avionik
– Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pesawat (Kepujian) dalam Mekanikal
– Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Aeronautik (Penyelenggaraan Pesawat) dengan Kepujian
Seni Kulinari– Sarjana Muda Sains Pengurusan Seni Kulinari (Kepujian)
– Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Seni Kulinari
Sains Komputer– Sarjana Muda dalam Sains Komputer (Kepujian)
– Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian)
– Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian
Bahasa Inggeris– Sarjana Muda Pendidikan TESL
Spa dan Kecantikan– Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kecantikan (Kepujian)
– Bacelor Kecantikan dan Pengurusan Rambut (Kepujian)
Automotif– Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
– Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal-Automotif) (Kepujian)
– Sarjana Muda Kejuruteraan Automotif Dengan Kepujian
Logistik dan Pengangkutan– Sarjana Muda Pengurusan Logistik dan Operasi
– Sarjana Muda Logistik
– Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Logistik dan Pengangkutan)
– Sarjana Muda Logistik Perindustrian
– Sarjana Muda Pengurusan Logistik Dan Rangkaian Bekalan
Penyejukan dan Penyamanan Udara– Sarjana Muda Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
– Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Sistem Penyejukan dan Penyamanan Udara)
– Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Kepujian) Penyamanan Udara dan Penyejukan Industri
– Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Penyamanan Udara dan Penyejukbekuan)
Sains Kesetiausahaan– Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Dengan Kepujian
– Ijazah Sarjana Muda Sistem Pengurusan Pejabat Dengan Kepujian

NOTA: Syarat-syarat/maklumat berkaitan jawatan boleh rujuk DI SINI.

Permohonan Pensyarah Politeknik & Kolej Komuniti
Permohonan Pensyarah Politeknik & Kolej Komuniti

Cara Mohon Permohonan Pensyarah Politeknik & Kolej Komuniti

Permohonan jawatan jawatan pensyarah Politeknik dan Kolej Komuniti iaitu Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH9 dan DH12 mesti dilakukan secara dalam talian melalui Sistem mySPP.

Pengambilan ini dikendalikan sepenuhnya oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

  1. Layari portal permohonan rasmi di Sistem mySPP.
  2. Sila pilih “Daftar Akaun Baru” jika anda pertama kali menggunakan sistem tersebut.
  3. Masukkan maklumat asas seperti Nombor Kad Pengenalan dan alamat e-mel yang aktif.
  4. Jika sudah mempunyai akaun, terus pilih menu “Log Masuk”.
  5. Sila isi bahagian Maklumat Pemohon dengan butiran peribadi terkini anda.
  6. Klik bahagian Maklumat Akademik dan masukkan tahap kelulusan pengajian anda (Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, atau PhD).
  7. Buka ruangan “Maklumat Jawatan” dalam sistem.
  8. Cari bahagian “Jawatan Yang Dimohon (SPP)”. Lengkapkan bahagian ini.
  9. Pergi ke bahagian Pengakuan Pemohon.
  10. Pastikan anda menyemak semula semua maklumat yang dimasukkan sebelum menekan butang hantar.
  11. Klik butang HANTAR. Status permohonan anda mestilah bertukar menjadi “Sah” untuk disifatkan berjaya dihantar.

    Tarikh Tutup

    Tarikh tutup rasmi untuk iklan pengambilan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH12 dan DH9 bagi Semenanjung adalah pada 10 September 2026 (Khamis).

    Profil calon akan dikunci secara automatik bermula 11 September hingga 10 Oktober 2026 bagi fasa pemprosesan data. Jadi, pastikan anda mengemaskini dan menghantar permohonan sebelum tarikh tutup.

    Maklumat Lanjut

    Dapatkan maklumat lanjut dan info terkini Permohonan Pensyarah Politeknik dan Kolej Komuniti melalui:

    1. Laman sesawang Sistem mySPP
    2. Facebook Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan

    Soalan Lazim Permohonan Pensyarah Politeknik dan Kolej Komuniti

      Adakah saya wajib mempunyai Diploma Pendidikan (DPLI) untuk memohon?

      Tidak perlu. Skim perkhidmatan DH (Politeknik & Kolej Komuniti) tidak mewajibkan calon memiliki Diploma Pendidikan semasa memohon. Saringan dibuat berdasarkan kesesuaian ijazah dengan bidang opsyen yang diiklankan.

      Nama ijazah saya hampir sama tetapi ada sedikit perbezaan perkataan dengan iklan. Bolehkah saya memohon?

      Boleh dimasukkan dalam sistem, tetapi keputusan saringan bergantung kepada jawatankuasa teknikal SPP. Pastikan program ijazah anda telah mendapat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

      Saya kena mohon di mana?

      Di portal rasmi Sistem mySPP. Jangan mohon di SPA9 sebab jawatan ini dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

      Bila tarikh tutup permohonan?

      Tarikh akhir untuk menghantar permohonan ialah pada 10 September 2026.

      Apa syarat kelayakan paling asas?

      Anda mesti mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang diiklankan (seperti IT, Kejuruteraan, Kulinari, dll.) dan lulus Bahasa Melayu SPM.

      Di mana saya akan ditempatkan jika lulus?

      Anda akan ditempatkan sama ada di Politeknik atau Kolej Komuniti di seluruh Semenanjung Malaysia, bergantung kepada keperluan cawangan.

      Penulis