Permohonan Bantuan Peralatan Pesakit Untuk Veteran ATM

Sukacita dimaklumkan Bantuan Peralatan Pesakit Untuk Veteran ATM kini dibuka untuk permohonan.

Inisiatif ini digerakkan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) untuk veteran ATM dan orang tanggungan mengikut keperluan pesakit.

Baca Juga : Cara Daftar Kad Tentera Veteran ATM & Skim Bantuan JHEV

Bantuan Peralatan Pesakit Untuk Veteran ATM

Bantuan ini merupakan bantuan kewangan kepada veteran ATM atau tanggungan mereka untuk membeli peralatan bantuan sokongan seperti kerusi roda, tingkat, katil, tilam dan peralatan sokongan lain yang ditetapkan.

Bantuan Peralatan Pesakit Untuk Veteran ATM

Kadar Bantuan

Untuk makluman, sumbangan akan diberikan secara sekaligus dengan jumlah maksim RM 5,000.

Syarat Kelayakan

Pemohon yang berminat perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :

  1. Pemohon memiliki kad veteran
  2. Pemohon tidak diberhentikan atas dasar tatatertib
  3. Anak yatim veteran berusia di bawah 18 tahun. Tiada had umur bagi anak tanggungan yang cacat kekal
  4. Permohonan dikemukakan dalam tempoh setahun dari tarikh pembelian atau syor pegawai perubatan. Permohonan bagi peralatan yang sama layak dipertimbangkan selepas tempoh 5 tahun.
  5. Permohonan hendaklah disertakan dengan laporan atau memo daripada pegawai perubatan kerajaan bagi menyokong keperluan, sebut harga atau resit asal pembelian.

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

Pemohon dikehendaki untuk sertakan dokumen-dokumen seperti berikut :

  1. Borang JHEC.BK.2019
  2. Buku Perkhidmatan
  3. Siji kematian veteran / pasangan
  4. Kad veteran
  5. Mykad veteran/pasangan/anak
  6. Laporan perubatan (RM 2,000 ke atas)
  7. Sijil lahir /sijil anak angkat
  8. Sijil angkat
  9. Buku akaun bank
  10. Kad OKU
  11. 3 sebutharga dari 3 pembekal berbeza
  12. Resit asal

Cara Mohon Bantuan Peralatan Pesakit Untuk Veteran ATM

Pemohon yang menepati syarat kelayakan boleh lakukan permohonan dengan menghantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke Pejabat JHEV Cawangan Negeri di mana pemohon menetap.

Borang permohonan boleh di muat turun di pautan di bawah :  

Nota : Pastikan semua butiran adlaah tepat serta benar. Permohonan akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan.

Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan panel Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan dan Pendidikan JHEV.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila layari pautan berikut :

https://www.jhev.gov.my/

Pemohon juga boleh hubungi talian Call Centre JHEV di : 03-26976600 atau JHEV Cawangan Negeri berdekatan.  

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!