Cara Dapatkan Bank Statement Maybank (Penyata Kewangan)

Anda pelanggan Maybank dan ingin dapatkan penyata kewangan Maybank?

Setiap kali menyelesaikan urusan perbankan internet, anda akan diberikan resit bukti transaksi tersebut sebagai simpanan.

Resit ini boleh menjadi rujukan untuk anda dan pihak penerima wang tersebut (sekiranya transaksi pemindahan wang dilakukan).

Walau bagaimanapun, dalam sesetengah urusan yang lebih besar dan rasmi seperti pembelian kereta, rumah dan seumpamanya anda mungkin memerlukan penyata kewanga akaun anda.

Apa itu penyata kewangan atau account statement?

penyata maybank

Penyata kewangan adalah satu dokumen yang menyenaraikan urusan kewangan akaun anda, antaranya jumlah atau amaun duit debit dan kredit beserta tarikhnya.

Penyata akaun biasanya diperlukan untuk urusan rasmi pembelian berjumlah besar seperti pembelian rumah dan kereta kerana pihak bank yang memberikan pinjaman mahu memastikan beberapa perkara berikut:

  1. Pengurusan kewangan anda
  2. Aliran keluar masuk duit anda
  3. Duit tunai yang anda miliki dalam akaun

Penyata kewangan ini seterusnya akan memudahkan pihak bank yang memberikan pinjaman untuk pembelian rumah dan kereta, contohnya, sama anda anda layak untuk membuat pinjaman tersebut ataupun tidak.

Dapatkan penyata Maybank secara online

Cara termudah untuk mendapatkan account statement adalah secara online sahaja melalui portal Maybank2u anda.

Belum mendaftarkan akaun dengan Maybank2u?

Baca tutorial Cara Daftar Maybank2u Online Banking Dalam 5 Minit Saja terlebih dahulu dan kemudian ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Log masuk ke Maybank2u
  2. Pada bahagian menu, pilih e-Bills & Statements
  3. Klik pada tiga titik akaun anda (berada di penjuru kanan kotak) MAE/Savings Account dll.
  4. Pilih View Statements
  5. Penyata Maybank anda akan dipaparkan. Anda boleh tetapkan tarikh untuk account statement tersebut
  6. Klik pada butang “Dowload” atau “Muat turun” untuk memuat turun penyata Maybank tersebut
  7. Sekiranya penyata kewangan ini perlu dihantar secara fizikal, maka print sahaja penyata kewangan ini.
  8. Selesai

Dapatkan penyata Maybank dari kaunter

Sekiranya anda mempunyai masalah mendapatkan account statement daripada laman Maybank2u, anda boleh mendapatkannya melalui cara konvensional iaitu dengan pergi sahaja ke kaunter di cawangan Maybank terdekat anda.

  1. Ambil nombor giliran
  2. Hadir ke kaunter apabila nombor giliran anda dipanggil
  3. Pastikan anda membawa bersama kad ATM atau debit Maybank anda kad pengenalan untuk pengesahan
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!