Advertisements

Pengurangan Waktu Kerja Mingguan Berkuatkuasa 1 September Ini

Advertisements

KUALA LUMPUR : Pindaan bagi Akta Kerja 1955 berhubung pengurangan waktu bekerja mingguan daripada 48 jam kepada 45 jam akan dikuatkuasakan bermula 1 September ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim ketika memberitahu perkara itu di Dewan Negara pada Selasa berkata pindaan itu adalah bagi menjaga kebajikan pekerja dan memberi fleksibiliti waktu bekerja, selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Advertisements
kerja 4 hari seminggu

Selain itu, pindaan ini juga memperkenalkan seksyen baharu mengenai aturan kerja fleksibel untuk bolehkan pekerja memohon pada majikan bagi melaksanakan pekerjaan ikut kesesuaian waktu kerja, hari bekerja atau tempat kerja termasuk bekerja dari rumah bagi situasi terdesak seperti pandemik COVID-19.

“Setakat hari ini, tiada cadangan atau libat urus untuk kita tetapkan empat hari bekerja di peringkat kementerian,” katanya ketika menjawab soalan Senator Nasir Hashim berhubung pendirian kerajaan mengenai empat hari bekerja dalam tempoh seminggu terutama dalam sektor swasta, pada sesi soal jawab di Dewan Negara.

Sumber: BERNAMA

Rujuk: Aturan Kerja Fleksibel (Pindaan Akta Kerja 1955) Mulai 1 September 2022

Leave a Comment