Aturan Kerja Fleksibel (Pindaan Akta Kerja 1955) Mulai 1 September 2022

Mulai 1 September 2022, pekerja di negara ini dibenar memohon aturan kerja fleksibel (AKF) kepada majikan masing-masing mengikut pindaan Akta Kerja 1955.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, pekerja hanya perlu membuat surat permohonan kepada majikan sama ada memohon perubahan waktu bekerja, hari bekerja dan perubahan tempat kerja.

“Majikan pula perlu memberi jawapan dalam tempoh 60 hari dari tempoh permohonan.

“Dalam surat jawapan bertulis majikan kepada pekerja, mereka perlu nyatakan sama ada menerima permohonan atau menolak permohonan dengan alasan yang perlu dinyatakan,” katanya seperti dipetik akhbar tempatan.

Cara Permohonan Aturan Kerja Fleksibel (Pindaan Akta Kerja 1955)

Berikut cara membuat permohonan mulai 1 September 2022:

  1. Membuat surat permohonan dengan menyatakan:
    • perubahan waktu bekerja
    • perubahan hari bekerja
    • perubahan tempat kerja
  2. Hantar kepada majikan dan tunggu jawapan dalam masa 60 hari.

Rujuk : Akta Kerja 1955

Tidak ‘Mengikat’ Majikan Melaksanakannya

Sebelum ini, tinjauan oleh Qualtrics syarikat berpengalaman mengendalikan tinjauan secara dalam talian mendapati, kira-kira 62 peratus pekerja sepenuh masa di negara menyatakan kesediaan untuk bekerja secara fleksibel berbanding hari kerja yang pendek seperti empat hari seminggu.

Secara keseluruhan, di Asia Tenggara keutamaan untuk fleksibiliti adalah sebanyak 60 peratus memilih minggu bekerja yang lebih singkat.

Mengulas lanjut, Awang menjelaskan, keputusan kerajaan dalam AKF itu bagaimanapun tidak memaksa majikan melaksanakannya, sebaliknya ia bergantung kepada kesesuaian agensi serta syarikat masing-masing.

Katanya, pihaknya bersedia membuat kajian mengenai dasar tempoh bekerja empat hari dalam seminggu seperti mula dilaksanakan di beberapa negara maju.

Namun, kajian mengenai perkara itu perlu dilakukan secara menyeluruh kerana terdapat majikan yang terkesan atas faktor produktiviti rendah.

“Jadi majikan pun perlu ada kajian tersendiri mengenai perkara ini dan kemudian boleh dibawa dalam perbincangan bersama Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan JPPM,” katanya.

Adakah anda seorang pekerja yang dilindungi oleh Akta Kerja 1955?

Pekerja yang dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 ialah semua pekerja yang menerima gaji tidak melebihi RM2,000.00 sebulan dan juga semua pekerja manual tanpa had gaji.

Jika anda seorang pekerja asing yang sah penggajiannya di negara ini, anda juga dilindungi oleh Akta Kerja 1955..

Berapakah hari cuti rehat yang pekerja dapat di bawah Akta 1955?

Setiap pekerja adalah berhak kepada satu hari cuti rehat dalam setiap minggu yang akan ditetapkan oleh majikan.

Berapakah hari cuti rehat yang pekerja dapat di bawah Akta 1955?

Setiap pekerja adalah berhak kepada satu hari cuti rehat dalam setiap minggu yang akan ditetapkan oleh majikan.

Berapakah kadar bayaran kepada pekerja yang bekerja lebih masa?

Kadar bayaran kerja lebih masa hendaklah sekurang-kurangnya seperti berikut: Pada hari kerja biasa, 1 1/2 kali kadar gaji sejam. Pada hari rehat, 2 kali kadar gaji sejam. Pada hari cuti am, 3 kali kadar gaji sejam.

Maklumat Lanjut

Sila rujuk lampiran di bawah untuk maklumat lanjut:

SOALAN LAZIM : https://www.mohr.gov.my/index.php/ms/pertanyaan/

Untuk makluman, sektor Kerajaan telah melaksanakan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) bagi menggantikan Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) di agensi Kerajaan Persekutuan di seluruh negara.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!